KENYATAAN
AKHBAR
YB DATUK
MOHAMAD BIN HAJI AZIZ
AHLI
PARLIMEN SRI GADING
28 JUN 2012
-
Semalam Ahli Ahli
Parlimen DAP yang diketuai oleh YAB Bagan saudara Lim Guan Eng telah membuat
tuduhan didalam sidang akhbar dengan mengatakan kenyataan saya didalam Dewan
Rakyat adalah bersifat ‘perkauman, merupakan satu hasutan dan mengancam kerana ditujukan kepada seorang
India dan seorang Hindu yang juga seorang wanita.’
-
Ingin ditegaskan
bahawa kenyataan YAB Bagan merupakan tuduhan terancang DAP yang telah memesongkan
fakta dan jelas mengelirukan. Kenyataan beliau juga berniat jahat untuk
membangkitkan isu perkauman, agama dan gender.
-
Kenyataan asal
saya didalam Dewan Rakyat pada malam hari Selasa 26 Jun yang lalu jelas
menyatakan...
‘ Apakah
Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang
di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia?’
-
Kenyataan saya
diatas jelas merupakan satu pertanyaan dengan beranggapan bahawa jika benar
Ambiga telah melakukan penderhakaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.
-
Menyedari bahawa
kejadian rusuhan dalam perhimpunan Bersih 3.0 yang di pengerusikan oleh Dato
Ambiga di Kuala Lumpur pada 28 April yang lalu merupakan suatu kejadian yang
boleh mengancam keamanan negara, mengganggu gugat keselamatan rakyat, menentang
dan mencederakan pihak Polis Diraja Malaysia, merosakan harta benda awam,
menafikan hak para peniaga untuk berniaga, membataskan hak rakyat untuk bebas
bersosial serta merosakkan imej negara.
-
Mengesyaki bahawa
adanya campur tangan asing dengan kehadiran diplomat dan Ahli Parlimen luar negara
didalam perhimpunan tersebut seakan membuktikan bahawa adanya pakatan dari
dalam yang mahukan campur tangan pihak luar yang boleh mencemar Kedaulatan negara.
-
Saya bercakap
dalam konteks keselamatan negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dengan
berpegang teguh kepada prinsip prinsip Rukunegara. Menyuarakan hak setiap rakyat
yang cintakan negara Malaysia yang Berdaulat dan Merdeka serta terhindar dari
campur tangan asing dan jauh dari wujudnya unsur unsur pengkhianatan dikalangan
rakyat yang mengaku sebagai warganegara.
-
Oleh yang
demikian jika Ambiga dan siapa juga yang didapati melakukan pengkhianatan dan
penderhakaan kepada negara mestilah dikenakan hukuman mengikut lunas undang undang
yang sedia termaktub. Saya menyerahkan kepada pihak Peguam Negara yang kini masih
lagi menjalankan siasatan atas kejadian tersebut.
-
Kes Al Maunah
merupakan satu contoh kepada sikap penderhakaan dan pengkhianatan kepada negara
dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
-
DAP yang mahukan
Ambiga digantung. Kenyataan saya bersifat soalan dan tidak sesekali mendesak
agar Ambiga digantung.
-
DAP meniup api
perkauman dengan mengheret kaum India didalam isu ini sedangkan sepanjang
perbahasan saya tidak sepatah pun mengaitkan kaum India. DAP juga jahat dengan
mengaitkan agama Hindu hanya kerana saya seorang Melayu dan beragama Islam.
-
DAP juga sudah
ketandusan isu apabila turut sama mengaitkan isu Keselamatan Negara dengan isu gender yang langsung tiada kaitan.
-
DAP melalui YAB
Bagan sebenarnya cuba menjadi hero kaum India dengan menjadikan isu ini sebagai
modal politik sempit mereka. YAB Bagan cuba menutup kelemahan beliau dalam menangani
masaalah penduduk Kampung Buah Pala.
-
Masyarakat India
tahu menilai. Mereka juga rakyat Malaysia yang taat dan cintakan negara yang
tidak sesekali membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan puak
pembangkang.
-
Sokongan
masyarakat India yang semakin meningkat kepada Barisan Nasional telah
menyebabkan DAP dan pembangkang mempolitikkan isu ini.
-
DAP hidup dengan
isu perkauman. DAP akan berkubur jika seluruh rakyat Malaysia menolak budaya
politik kotor lagi sempit ini.
-
Penafian, fitnah,
putar belit, bohong dan janji palsu merupakan asas dalam budaya politik
pembangkang. Isu ini jelas merupakan satu lagi pembohongan, putar belit dan
fitnah yang sememangnya menjadi amalan dalam menghidupkan politik sempit lagi
jahat puak pembangkang.
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Petang tadi Guan Eng lari keluar dewan bila YB Sri Gading berhujah mengutuk fitnah, pembohongan dan penipuan yang dia lakukan dalam kenyataan akhbarnya semalam yang konon membela Ambiga..baca dibawah
Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.
Mohamad berbuat demikian selepas diarahkan Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar menarik balik kenyataannya itu.
Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta meminta Wan Junaidi memutuskan tindakan terhadap Mohamad berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya sebagai tidak wajar.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 bagi Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lepas (26 Jun), Mohamad mengemukakan pertanyaan berbunyi 'Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia?'.
Sementara itu, Bernama melaporkan Wan Junaidi dalam keputusannya berkata dalam isu itu Mohamad tidak melakukan sebarang kesalahan kerana kenyataan yang dibuat adalah berlandaskan persoalan.
"Kenyataan itu berlandaskan persoalan...jadi ia bukan satu kesalahan. Sri Gading (Mohamad) tanya boleh atau tidak.
"Yang Al-Maunah sudah dihukum di mahkamah, yang ini (Ambiga) dia (Mohamad) tanya boleh ke tidak. Sama ada menteri buat jawapan atau tidak, itu persoalan lain," kata Wan Junaidi yang turut meminta keputusannya tidak dipolitikkan.
Mohamad ketika bangun mempertahankan dirinya sempat menyelar Lim yang juga setiausaha agung DAP kerana dianggap sengaja membangkitkan isu itu atas kepentingan politik demi menarik sokongan masyarakat India.
Beliau turut membidas Lim yang disifatkan telah memutar-belitkan isu itu bertujuan melaga-lagakan beliau dengan masyarakat India serta memburuk-burukkan nama Barisan Nasional (BN).
"Dalam kes Ambiga ini terang-terang DAP gunakannya sebagai isu perkauman. Saya tidak terniat perkauman, saya tak sebut India, Hindu, saya sebut demi keselamatan negara.
"Tetapi DAP yang sudah ketandusan sokongan orang India cuba hendak kaitkan isu ini untuk politik kepentingan mereka, supaya mereka ini benci BN, ini sahaja masalahnya," katanya yang mengaitkan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang disifatkan telah menyebabkan DAP kehilangan sokongan kaum India.
Lim yang dilihat meninggalkan dewan persidangan sebaik Mohamad selesai memberikan penjelasan terus diselar beberapa anggota Parlimen BN termasuk Datuk Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang melabelkan parti pembangkang, khususnya DAP sebagai "hipokrit" dan "Raja Penghasut".
LGE dah banyak makan babi tak sedo diri dik untung dok malaysia ni..pergi mampus la lu DAP pukimak
BalasPadamHaramjadah cina Lim Guan Eng
BalasPadamLim Guan Eng memang manusia keparat, cauvanist cina yang sempit akal dan tak sedar diri dari mana asal usulnya.
BalasPadamtahniah paklah, ini lah jasa peninggal kau yg tertidur, negeri tum[ah darah lau [un kau bagi free pada DAP..adui bebalnya
BalasPadam... Sungguh memberangsangkaan membaca komen komen saudara saudara pengulas semua. Semuanya mengutuk Lim Guan Eng. Adakah itu memadai?. Bagaimana dengan kaum kaum Cina? Adakah mereka juga membenci Lim Guan Eng seperti kita?. Begitu juga kepada Melayu yang menyokong DAP. Bagaimanakah perasaan mereka?. Bagaimana caranya hendak membolehkan semua orang membenci Lim Guan Eng?...
BalasPadam