Orang bersukan kita pun bersukan..orang bertanding kita pun bertanding..orang menang..kita?
Tulisan Sdr Meza pembaca utusan Malaysia dibawah ni mungkin boleh kita renungkan..
MACAM tidak percaya pula apabila membaca kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, bahawa kontinjen negara tidak gagal di Sukan Olimpik London 2012. Sama ada Datuk Seri sedar atau tidak, kenyataan sedemikian hanya melambangkan betapa MSN tidak tahu menilai sesuatu tahap pencapai yang perlu pada setiap temasya sukan yang berbeza.
Bukan wang RM20 juta dipertikaikan. Kalau mahu berjaya, bukan persiapan berapa banyak wang yang perlu, tapi, berapa banyak pingat yang pasti dapat dipungut.
Kenapa dari dulu lagi MSN tidak memberi kenyataan bahawa kita hanya mahukan satu pingat perak dan satu gangsa (dari atlet wanita) sahaja. Cuma itu yang kita mahu.
Cuba MSN bertanya kepada Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei, apakah mereka berjaya? Dua atlet yang luar biasa ini pun tidak mampu memberi kita emas dan mereka menyesalinya.
Mereka tahu mereka telah melakukan yang terbaik dan yang terbaik mereka BELUM CUKUP BAIK untuk membawa pulang emas pertama impian negara.
Dan Ketua Pengarah MSN pula berkata kita telah berjaya. Kita cuma berjaya dalam memberi keyakinan palsu kepada rakyat. Kita bercerita tentang kemampuan atlet memanah, menembak, lumba basikal, terjun dan badminton.
Kita meyakinkan rakyat bahawa kita mampu membawa pulang emas (biarpun satu) dan memberi harapan kepada seluruh 28 juta rakyat negara ini bahawa kita benar-benar mampu.
Kita gagal membawa pulang pingat emas pada Sukan Olimpik London 2012 namun kita masih berkata kita berjaya?
Datuk Seri Ketua Pengarah, kejayaan bukan diukur dari jumlah perbelanjaan yang kita laburkan. Kejayaan diukur dari jumlah PINGAT EMAS (EMAS) yang kita bawa pulang. Kebanggaan atlet bukan kerana berjaya naik podium, tetapi kebanggaan kita bila lagu Negaraku dimainkan.
Itu matlamat setiap atlet yang bertanding. Naik podium hanyalah kegembiraan atlet kerana berjaya memungut pingat.Chong Wei menangis bukan kerana gembira dapat pingat perak, tapi, kecewa kerana gagal memberi emas kepada negara.
Kebanggaan Pandela Rinong dalam acara terjun 10 meter bukan satu kejayaan. Kita bangga di atas kemampuan gadis ini membawa acara sukan terjun ke satu tahap yang baru dan itu satu kebanggaan. Kejayaan masih belum kita kecapi.
Pingat gangsa acara terjun 10 meter adalah satu kebanggaan. Kita memburu EMAS bukan gangsa.
Kita kena berani mengaku kegagalan dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Jangan hanya pandai memberi kenyataan-kenyataan yang lemah dan tidak berasas. Kerana kelak bukan diri sendiri yang diperlekehkan, tapi keseluruhan MSN terpalit.
Kontinjen negara ke Sukan Olimpik London 2012 tetap gagal untuk membawa pulang emas sulung negara. Atlet negara ada yang menunjukkan peningkatan, dan ada yang terus gagal dari segi persiapan fizikal dan mental.
Namun keseluruhan kontinjen kita tidak berjaya. RM20 juta untuk satu pingat emas adalah berpatutan. Tapi tanpa satu pun emas yang dibawa pulang, JANGAN kita membuat kenyataan kita telah berjaya.
Kalau sukan negara hendak maju, pemikir dan pemimpin yang lembik harus diketepikan. Pilihlah yang sanggup meletak kejayaan pada tahap di luar kotak pemikiran pemimpin sukan yang sedia ada. Insya-Allah baru kita berjaya.
AMACAM? tak rasa apa apa ker?
Tulisan Dato Wira Mazlan Ahmad dibawah ni juga boleh kita fikirkan...
PINGAT gangsa Pandelela menceriakan rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sarawak Bumi Kenyalang yang seharusnya berbangga kerana anak negeri berkenaan bukan saja diberi penghormatan membawa bendera kontijen negara tetapi menyumbangkan pingat yang sungguh penting sekali.
Pingat ini penting dalam kesuraman mencari pingat tambahan kepada pingat perak yang telah dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei.
Sekiranya pingat dari Pandelela tidak kesampaian saya rasa kontijen kita dan pemegang - pemegang amanah kepada kemajuan sukan negara akan menerima kritikan yang lebih teruk.
Pun begitu pingat dari Pandelela ini tidak dapat memenuhi sasaran yang telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum Sukan Olimpik London.
Beliau seawal tahun 2011 di majlis melancarkan 500 hari menuju Olimpik London telah menetapkan bahawa program Road To London (RTL) 2012 dianggap gagal sekiranya kontijen pulang tanpa emas.
Mungkin wartawan sukan tersalah faham kepada apa yang dimaksudkan oleh Menteri berkenaan kerana melaporkan sebagai berkata empat pingat emas mungkin boleh dimenangi oleh kontijen negara dan beliau menjuruskan bahawa pingat - pingat tersebut akan datang dari Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong.
Beliau dilaporkan berkata bahawa semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, MSN, ISN dan persatuan - persatuan sukan yang terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya kontijen negara gagal menang pingat emas di London.
Oleh kerana kita gagal memenangi pingat emas daripada atlet dan sukan yang diletakkan harapan maka sudah tentulah misi program RTL 2012 dianggap gagal.
Baca lagi...
SAYA tabik pengakuan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika atlet negara hampir menutup acara mereka di London bahawa misi ke London sebagai gagal.
Beliau saja yang peka mengenai perkara ini oleh kerana beliau sebagai Menteri telah meletakkan sasaran dan beliau bertanggungjawab di atas kenyataannya mengenai perkara tersebut.
Tidak ramai pemimpin yang berani tampil mengaku perkara yang tidak menyebelahi mereka.
Oleh itu saya tidak hairan kalau respon dari pencapaian atlet kita dianggap sebagai berjaya oleh kerana mereka takut mengaku kepada kegagalan.
Sebagaimana biasa satu bedah siasat akan dilakukan. Kita lihat apa akan terkandung dalam laporan tersebut. Dalam kita merayakan kemenangan Pandelela dan Lee Chong Wei kerana menyamakan pencapaian di Sukan Olimpik Atlanta 1996 ada pihak di luar keluarga sukan yang melihat pencapaian di London ini tidak memberi apa-apa makna yang signifikan lantas mencadangkan sama ada perlukah kita mengambil bahagian di Sukan Olimpik 2016 di Rio nanti.
Pandangan yang sebegini perlu diberi perhatian oleh pemimpin sukan baik dari organisasi kerajaan atau pun persatuan sukan oleh kerana kalau pandangan ini mendapat sokongan ramai maka punahlah aktiviti sukan prestasi tinggi negara.
Oleh itu pihak yang berkenaan perlu peka di atas peranan dan tanggungjawab masing-masing supaya sokongan rakyat tidak menjadi tandus akibat dari tiada kepekaan terhadap pandangan dari orang ramai termasuk mereka yang menegur dan mengkritik.
Pandelela Rinong bekas murid di Sekolah Sukan SMK Tabuan Jaya Kuching.
Bryan Nickson Lomas juga datangnya dari sekolah yang sama.
Pandelela bersekolah rendah di SJK Stampin Kuching dan dikenalpasti oleh Wang Jin Lan jurulatih terjun dari negara China.
Bapa beliau menjadi pendorong kepada kejayaannya dan ini membuktikan sekali lagi bahawa ibubapa mempunyai peranan penting dalam mendorong kejayaan atlet-atlet negara.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Suruh anak dia gie olimpik lah... cakap byk pun xguna gak...
BalasPadamMengkritik sangat mudah..
BalasPadam