Selasa, 28 Ogos 2012

Subhanallah!!! Apa Lagi Najib Buat Nih..?

Lepas satu..satu! tak habis habis! tak berenti renti! lepas PRU 13 nanti apa lagi lah agaknya PM akan berikan kepada rakyat demi merealisasikan slogan 'Rakyat Didahulukan...Pendapaian Diutamakan'. 

Kalau terus beginilah caranya! kalau terus beginilah sikapnya! Tentu PM akan membawa Barisan Nasional ke puncak kejayaan dalam PRU yang akan datang InsyaAllah..! Seterusnya membawa rakyat dan negara kearah yang lebih gemilang..!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebahagian kekayaan dan pendapatan negara sewajarnya digunakan untuk membantu imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menunaikan haji kerana mereka memainkan peranan penting dalam urusan agama dan kemasyarakatan.

Perdana Menteri berkata, masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada kedua-dua kumpulan itu yang gigih melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

Katanya, semasa Program Khas Haji dilancarkan tahun lepas, beliau mendapati keadaan menyayat hati apabila ada antara imam dan pengerusi JKKK mempunyai simpanan Tabung Haji yang amat terbatas.

"Ini menyedarkan saya, kalau kita dapat mencari rezeki melalui kepimpinan dan pentadbiran untuk menjana kekayaan dan pendapatan, maka amat wajar sebahagian daripada itu kita digunakan untuk tujuan yang sangat baik dan mulia ini.

"Pada hemat saya...lebih baik kalau kita dapat menghulurkan bantuan agar imam-imam dan ketua-ketua kampung kita dapat menyempurnakan keperluan untuk menunaikan ibadah haji masing-masing," katanya pada majlis penyerahan 400 surat tawaran untuk menunaikan fardu haji di Seri Perdana di sini hari ini.

Bakal jemaah haji turut menerima satu set kain ihram dan barangan kelengkapan haji yang lain. - BERNAMA

Rakyat sebenarnya dah tak sabar sabar menunggu pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan negeri negeri..Sama ada sekarang atau tahun depan, rakyat sebenarnya dah ada jawapan! dah ada kesedaran, dah ada keyakinan! Dulu, kini dan selamanya..BN adalah pilihan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Salam Admin,
    Mohon linkkan blog saya di sini. Blog tuan telah saya linkkan di blog saya.

    Link saya : ibm-akusayangumno.blogspot.com.

    Terima kasih. Selamat berjuang!!

    BalasPadam