Ahad, 10 Jun 2012

Lajim Lompat Lagi..? Lompat La Tinggi Tinggi..!

kalau saya lompat lagi lepas ni..pasti saya lompat kedalam sana..!
Politik Malaysia ni bukan besar mana..! Pokok bergoyang pun cuma dua sebab! satu kerana angin yang kencang atau pun kerana kera sebok menggoncang..tapi kalau kerana taukey balak yang datang..itu kita tanya Zizan di Alor Star atau Husam di Kelantan sebab mereka lebih arif!!!

Timbul lagi cerita Lajim..walaupun Lajim Ukin sudah pun menafikan dan mengugut mahu menyaman pihak yang 'memfitnah' beliau walaupun sehingga kini tiada tindakan mahkamah dikenakan kepada sesiapa pun! pihak pembangkang tetap membawa 'khabar' berita yang sama. 

Khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dan pendokong Umno Sabah Datuk Seri Lajim Ukin akan menyertai majlis PKR hari ini, sekali gus menyertai pembangkang.

Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini (bawah) berkata, dua tokoh BN itu besar kemungkinan akan hadir ke perayaan Kaamatan di Kota Belud dan majlis makan malam PKR pada jam 8 malam ini di Kota Kinabalu.

Thamrin Jaini - Azmin Ali dinnerKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah pada jam 1.40 petang ini dan dijadual menghadiri kedua-dua acara yang sama.

Thamrin berkata, walaupun sambutan Kaamatan mungkin terjejas ekoran banjir menenggelamkan jalan ke Kota Belud, majlis makan malam dijangka diteruskan kerana diadakan di pusat konvensyen mewah.

"(Presiden Parti Maju Sabah Datuk) Yong Teck Lee sudah tentu akan hadir ke majlis makam malam; dan terdapat kemungkinan besar Lajim dan Bumburing juga turut serta.

"Tetapi sama ada mereka akan melakukannya, kami tidak dapat sahkan," katanya ketika dihubungi.

Di Kuala Lumpur ni kira dah muak juga dengar cerita Lajim ni.. Kalau Lajim ni bukan ahli MT, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Beufort mungkin takde yang kisah. Persoalannya jika benar Lajim mahu melompat..rasanya baik Lajim lompat sekarang! kerana kalau Lajim lompat sekarang harga beliau masih tinggi! nilai beliau dilihat melangit oleh puak pembangkang!

BN mungkin akan hilang 1 kerusi Parlimen Beufort tapi BN tetap ada harga diri! Kalau BN kalah dikawasan itu bukan kerana BN lemah dan pembangkang kuat! tapi kerana adanya manusia yang lari dari landasan perjuangan suci! kerana adanya pemimpin yang mementingkan diri! yang suka melompat dan menari nari mengikut tekak dan perasaan sendiri!

Kalau Lajim terlupa, ini peluang beliau! rasanya boleh lah Lajim menyaman Thamrin kat atas tu yang terang memfitnah beliau dengan menyebarkan berita diatas..! itu pun kalau Lajim bernafsu la! sebab kita dah lama memerhati! lama mengintai! jerat memang tak pernah lupa kan pelanduk! cuma pelanduk jer nampaknya yang sedang mengintai jerat mana yang 'sesuai'!

Lagi sekor tu ialah pejuang Kristian yang terkadang ucapan beliau di Parlimen dilihat tidak sensitif langsung dengan agama Islam dan budaya Bumiputera Islam di Sabah terutamanya. Kalau sekor ni nak jahanam pun..silakan!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. X LUAK PUN KLU DIA NAK CHAU BROO..BN X PERLU ORG YG PENTINGKAN DIRI SENDIRI..BIAR LER PR NAK PAU KE NAK HAPE KER LANTAK KE DIA LERR KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. Lajim ni kalau di Semennjung nasibnya tak ubah macam Kadiaq jer. Sebelum jadi YB dia nih berjawatan file - searcher jer!

    BalasPadam
  3. Pandai-pandai tupai melompat akhirnya juga jatuh ke tanah

    BalasPadam