Apa la Tok Pa ni..buat sakit Nik Najis bertambah jer..!
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed
yakin rakyat akan membuat kejutan dan perubahan dengan memberi mandat
kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah Kelantan pada pilihan raya
umum akan datang.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan luar biasa rakyat Kelantan
terhadap Umno dan BN sekarang.
"Ini sekali gus akan menamatkan sejarah kerajaan negeri ini di bawah
pimpinan PAS selama 22 tahun sejak pilihan raya umum 1990," katanya pada
majlis rumah terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan Umno Kelantan yang
dihadiri kira-kira 10,000 orang pelbagai kaum di sini Sabtu.
Rumah terbuka tersebut pertama kali dianjurkan Umno Kelantan serta mendapat sambutan luar biasa rakyat.
Mustapa berkata sokongan kepada BN di Kelantan adalah hasil
pendekatan semangat Gelombang Merah yang dilakukan selama ini yang
mendorong rakyat untuk melakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan
Menteri Kewangan. - BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan