Selasa, 3 November 2015

Hadi Tak Nak Nasihat Pulak..!


Kenapa perkara besar sebegini Hadi tak nak nasihat..! Sebagai Presiden parti kenapa Hadi tak menggesa kerajaan negeri pimpinan partinya melunaskan gaji kakitangan mereka..!

PAS di Kelantan bukan baru sebagai kerajaan negeri..! Sudah lebih 3 penggal tapi masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab..!

Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.
Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).
"Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru, hari ini. 
Macam ni pun ada hati nak jadi penasihat UMNO dan BN..!
Punahsihat ada laa..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Hadi Awang nak nasihat apa lagi, zaman dia jadi MB Terengganu tahun 1999-awal tahun 2004 dulu, pintu pagar dan pintu sekolah tadika dirantai, anak-anak tadika dibiarkan terkontang kanting tak ada tempat belajar, itu pun dia sanggup buat, apatah lagi gaji guru YIK tu, tak apa guru-guru tu redha dengan apa yang ada, perlu utamakan pemimpin jenis 'ulamak @ alamak' yang jadi ADUN, Speaker, Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar terlebih dahulu, Membangun Bersama Islam katakan.

    Sedarlah semua.

    PAS tak boleh diharap sebab parti bebal, jenis politik tepi jalan, PKR pun sama tak boleh diharap sebab politik anak beranak, laki jadi Ketua Umum lantik diri sendiri, bini jadi Presiden, anak jadi Naib Presiden, laki bini dan anak semuanya dicalonkan dalam PRU jadi calon parti, memang tak boleh harap parti macam ni.

    Di Malaysia, hanya UMNO yang boleh diharapkan bukan setakat untuk menjadi payung kepada orang bumiputera, tetapi kepada orang bukan bumiputera jua. Tapi malangnya UMNO sedang dikhianati oleh pemimpin sendiri, Presiden UMNO sanggup fitnah parti kononnya terima derma sebanyak USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion, tapi yang pelinya tu, semua wang tu dalam akaun peribadi Presiden UMNO, satu sen tak diserahkan kepada akaun parti, macam mana Najib boleh kata wang itu derma untuk UMNO pula? Sebenarnya Najib nak fitnah UMNO, nak letakkan beban tanggungjawab mengenai USD 700 juta a.ka. RM 2.63 bilion itu terhadap UMNO, sebab Najib nak lepaskan diri dari pendakwaan jenayah pengubahan wang haram.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. PAS satu lagi parti mempergunakan Islam utk kepentingan diri. Maruah Islam dipermainkan ikut rentak ulamak ulamak ciptaan sendiri. Satu pun contoh PAS tdk boleh diikuti, sangat cantik hadi jadi nember dgn najib.

    BalasPadam
  3. Biasala... manusia.

    SESETENGAH USTAZ terutama dikeliling(nya).

    Sekali dapat jawatan dan boleh hidup senang skt. Boleh naik kete beso. Lupalah mereka kepada ustaz biasa dan rakyat bawahan. Nasihat kpd Tuan Presiden pun dah x brapa clear.

    Dengan sedikit baki ilmu agama di dada mereka... di doakan mereka sedor cepat sebelum negara terus di perintah oleh pemimpin yang menghabiskan harta rakyat sesuka hati.

    BalasPadam
  4. "KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedia melepaskan jawatan sekiranya debat antara Tony Pua dan Arul Kanda Kandasamy tidak mengikut syarat.

    Memetik laporan Astro Awani katanya, jika debat itu diteruskan tanpa mematuhi syarat yang dinyatakan beliau, maka beliau sedia meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

    "Kenapa harus terburu-buru (hendak mengadakan debat)? Adakah perbahasan itu akan dapat keputusan tuntas?

    "Tidak bukan. Jadi kenapa harus terburu-buru... tetapi kalau Kerajaan mahu teruskan perdebatan, saya tidak mahu terlibat (dalam isu ini), saya sedia mengundur diri," katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

    Dalam pada itu, Pandikar Amin berkata, Tony merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara perlu melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika mahu berdebat dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda.

    Pandikar Amin berpandangan bahawa penyiasatan PAC yang merupakan jawatankuasa di bawah Parlimen mestilah telus.

    Selain itu, Pandikar berkata, Arul Kanda juga perlu dilucutkan sebagai saksi dalam siasatan PAC jika ingin meneruskan debat tersebut.

    Debat atau bual bicara secara siaran langsung di televisyen di antara Tony dan Arul Kanda juga dilihat mendapat 'lampu hijau' kerajaan apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah pun menyatakan kesediaan untuk menyiarkan debat itu secara langsung.

    Terbaru, Salleh memberitahu bahawa RTM mencadangkan agar debat 1MDB Arul-Tony Pua diadakan pada jam 9 hingga 10 malam Jumaat ini, iaitu 6 Nov 2015 di Studio 1 tanpa penonton.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Debat 1MDB dicadang Jumaat ini]

    Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan debat ini sebagai peluang untuk menyerlahkan keberanian dan kejantanan masing-masing bagi mencari kebenaran berhubung isu menyelubungi syarikat pembangunan strategik itu." - Dipetik dari Sinar Harian Online

    Apa ni, blongang-blongang belaan Najib sibuk mengata Tony Pua takut nak berdebat, tapi apahal Pandikar ni bukan main cuak sampaikan ugut letak jawatan?

    Ye ke nak letak jawatan Pandikar, nanti Najib tabur lagi 'dedak' beri mangkuk jamban baharu dalam jamban di pejabat kau nanti, terus putar jadi cerita lainlah. Macam sebelum ni, jumpa Tun Dr. Mahathir, beritahu Tun Dr. Mahathir kata kau nak letak jawatan bagai, alih-alih bila Najib campak duit untuk buat jamban baharu di pejabat kau, lepas tu beri perabot baharu di pejabat kau, kemudiaan buat ubah suai sikit di pejabat kau tu, terus lalok lentok, tak jadi letak jawatan, malahan Najib membohong dalam parlimen pasal isu USD 1.103 bilion di BSI Singapore Limited pun kau tak ambil tindakan, dasar Speaker jamban macam Pandikar ni, letak jawatan lagi baiklah, kena tabur 'dedak' sikit terus melonjak riang seperti beruk mak yeh ditabur pisang.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  5. Nasihat kerbau pencen tak nak dengar, nak dengar nasihat lembu menupus? Betoi gak tuh. Apapun alasannya, realitinya ialah permintaan terhadap lembu menupus melebihi kerbau pencen.

    BalasPadam
  6. beza Pas dan parti keramat tersangatlah banyak. tak dapat nak disenaraikan. persamaan itu yang aneh: satu aje.

    BalasPadam
  7. Hadi boleh jadi penasihat UMNO, tapi bukan UMNO (United Malays National Organization), tetapi UMNO (United Mangkuk Najib Organization) sahajalah.

    USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion tu derma untuk siapa sebenarnya? Untuk UMNO atau untuk kerajaan, sampai kini macai Najib tak jawab, sebab mereka sendiri tak tau jawapannya, masing-masing kena tabur dedak, keropok mamee monster, air kotak yeo's, kuaci, gula-gula, terus komen bodo piang mengharapkan habuan dari Najib.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  8. Eik? Blog pembangkang ni kutuk pembangkang? Nnt Tun marah. Kan dia suro concentrate hentam kerajaan?

    BalasPadam