Jumaat, 10 Ogos 2012

Senarai Ahli Parlimen PKR Yang Bakal Digugurkan Dalam PRU 13 Akan Datang..!

Nampaknya masaalah dalam PKR sudah tidak dapat dibendung lagi..terbaru para bloggers mereka sendiri sudah memuat turunkan nama dan gambar pemimpin haprak mereka yang dituntut untuk digugurkan dalam PRU 13 yang akan datang..

AHLI-AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT YANG TIDAK AKAN DICALONKAN SEMULA PADA PRU 13 NANTI?????


Kisah bertiup kencang bagaimana ada beberapa ahli parlimen dari Parti KeADILan Rakyat tidak akan diberi peluang sekali lagi untuk mempertahankan kerusi parlimen yang mereka sandang kini pada PRU 13 nanti.

Mereka sudah tidak dianggap pada pandangan admin, calon yang mampu membawa kemenangan.. "winnable candidate"...tetapi calon liabiliti kepada parti dan gagasan Pakatan Rakyat.

Mereka ialah:-


1)  Abdullah Sani Abdul Hamid ( Kuala Langat )

2)  Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya )

3)  S. Manikavasagam (Kapar)

4)  Aziz Kadir (Ketereh)

5)  Azan Ismail (Indera Mahkota)

6)  Rashid Din (Merbok)


Pelbagai sebab dan alasan mengapa mereka sukar untuk diberi peluang untuk kali kedua sebagai calon  mewakili PKR/PR pada PRU nanti.

Alasan serupanya ( common reasons ) ialah:-


1) Kurang efektif dalam memberikan khidmat kepada pengundi setempat.

2) Tidak mesra rakyat

3) Sukar dihubungi.

4) Enggan menjawap panggilan talipon.

5) Kurang mengambil bahagian dalam perdebatan dalam parlimen..Kalau ada pun sekadar melepaskan batuk ditangga.

6)  Menghadapi masalah peribadi.

7)  Tidak popular dikalangan pengundi setempat


8)  Kesetiaan kepada parti amat diragui sekali... dipercayai mudah berlompat arah dan berpindah jika keadaan memaksa.


Alasan kelapan adalah amat crucial dan penting sekali apabila pucuk pimpinan parti diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan siapa yang perlu dipilih untuk membawa obor PKR sebagai wakil Pakatan Rakyat.



Lu Fikir La Sendiri!!!


sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan