Sabtu, 4 Ogos 2012

Ramadhan Di Kota Suci Mekah & Madinah

Lama tak berblog...kekadang bila lari dari rutin yang menghambat diri rasa seronok juga, lebih lebih lagi bila dapat pergi ke Kota Suci Mekah dan Madinah untuk menyambut ramadhan almubarak..lebih indah rasanya..alhamdulilah!

Dikongsikan dibawah gambar yang sempat dirakam bagi tatapan kita bersama...Mudah mudahan kita semua dapat lagi bergelar tetamu Allah pada masa mendatang...InsyaAllah..

pintu masuk masjid nabawi di madinah

didalam masjid ini dan disebalik pintu pagar ini bersemadi jasad junjungan besar Nabi Muhammad SAW

sebaris dengan makam junjungan besar ialah makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar

pemandangan didalam kawasan raudhah..dikatakan sebahagian taman syurga, sebelah kiri ialah makam rasullullah

kawasan raudhah karpet berwarna hijau beb..sementara karpet dikawasan yang lain berwarna merah
saie dari safa ke marwah...3 tingkat penuh dengan lautan manusia

gitu juga dari marwah ke safa...sama ramai..

ini waktu tengah hari..boleh la berposing posing sebab waktu ini orang tak ramai

tapi suasana didalam hijir Ismail tetap sesak tak kira masa..masing masing mengambil peluang sembahyang dan berdoa

masing masing berusaha untuk masuk ke hijir Ismail

pancuran emas yang berada ditengah tengah hijit Ismail

selain tengah hari...beginilah suasananya ditempat tawaf disekeliling kaabah

sama ada pagi atau petang atau pun malam..melaut manusia beb..
Jabal Nur..di gua hira' rasullullah menerima wahyu yang pertama...Iqra'

Jabal thur...tempat rasullullah dan saidina Abu Bakar bersembunyi dari kafir quraish

perkampungan mina..

Jabal Rahmah..tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa setelah turun ke bumi
Semoga dapat lagi bertamu di Kota Suci Mu Ya Allah...amin

1 ulasan:

  1. Ya Allah aku ingin menjadi tetamu Mu di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah. Semoga aku akan menerima lambaian dari Ka'abah dalam tempoh terdekat ini. Amin.

    BalasPadam