Selasa, 5 April 2011

PAS Bunuh Budak Sekolah Pulak...!


KANGAR: PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa.

Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan pula berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya

Yang bunuh budak ni bukan guru! bukan ustaz! ini setan bertopeng manusia! tapi puak puak perasan bagus ni bukan main seronok kalau dipanggil orang ustaz! walhal setat!!! puak PAS ni pulak boleh sikit berbual ana ente ana ente...mula la serban besar reban ayam!


Bila serban dah sebesar reban ayam, maka dah layaklah kiranya nak menuduh orang kafir! sambil tu digalakkan pulak kebas bini atau janda orang! yang tu tahap tinggi beb!

Tapi yang paling tinggi tahap wali selipar beb...peringkat ni bukan sahaja boleh ampun kan orang malah boleh bagi surat tawaran syurga....huhuhu!
Orang PAS memang begitu...!


Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. apa takut membunuh kerana mereka dijamin masuk surga oleh nik ajis.cuma pilih pas masa GE

    BalasPadam
  2. Eloklah sekiranya, ibubapa kanak2 yg sedang belajar di sekolah2 agama PAS mengeluarkan anak2 mereka sebelum anak2 itu ditimpa malang spt ini.
    Menyesal dahulu kedapatan, menyesal kemudian tak berguna ..........
    Melayu mudah lupa ...........

    BalasPadam
  3. amboi2 .... sedap je mengata org, may b ustaz tu betul2 tak sengaja .. takkan dia suka2 nak bunuh, tapi yg pasti byk pemimpin ameno dan anak2 mereka yg dah bunuh org tapi disenyapkan ... sebab apa ? sebab mereka lebih berkuasa dr pak polisi

    BalasPadam
  4. yg pasti? tunjuk bukti beb, mana bukti? jgn main2 cakap je.

    BalasPadam
  5. putera umno says:-

    2 r...ko neh post artikel memg berbaur politik kosong...men sebat jew....bukti xde...kesan lebam xde...kalo ko cuit budak pas 2 budak 2 jatuh pengsan pas 2 mati...nak salahkan ko kew?...media massa r bro mcm2 bley tulis ko pon cye bulat2...

    BalasPadam