Ahad, 3 Jun 2012

Apa Pulak Demografi Ni Tan Sri?

KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang sengaja melancarkan perang psikologi untuk memanipulasi pemikiran rakyat supaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) cara ala "Arab Spring", kerana mereka sedar sokongan rakyat terhadap mereka kini kian meleset, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau berkata ini kerana pembangkang juga sedar adalah sukar bagi mereka untuk memenangi PRU ke-13 secara demografi.


Katanya pada masa yang sama, jangkaan mereka bahawa BN akan terus lemah selepas PRU-12 ternyata merosot sama sekali, kerana BN kini sudah kembali kuat, kukuh dan bersatu.


"Ini mungkin merupakan satu perang psikologi besar yang dibuat untuk memanipulasi pemikiran rakyat bahawa apabila kerajaan BN menang (dalam PRU ke-13), kerana mereka tahu mereka susah mahu tumbangkan BN secara demografi, ia akan menimbulkan kemarahan rakyat dan isytihar kemenangan itu adalah tidak sah," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.


Apa la pulak demografi ni Tan Sri! Puak pembangkang mana reti makna demografi tu.. Yang kuda belang pembangkang tahu cuma demo takde grafi atau pornografi..yang porno tu Tan Sri tak payah ajar! Itu pembangkang expert!


Lagi pun dia orang ni geografi pun fail Tan Sri! Sejarah langsung buta!


Lu Fikir La Sendiri!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan