Isnin, 27 Ogos 2012

Lampu Merah Kepada Perusuh Otak Kuning..!

Para perusuh yang berhajat untuk merusuh pada 31 hb Ogos ini tak payah nak pusing cerita konon mereka dibenarkan berkumpul untuk merusuh dan menghuru harakan negara macam mana yang mereka lakukan pada rusuhan 28 April yang lalu.


Tiada sebarang "lampu hijau" diberikan kepada penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.

"Kalau menurut akta tersebut, penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, pada perhimpunan tersebut polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagimengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan.

Menurutnya, perbincangan selama satu jam antara polis dan wakil penganjur didi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini bertujuan menerangkan kepada penganjur berhubung syarat-syarat yang perlu dipersetujui sekiranya ingin menganjurkan perhimpunan tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Mereka (penganjur) memberitahu polis akan menganjurkan perhimpunan itu secara aman dan bersetuju akan mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman seperti tidak akan mengadakan ceramah, ucapan, pemasangankain rentang (banner) atau membawanya semasa perhimpunan.

"Jadi kita berjumpa hari ini untuk mendengar apa yang mereka inginkan selainkita turut menerangkan kepada mereka peraturan yang perlu mereka patuhi sekiranya ingin mengadakan perhimpunan tersebut," katanya.

 Memang perusuh ada hak nak berhimpun tapi pihak berkuasa kena tengok kesan perhimpunan yang mereka adakan sebelum ini, tiada jaminan yang mereka tidak mengulangi kerja kotor lagi jahat mereka sebelum ini! Pihak berkuasa kena fikirkan kesan buruk yang bakal timbul kepada masyarakat berakal yang merupakan majoriti rakyat terutama yang tinggal di  Kuala Lumpur jika perusuh ini dibenarkan merusuh sekali lagi.

Masyarakat beradab tidak perlukan perusuh otak dan hati perut kuning ini di Ibu Kota! Kita nak meraikan hari Kemerdekaan negara dengan aman, damai dan harmoni. Dalam dunia binatang memang takde manusia tapi dalam dunia manusia ramai yang berhati perut binatang! dan perusuh kuning pernah membuktikannya! Jadi apa alasan lagi nak kita benarkan?

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Pakcu Rantau Panjang27 Ogos 2012 10:25 PTG

    Apa pun Pakcu bukan Nujum Diraja tapi kalau dah berhimpun untuk tujuan memaki orang lain dan baling apa saja yang ada disekitar kawasan tu ...jawabnya sama lah apa yang pernah berlaku pada Bersih dulu....last-last janji tinggal janji. Cerita lama juga yang berlaku.....caci-maki polis dan tuduh polis dengan berbagai tomahan...sama-sama kita tunggu dan lihat nanti....

    BalasPadam