Jumaat, 13 September 2019

Bangsat..!


LELAKI bergelar Datuk dan pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini, atas 32 pertuduhan membabitkan aktiviti penjualan MyKad dan dokumen pengenalan sah kepada warga asing.
Semua mereka yang berusia 34 hingga 66 tahun berkenaan didakwa berasingan mengikut Seksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 466 Kanun Keseksaan.
Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Salha Hamzah dan Mazdi Abdul Hamid, tiada pengakuan direkodkan dan tiada jaminan dibenarkan terhadap semua tertuduh.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pertama, Mohd Faizul Arifin, 34, berdepan 11 pertuduhan masing-masing dua pertuduhan mengikut Seksyen 26E ATIPSOM, empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990
Lima lagi individu berkenaan yang juga rakyat tempatan berdepan tiga seksyen yang sama.
Terdahulu, anak lelaki seorang daripada tertuduh yang bergelar Datuk menangis sambil memegang tangan bapanya yang berdepan lima pertuduhan sejurus prosiding selesai.
Semua tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen Georgetown jam 9 pagi, hari ini diiringi beberapa pegawai polis lengkap bersenjata.
Muka depan Harian Metro hari ini, mendedahkan kejayaan polis dan beberapa jabatan kerajaan lain membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China di negeri ini yang didalangi seorang pegawai JPN negeri.
Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia membuat laporan polis berikutan permohonan seorang wanita warga asing yang cuba memohon pasport negara ini dengan mengemukakan MyKad sah namun tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Mei lalu.
Polis melalui operasi khas berjaya membongkar sindiket berkenaan yang dikatakan mengaut keuntungan antara RM100,000 hingga RM600,000 hasil jualan MyKad sah berkenaan kepada warga asing dan menahan 20 individu, sehingga hari ini.


Biar mahkamah tentukan kebenarannya..!
Buktikan dan heret semua yang terlibat..!
Dari bawah hinggalah tingkat yang paling atas..!

Siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!


13 ulasan:

  1. BONGKAR HINGGA KE AKAR UMBI PENGKHIANATAN YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN. KALAU DINEGARA LAIN HUKUMAN AMAT BERAT TERMASUK HUKUM BUNUH. BONGKAR PEJABAT JPN/RUMAH KEDIAMAN MEREKA TERLIBAT. SIASAT KDN SENDIRI DAN SISTEM YANG ADA TERMASUK PEJ MENTERI DALAM NEGERI DAN PEGAWAI SERTA KAKITANGAN BAWAHAN MEREKA.

    BalasPadam
  2. Jangan lupa selongkar Pejabat Ketua Menteri P Pinang dan Pejabat Teroris LTTE Ramasamy sama. Dan jangan tertumpu di P Pinang saja, Selangor dan Melaka juga kubu kuat DAP. Setiap penerima tentu ada pemberi Rasuah. Dan yang memberi tentulah kaya raya, bukan senang rakyat China tu nak bayar 300k seorang. Yang peliknya dalam kes melibatkan kedaulatan negara, DAP, PAN, PKR menikus, senyap macam kena pukau.Polis jangan lepaskan setiap corok dan lobang, bongkar sampai ke akar umbi kerana ini soal keselamatan negara. Tangkap mereka yang terlibat, tak kira apa kedudukan mereka.

    BalasPadam
  3. JPN JANGAN LAGI NAFI NAFI LA
    SIASAT LAH JANGAN JADI BADUT
    ATOK JIDIN TOKONG X LEH CAYA
    BELA KRONI ANAKCUCU PUNYA PERUT

    HAMPEHHHH...!!

    #BMF

    BalasPadam
  4. Natizen sangat yakin mungkin puluhn atau ratusan ribu yang sudah terlepas dan telah menjadi warganegara melalui jalan belakang. Mereka yang terbabit termasuk menteri WAJIB dibawa kemuka pengadilan. IANYA SUATU YANG AMAT SERIUS!

    BalasPadam
  5. P Pinang pusat segalanaya, pusat menghalau orang Melayu secara sistematik, pusat membawa pendatang China menjadi warganegara melalui pintu belakang, pusat pengedaran dadah, pusat pelacuran, pusat kegiatan pengganas Tamil Eelam, pusat salib terbesar didunia, pusat TERKEJUT dan segala pusat kegiatan jenayah!

    Siapa yang memerintah disana? Jenayah berkembang disana?

    BalasPadam
  6. Program pemutihan rakyat Malaysia perlu dilakukan sebelum PRU15. Kera jaan sudah tidak punya banyak masa lagi. MINTA KDN LAKUKAN DENGAN SEGERA!

    BalasPadam
  7. Kat mana D4P menang dengan majoriti luar biasa mesti ada sebab yang mencurigakan. Mesti ada kaitan dengan pengundi hantu warga china. Pegawai banci penduduk pun mesti tahu lokasi2 yang mencurigakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Priority untuk pegawai banci dalam waktu terdekat, dicadangkan - Seputih, Jinjang, Kepong, Balakong, Beruas, Mengelembu selain tempat2 terpencil seperti Sibu, Miri, Pulau Ketam, Pangkor, Kuala Sepetang dan banyak temapat diJohor umpama Kukup dan sebagainya. Bertindaklah segera, sudah lama natizen2 dialam maya mensyaki sesuatu yang tak kena kerana terlalu ramai yang tak fasih berbahasa Melayu?

      Terimakasih kepada natizen2 yang memberi pendapat dan pandangan! Ianya sangat membina!

      Padam
  8. PERCAYALAH, penangkapan kecil ini umpama TIP OF ICEBERG, yang sudah terlepas mungkin puluhan atau ratusan ribu. Ini tak termasuk lagi dari Pulau Ketam, Pangkor dan tempat2 yang terpencil.

    Mungkin ada sendikit yang dinaungi oleh parti2 RASIS tertentu?

    Diharap pihak polis lebih aggresive!

    BalasPadam
  9. KDN melalui JPN harus melapurkan dari masa ke semasa pemberian kerakyatan baru warga asing.Pemberian ini mesti lah bersebab berserta bilangan dan dari negara mana atau bangsa apa bagi pengtahuan umum.Perkembangan ini sangat menimbulkan kerisauan kepada rakyat malaysia khusus nya orang melayu memandangkan situasi politik yang tidak begitu memberangsangkan.Dibimbangi masaalah ini bakal menimbulkan penentangan yang tidak terduga yang seterusnya mengeruhkan lagi keadaan.

    BalasPadam
  10. Bongkar dan tangkap mereka yang melibatkan kedualatan dan keselematan negara.

    BalasPadam