YB Dato Dr Masyitah Ibrahim ni kekadang boleh buat puak pembangkang putus haid. Puak pembangkang terutama pengikut Azhar Idrus pasti menyifatkan Dr Mashita sebagai pemotong stim!
Bagi kuda belang pembangkang yang baru nak mengenal agama dengan dandanan dan dendangan Azhar Idrus pasti tak mahu menerima nasihat dan teguran ilmuan agama yang jelas lebih berpengalaman, bertauliah serta benar!
Siapa jua boleh berdakwah, cara dan penyampaian dakwah juga boleh berbeza mengikut pendekatan orang yang menyampaikannya namun dakwah juga tidak boleh terpisah dengan asas ilmu yang menjunjung prinsip hikmah!
Lebih lagi kalau kita mahu mengajar dan menganjur dakwah yang bersifat agama pasti kemuliaan,kebenaran, kesucian dengan peradaban Islam itu diletak sebagai keutamaan.
Tapi kalau berdakwah semata mata mahu gelak ketawa, mencari glamour, ayat dan adab tidak dijaga malah menghina dan mencerca juga diselit bersama pasti tuntutan asas dalam menyampaikan dakwah itu sudah pincang dan ditakuti mengundang dosa.
Tapi sejarah tak pernah menipu kita, sebenarnya tarbiyah beginilah yang berjaya menghidupkan PAS dan pembangkang sekian lama. Makin ramai yang boleh terbuai dengan janji syurga dan pahala kerana menyokong mereka selagi itu lah AGAMA MENJADI ALAT SEMATA MATA!
Lu Fikir La Sendiri!
mengikut sejarah, di katakan sunan kalijaga (salah seorang wali 9 ) juga menggunakan muzik & tarian dlm usahanya berdakwah kepada masyarakat jawa yg pada masa itu masih ber agama hindu....tapi x der lah sampai menghina, mencerca & maki hamun org lain mcm ustaz sekor ni....
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)
dakwah yg benar ialah menyatakan kepada yg hak. salah atau benar bukan bergantung kepada kepentingan sendiri tetapi kepada keseluruhan ummah. kalau kelompok sendiri yg lemah, perlu jujur menyatakan kelemahan, bukan membalun pihak lawan jika salah tetapi jadi tikus bila kelompok sendiri tersilap. dalam isu k-pop, apa jadi kpd azhar idrus (ustaz?), bom dia pergi sehala ke 2 hala. ada dia balun "bertam night"? fikir-fikirkanlah
BalasPadamyep.betul.Ustaz Azhar Idrus memang terbaek!kami belia akan terus sokong UAI,TGNA n PAS sepenuh hati.Allahuakbar!
BalasPadamaku tak nampak azhar idrus terbaik.. pak lawak ada lah.. kalau terbaik dia takkan menfitnah ustaz fathul bari..
BalasPadam