Rabu, 9 Februari 2011

PRK Merlimau...Pesuruhjaya PAS Melaka Meracau Nak Jadi Calon!!!


Pesuruhjaya hamPAS Melaka Abdul Ghani Abdul Rahman ( Gambar ) berkata bahawa PAS melaka telah lama bersedia bagi menghadapi pilihanraya Dewan Undangan Negeri Merlimau yang bakal bermula 26 Febuari ini. Agaknya dah lama sedia kerana selama ini asyik berdoa Dato Hidhir meninggal dunia rupanya...orang PAS memang macam tuh....pttuuiihh!

Kekuatan PAS untuk menghadapi pilihanraya itu, menurut beliau, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi sebarang pihak, malah kalau hendak dikirakan dari segi sokongan, PAS sudah boleh dikatakan sudah menang walaupun belum bertanding.

"Tetapi dalam menghadapi pilihanraya termasuk di Tenang baru-baru ini, PAS tetap kalah. Kekalahan itu sebenarnya bukanlah disebabkan kekurangan undi kepada PAS daripada para pengundi, tetapi disebabkan tindakan Umno atau BN yang menipu dalam menghadapi pilihanraya," katanya.

Menurut beliau, Umno atau BN sebenarnya tidak akan menang dalam pilihanraya jika mereka bertanding dengan cara betul, tetapi kemenangan mereka disebabkan sikap mereka sendiri sejak dulu yang sering menipu dan berbohong dalam pelbagai sudut dalam menghadapi pilihanraya- sumber hARAKah...

PAS dah menang konon...pesuruhjaya negeri yang cakap merapu macam ni la yang menyebabkan juak juak pas dikampung kampung terus bisul membengkak!!! Kalau dah rasa menang kenapa tak pernah menang di DUN Merlimau? kan yang kalah tersungkur di kaki Dato Hidhir dalam PRU 2008 si Jasmi Tompang tu Yang dipertua PAS Jasin...apa punya meracau pesuruhjaya macam ni...!!!


Yang boleh si bebal ni komen ialah PAS menang di Tenang! tapi dalam masa yang sama PAS tetap KALAH di Tenang...apa punya statement ni? PAS KALAH kerana kena tipu? tipu apanya? jadi kerusi yang PAS menang di Kelantan, Kedah dan banyak negeri yang lain sebab PAS berjaya MENIPU la weii...ikut teori si gila ni la...


Sebenarnya si Ghani ni tengah pasang badan beb...jangan orang di KL tak nampak dia pulak.. mana tahu boleh jadi calon...menang memang tak de la beb tapi sekurang kurang masyuk beb kalau jadi calon!!! Itu yang meroyan tu...kira nak cuba rasa nasib macam cikgu malas la tu...

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Biorla sapa nak jadi calon pun, PAS, ker PKR ker DAP ker...Biorlaaaa

    Bagila sedikit harapan pada diorg walaupun dihujung terowong tiada cahaya....

    kasi lumattttt punya

    BalasPadam