Selasa, 3 November 2015

Berakhirnya Penantian Selasa ~ Akuan Tak Saman WSJ


Sebabnya kerana 2 perkara ~ Tak terkenal dan Ganti rugi yang rendah..!

Baca dulu...

Datuk Seri Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang turut berada dalam pasukan perundangan perdana menteri berkata Najib bukan saja mahu keadilan untuk dirinya tetapi juga mahu mahkamah memberikan perintah ganti rugi kerana mencederakan reputasinya.
“Beliau (Najib) nampaknya tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana,” katanya kepada wartawan hari ini.

Peguam itu berkata demikian sebagai respons ketika ditanya mengapa perdana menteri tidak memfailkan saman di luar Malaysia terhadap penerbit terbabit.
Sebaliknya, pasukan peguam Najib berkeras WSJ menyatakan sama ada ia bergantung pada undang-undang AS untuk melindungi syarikat Amerika itu daripada perintah mahkamah yang berada di luar bidang kuasa AS.
Firoz berkata Najib juga layak menerima ganti rugi sama seperti pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang dianugerahkan jumlah pampasan kewangan lebih tinggi terhadap Utusan Melayu (Malaysia) selepas ia didapati benar memfitnah mereka.
Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya. Akhbar itu juga mengeluarkan sebuah rencana mengenai perkara itu.
Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.
Dana itu, sebahagian besar dimasukan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.
Peguam  Najib, Datuk Mohamad Hafarizam Harun hari ini menafikan anak guamnya sengaja melambatkan serta mencari alasan untuk tidak menyaman WSJ.
Hafarizam berkata, dia sudah menulis kepada peguam penerbitan itu untuk penjelasan sama ada RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB, tetapi berkata penjelasan yang diberikan masih tidak memuaskan.
Peguam itu kemudiannya berkata dia sudah menulis kepada peguam penerbitan itu di Singapura meminta penjelasan sama ada mereka menggunakan Akta Kebebasan Bersuara di Amerika, bagi menghalang Najib daripada melaksanakan penghakiman yang diperolehi di Malaysia.
Katanya lagi, peguam WSJ di Singapura enggan mendedahkan perincian mendalam kerana sebab-sebab strategik.
“Kami memang mahu menyaman tetapi ia perlu dilakukan dengan betul atau ia hanya akan dibatalkan kerana teknikaliti.
“Juga, kami juga tidak mahu mendapat keputusan penghakiman yang tidak dapat dikuatkuasakan di Amerika Syarikat,” tambah Hafarizam.
Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.
Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan samada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh Najib menyalahgunakan kuasa.
Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia.
Rupanya ada alasan sebegini??? sebagai ketua negara yang dilaporkan mesra dunia pun masih tak terkenal..! 

Bukankah peguam Najib sendiri mengakui bahawa kenyataan WSJ tersebut telah melonjakkan Najib terkenal diseluruh dunia..! 

Rupanya duit juga dilihat lebih penting dalam memberikan alasan..!

Apakah maknanya maruah yang tercalar tidak penting berbanding jumlah duit???

Sekadar memberhentikan penantian Selasa jer laa..!
Apakah maknanya jawapan ini semua???

Lu Fikir La Sendiri!!!

27 ulasan:

  1. Antara alasan yang tak boleh diterima akal.

    BalasPadam
  2. madey bley setat saman dulu wsj yg tuduh anaknye songlap epf bail-out misc..napa dulu tak saman wsj ? sbab buang masa layan media penipu mcm malaysiakini,insider dsbgnye..byk lg keje perlu ditumpukan slain layan penipu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pernah Tun Dr. Mahathir lantik peguam hantar surat kepada WSJ macam yang Najib buat tu ke?

      Najib dan peguamnya pada bulan julai dulu beri tempoh 7 hari untuk WSJ jawab surat mereka, WSJ dah jawab yang mereka tetapi dengan pendirian akhbar mereka itu, Najib dan peguamnya ugut WSJ untuk saman pada hari Selasa, tunggu punya tunggu, sudah berbelas Selasa masih tak saman juga.

      Alih-alih beri alasan bodo sebab kalau saman di Amerika dapat pampasan sikit, Najib ni kemaruk duit pampasan ke? Tak kisahlah dapat pampasan dua tiga puluh sen pun, imej tu yang perlu dibersihkan, lainlah takut nak saman sebab takut makin banyak yang terbongkar dan terus dihumban ke penjara pula.

      Iyalahkan, niat dihati nak saman WSJ untuk dapat pampasan berbilion ringgit, alih-alih banyak pula rahsia jenayah Najib yang terbongkar, tak pasal-pasal diheret ke mahkamah pula.

      Sebab tu Najib takut nak saman, tak payahlah Hafarizam dan macai pemakan dedak Najib nak beri alasan yang tak tentu hala, kerana sememangnya Najib dah terjerat dalam perangkapnya sendiri, nak ugut WSJ supaya ikut cakap Najib konon, akhirnya Najib pula yang gabra tak tentu hala.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Buang masa atau buang telor?....penjilat dahhabis modal...nama tun juga disebut...kesiannya...

      Padam
    3. Jawapan paling tepat!

      "Tak kisahlah dapat pampasan dua tiga puluh sen pun, imej tu yang perlu dibersihkan"

      Padam
    4. Macai2 cari la isu selain dari hentam Tun M kesian kt macai ni nak backup boss Bapok terus nampak bodoh macam lembu wakakakaka

      Padam
    5. Biasalah kalau dah macai tu, Najib tabur 'dedak' berupa RM, dapat dua tiga puluh sen dicampak ke muka pun tak apa, dapat keropok mamee monster dan air kotak dicampak ke muak pun tak apa, terus melompat keriangan beri komen tak tentu hala, ibarat ayam dan itik terkinja-kinja bila ditabur hampas kelapa.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  3. Demi glori dan wang, mogul penyagap akan bayar berapa pun untuk dapatkan maklumat meskipun tidak beretika. Dan sepandai-pandai dorang melompat banyak yang sudah jatuh ke bumi.

    BalasPadam
  4. Untungnya jadi orang besar...tiada berani siasat kalau ada salahlaku ....adakah ini hukum dunia?..Aku kena jauhkan diri dari pemimpin msia...80% tak boleh di percayai

    BalasPadam
  5. Jawapan paling tepat!

    "Tak kisahlah dapat pampasan dua tiga puluh sen pun, imej tu yang perlu dibersihkan"

    BalasPadam
  6. Tengok gambo dua presiden tu langsung hilang selera nak buat ulasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang mana satu? Yang baju warna pink mcm bapok tu ke? Wakakaka tu pun macai boleh berbangga boss sendiri berbaik dengan Obama lahanat...Amerika tu negara lahanat...Jibon dok baik2 dengan Amerika sebab tu skrg ni mcm2 bala datang Malaysia...

      Padam
  7. Sapa kata Najib x di kenali. ...satu donia dah kenal najib yg dapat derma yg paling banyak di masukkan kedalam akaun sendiri.maruah..maruah diri di jaja satu donia,x malu ke atau muka dipakai kulit babi.x dapat satu pun x pe janji maruah dijaga.Nampak najib macam nasi lemak x de telor. . . Itulah kenyataan nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni semua salah madey - macai pemakan dedak otak tepu

      Padam
    2. MD,

      jangan marah diorg.
      Bajet pun dah potong.
      Dedak baru yg masuk dah campur beras hancur, tu sebab tersedak.

      Apapun menurut sumber drpd jaga JPM yg tak dikenali..

      Saman akan dibuat pada 30.2. 2016.

      Tak lama lagi tu, bersabarlah.

      Padam
    3. Setuju sgt2. Ini sume psl madey umno terlungkop. Yeay yeay

      Padam
  8. tak dapat bersihkan diri pun tak apa kerana pentingkan pampasan yang tinggi. jawapan macam ahjibgor dah menang dalam mahkamah. belum pun saman, dah kata menang dan tak akan dapat pampasan yang tinggi. memang peguam tu putar alam betul.

    BalasPadam
  9. Kes ketua pembangkang dan menteri adalah satu contoh betapa sukarnya nak dapat pampasan. Kes berkenaan sepatutnya di sebut di AS tetapi ketua pembangkang sedar ia sukar jadi kenyataan. Nak buek camno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 12:18

      Secara tak langsung, Najib telah mengakui slogan Cash Is King.

      Sekarang dia tak boleh berselindung lagi, perbuatan berdolak dalik pasti memakan diri.

      Pro Najib dari awal mengatakan tuduhan 2.6b itu adalah fitnah akhirnya backfire kpd Najib semula.

      Najib terus membiarkan rakyatnya bergelumang dlm kancah fitnah dan berpecah belah.

      Padam
    2. Sampai sekarang masih tidak jelas apakah RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta itu derma untuk UMNO atau derma untuk kerajaan.

      Tengku Adnan kata wang itu derma untuk kerajaan, malahan dia kata lagi dia dah Bendahari Agung UMNO, Datuk Ahmad Husni tahu pasal hal ini. Tapi pasal apa ye tak dicatatkan dalam Penyata Kewangan UMNO bagi tahun 2013 pasal derma ini? Ini kerana Penyata Kewagan Tahunan berkenaan perlu dihantar kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk rekod. Tengku Adnan dan Aham Husni berpakat dengan Najib nak tipu Pendaftar Pertubuhan ke?

      Kemudiannya Wan Adnan Wan Mamat pula menyatakan bahawa Najib telah beritahu dirinya dan 145 ketua UMNO bahagian yang lain dalam satu perjumpaan bahawa wang RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta itu adalah derma dari Arab Saudi kepada Malaysia pulak dah.

      Lepas tu Ahmad Zahid Hamidi tambah lagi pula kata wang itu memang derma kepada kerajaan, malahan Zahid Hamidi kata dia dah jumpa dengan wakil keluarga diraja Arab Saudi yang dah menerangkan panjang lebar berjela-jela pasal derma tu, malahan siap dah tengok dokumen derma tu dan dah lihat cek USD 100 juta kononnya perlu dibuat beberapa cek supaya tak nampak sangat wang USD 700 juta sedebuk dalam akaun Najib. Malahan dikatakan Arab Saudi beri wang itu adalah kerana Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk melawan IS.

      Persoalan saya mengenai dongengan penglipur lara Zahid hi adalah wang USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion tu dimasukkan ke akaun peribadi Najib di AmBank adalah pada tahun 2013, macam mana dia boleh lihat cek berkenaan? Bila wang tu dimasukkan ke akaun Najib, tentunya cek itu diambil oleh pihak bank. Macam mana Zahid boleh tengok semua itu? Zahid naik mesin masa Doremon balik ke tahun 2013 dan tengok semua itu ke?

      Konfius saya dengan kenyataan dari Zahid ni, nampak sangat nak menipu.

      Kemudian muncul pula Aziz Kaprawi, Ketua UMNO Bahagian Sri Gading merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan, walaupun Aziz senada dan seirama dengan Wan Adnan Wan Mamat dan Zahid Hamidi iaitu wang itu derma untuk kerajaan dari Arab Saudi, tetapi punca Arab Saudi beri wang itu adalah untuk melawan Yahudi dan DAP.

      Makin konfius saya, Zahid kata wang itu diberikan sebab Malaysia amalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk lawan IS, Aziz Kaprawi pula kata Arab Saudi beri wang tu untuk lawan Yahudi dan DAP, mana satu yang betul ni?

      Macai-macai pemakan dedak belaan Najib sila beri penjelasan mengenai kekeliruan ini, pasal apa boleh bercanggah kenyataan antara Tengku Adnan, Wan Adnan Wan Mamat , Zahid dan Aziz Kaprawi ni? Dalam semua kenyataan itu, siapa yang berbohong sebenarnya? Sebab masing-masing bercanggah, sekejap derma ke UMNO, sekejap derma kepada kerajaan, sekejap sebab amal ahli sunnah wal jamaah dan untuk lawan IS, lepas tu sebab nak melawan yahudi dan DAP, mana satu yang betul ni?

      Cer citer?

      Tapi saya pasti macai-macai belaan Najib yang sudah dicampak dua tiga puluh sen ke muka mereka, dicampak keropok mamee monster, air kotak, kuaci dan gula-gula oleh Najib itu akan merapu tak tentu hala putar ke isu lain pula.

      Biasalah dah macai pemakan dedak, mereka hanya pedulikan CASH sahaja, tak dapat CASH, tabur keropok mamee monster, air kotak, kuaci, dan gula-gula ke muka mereka pun tak apa, dasar mentaliti CASH IS KING katakan.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Kalau di beri pilihan sama ada nak percaya Purpet Murdok atau pemimpin sendiri, sudah tentu pilihannya pemimpin sendiri. Buat apa cai nak percaya si Purpet tu, baghal ke pe?

      Padam
    4. Nak percaya pemimpin macam mana, kalau pemimpin pun sanggup menipu rakyat. Rembat wang pengubahan haram sebanyak USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion masuk akaun peribadi sendiri, lepas dah diketahui orang, fitnah kata wang itu derma untuk parti, lepas tak dapat nak kelentong orang untuk sabitkan wang itu wang UMNO sebab wang itu tak diserahkan ke akaun parti, maka buat pula fitnah baru, kononya wang itu derma untuk kerajaan pula, boleh main tukar-tukar macam tu saja, pemimpin macam ni boleh dipercayai ke? Lebih saya lebih percaya kepada budak tadika di Kampung Mengkasar daripada Perdana Menteri penipu yang sanggup fitnah parti dan fitnah kerajaan demi untuk larikan diri dari pendakwaan jenayah pengubahan wang haram.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Baka

      Padam
  10. Money is king, maruah dirii dan negara tdk penting. Bagus punya PM. Najib tak layak cakap pasal maruah melayu atau Islam. Dia sanggup jual diri kerana duit, jangan malukan melayu dan Islam lagilah mr najib.

    BalasPadam
  11. Kesian najib..naya ....kes naya...says yakin dan benar benar yakin najib tidak guna,satu sen oun duit dari 2.6b tu...tudak tudak guna utk tujuan peribadi..mmg naya najib dituduh begitu..saya ulang..mmg najib tk guna sikit habok pun dari duit derma tu...yg perabeh duit tu bini tembam dia...tk oercaya baca blog jadur jassin berkenaan kerbau..najib ni dlm golongan kerbau yg hidungnya dicucuk tali.....ikut ja kemaba gembala heret dan tambat...

    BalasPadam
  12. Kesian najib..naya ....kes naya...says yakin dan benar benar yakin najib tidak guna,satu sen oun duit dari 2.6b tu...tudak tudak guna utk tujuan peribadi..mmg naya najib dituduh begitu..saya ulang..mmg najib tk guna sikit habok pun dari duit derma tu...yg perabeh duit tu bini tembam dia...tk oercaya baca blog jadur jassin berkenaan kerbau..najib ni dlm golongan kerbau yg hidungnya dicucuk tali.....ikut ja kemaba gembala heret dan tambat...

    BalasPadam
  13. Yes!! Cash is king...tu sbb 6jahanam meroyan.

    BalasPadam