KUALA LUMPUR 18 Jun - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperolehi oleh Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.
"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. - BERNAMA
Nak tunggu apa lagi? Nak tunggu Murad dah mati? Nak tangguh berapa kali pulak nanti? Nak kasi Anwar menang lagi? Nak apa lagi?
AG buat kerja ke atau buat buat tak sedar diri? Atau AG nak buat bodoh lagi? Sangap beb...
Lu Fikir La Sendiri!
Assalamualaikum,
BalasPadamSekadar peringatan bagi yang terlupa."Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)
Berhati-hati dalam 'posting' yang di paparkan kerana ianya kelak bakal dipersaksikan di padang mahsyar.