Dikhabarkan telefon ke pejabat Ketua Setiausaha Negara tidak berhenti henti dengan pelbagai panggilan! Semuanya dikatakan senada mahu bercakap dengan Tan Sri Sidek sedangkan satu dunia tahu bahawa beliau sudah pun pencen apabila Dato Seri Ali Hamsa mengambil tempat beliau berkuatkuasa 24 Jun ini.
Operator yang ditugaskan menerima penggilan tersebut bosan dan naik berang apabila kebanyakkan yang membuat panggilan terdiri dari orang yang sama.
Operator - Pejabat KSN
Pemanggil - Boleh saya bercakap dengan Tan Sri Sidek
Operator - Maaf Encik, Tan Sri Sidek sudah berhenti
Pemanggil - Terima Kasih.
Namun pemanggil tetap jugak membuat penggilan lagi dan lagi hingga menyebabkan operator terpaksa bertanya kenapa pemanggil tetap membuat panggilan.
Rupanya pemanggil menjawab - saya sebenarnya suka mendengar ayat ' Tan Sri Sidek sudah berhenti tu'
Itu jer...wakakakaka
Lu Fikir La Sendiri!!!
Datuk Seri Dr. Ali Hamsa yang bakal menjalankan
tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) bermula Ahad ini berharap
seluruh kakitangan kerajaan dapat bersama-samanya meneruskan usaha
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
Menurut beliau, ia selaras dengan usaha kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui transformasi negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.
Jelasnya, usaha tersebut bersandarkan kepada Dasar Transformasi Nasional yang bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) diikuti Program Transformasi Luar Bandar (RTP).
"Saya ingin merafak sembah setinggi-tinggi junjungan kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong melantik saya sebagai KSN berkuatkuasa 24 Jun ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan dan keyakinan beliau dalam memberikan peluang kepada saya untuk menerajui perkhidmatan awam.
"Saya akan teruskan apa yang ada. Namun, kalau bercakap soal cabaran, saya rasa sebenarnya untuk pegawai kerajaan, kita dalam meningkatkan pencapaian pelaksanaan semua dasar, program dan projek kerajaan. Kita akan terus berusaha meningkatkan pelaksanaan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat cara pelantikan dan penyerahan nota serah tugas KSN oleh Perdana Menteri di bangunan Parlimen hari ini.
KEHKEHKEH ADOIYAIII...SEMPAT GAK LU GETEK DIA
BalasPadam