Rabu, 18 September 2019

The Last Samurai..!


 Badut politik..!

Pandikar label Anwar ‘samurai terakhir’, Salleh Keruak sokongnya sebagai PM

Pernah di pihak yang bertentangan, Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh bekas Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia, dan bekas menteri BN Salleh Said Keruak.
Kedua-dua bekas panglima perang Umno itu menganjurkan sambutan Perhimpunan Memperingati Hari Malaysia Sabah 2019 di Dewan Seri Kilapi, Rampayan Laut, dekat Kota Belud di bawah NGO mereka Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo).
Semasa sidang akhbar selepas majlis itu, Pandikar selaku presiden Usbo memohon maaf kepada Anwar berhubung beberapa kenyataan yang dibuatnya semasa pilihan raya kecil Sandakan pada Mei lalu, kerana tidak menunaikan janjinya untuk mengurangkan harga minyak.
“Sebenarnya, saya perlu minta maaf, semasa di PRK Sandakan, saya memomok dia, dia kata 'hari ini kita perintah, harga minyak akan turun'.
“Tetapi ketika berjumpa dengan Anwar, dan lihat laporan itu dan saya sedar, saya begitu bodoh ... Apa yang dia katakan sebenarnya adalah 'hari ini saya ambil sumpah sebagai perdana menteri', bukan sebagai orang yang keluar dari penjara, bukan sebagai wakil rakyat," katanya.
Pandikar dipercayai merujuk kepada ucapan Anwar pada kempen pilihan raya umum 2008, 11 tahun lalu.
Sementara itu, Pandikar dalam ucapannya turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin paling layak atau ‘the last samurai’ untuk menerajui kepemimpinan negara selepas Mahathir.
“Usbo menyokong penuh kepemimpinan Anwar dan politik adalah dinamik dan keputusan kita pada hari ini kena ambil kira persekitaran politik masa kini…kita menyokong bukan disebabkan mahukan jawatan atau apa-apa imbuhan kerana kita yakin Anwar mampu menyatupadukan seluruh rakyat di negara ini,” katanya.
Bekas speaker itu juga memuji Anwar sebagai penyelamat kesetaraan antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat.
"Kami (mahu) merasakan bahawa kami setaraf dengan Semenanjung, jadi itu tanggungjawab kamu (Anwar), sebab itulah saya kata kamu adalah samurai terakhir untuk mempertahankannya," katanya.
Sementara itu, bekas bendahari Umno Salleh, yang adalah penasihat Usbo menyokong Anwar sebagai bakal perdana menteri.
“Pada saya, kami persatuan Usbo ini menyokong sepenuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim seabagai perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pada kita Anwar di landasan betul untuk menyelamatkan Malaysia kerana bagi kita paling bahaya adalah Malaysia (dilanda) politik ekstrem kerana kita ada berbilang agama, budaya yang penting penyatuan Malaysia bukan sahaja penyatuan satu-satu bangsa sahaja,” katanya.
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Pandikar dan Salleh akan menyertai PKR.
Bagaimanapun, Pandikar berkata tiada apa-apa kaitan politik mengenai kehadiran Anwar pada majlis hari ini.
"Tidak ada yang politik, bukannya kita mahu menyertai PKR ... ini adalah sokongan tulen, kita menyokongnya kerana reformasi itu," katanya.
Anwar juga mengakui bahawa majlis hari ini adalah acara kebudayaan, dan perkara-perkara parti tidak dibincangkan, sebaliknya ia hanya sokongan daripada sebuah pertubuhan suku kaum.
“Saya agak terkesan kerana mereka memberikan sokongan kepada saya…dan apa yang kita bincangkan pada hari ini hanya mengenai kebudayaan dan tiada perbincangan mengenai politik.
“Tapi saya sambut positif la. Orang sokong saya,” kata presiden PKR itu.
Pandikar dan Salleh menyertai pemimpin Umno Sabah lain yang bertindak meninggalkan parti itu pada bulan Disember lalu.
Bagaimanapun, sementara kebanyakan anggota Umno di Sabah menyertai Bersatu, Salleh dan Pandikar kini tidak menganggotai mana-mana parti.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Anwar berkata apa yang penting sekarang adalah untuk membawa landskap politik baharu yang memikirkan rakyat dan menunjukkan teladan yang baik.
“Saya yakin rakyat akan bersama kita jika kita menunjukkan teladan yang baik. Soal menjadi perdana menteri, perkara ini sudah dibincangkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekarang gilirannya mentadbir, saya tidak ganggu.
“Namun apabila tiba giliran saya jadi Perdana Menteri, saya akan laksakana tanggungjawab itu sebaiknya. 
"Saya akan pastikan ada perubahan yang baik pada masa hadapan dan saya akan teruskan tanggungjawab berkenaan tuntutan Sabah khususnya mengenai Perjanjian Malaysia 1963 seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir pada masa kini,” katannya.
Dua dua ekor tu lah yang bukan kuat mengampu di zaman Najib..!
Sekor jadi Menteri sebab rajin menulis dalam blog bantai Tun, sekor lagi sebab mempertahankan wanemdibi di Parlimen..!
Hari ni mengampu AlJub pulak..!
Hidup asyik menjilat ajer la..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

30 ulasan:

  1. Gambar hitam putih tu sudah repot polis...kenape polis tak ambik tindakan keatas anwar?...

    Rahim thamby chik sudah ngaku dia yg punyer kerja kerana nak balas dendam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuyooooo....sebijik....sapa tonggang sapa tu!!!

      Padam
    2. Kalau dia seorg peliwat knpa dlm gambar hitam putih tu tak ada adegan jubo menjubo.

      Padam
    3. Yg tu bukan jubo menjubo...yg tu China Doll....main jongkang jongket...

      Padam
  2. Jasa Tun Mahathir Orang Dah Lupa*

    *Zaman PM4 (1981-2003)*
    1. MAMINCO - bangkrap
    2. MAKUWASA - bangkrap
    3. PERWAJA - bangkrap
    4. BMF - bangkrap
    5. BNM - rugi RM31.5 billion
    6. Forex - gagal
    7. Bank Bumi - rugi
    8. BAKUN - rugi
    9. MAS - rugi
    10. ERL - kerajaan terpaksa bayar kroni
    11. PKFZ - rugi
    12. PUTRA LRT - bangkrap-bailout
    13. STAR LRT - bangkrap-bailout
    14. MONOREL - bangkrap-bailout
    15. BAS INTRAKOTA - bangkrap
    16. SILTERRA - rugi
    17. JARING - gagal
    18. MEC ELECTRONIC GAMBANG - bankrap
    19. MIMOS - gagal
    20. HICOM - gagal
    21. EAGLE PLANE
    22. IPP - rugikan TNB berbilion
    23. TNB - rugi
    24. PROTON - rugi
    25. FIMA Rantei - gagal
    26. SOGOSHOSHA - gagal
    27. JUDICIARY - dicemar
    28. UMNO - diharamkan
    29. DAYABUMI - gagal
    30. TIME dotCom - rugi
    31. KONSORTIUM PERKAPALAN - rugi
    32. MISC - lingkup
    33. IWK - rugi
    34. DASAR PANDANG KE TIMUR - gagal
    35. PLAZA RAKYAT - terbengkalai
    36. JB WATERFRONT CITY - terbengkalai
    37. KRONISME - berleluasa
    38. HARGA BARANG - naik
    39. ARAK - Mirzan beli kilang arak San Miguel - jatuh maruah dan berdosa besar
    40. RINGGIT - jahanam daripada RM2.20 kepada RM3.80 (vs USD)
    41. SUKAN KOMANWEL - masih ada yang tak dapat payment
    42. EKUITI BUMI - naik tak smpai 2% selama 22 tahun
    43. PIRATISATION - 200 syarikat awam difaraidh kepada kroni, dan anak-anak
    44. PENAPIS MINYAK - 22 tahun tiada penapis minyak sendiri terpaksa import dari Singapura
    45. SURAT WAHYU - boleh menang tender, loan boleh approve, boleh lari dari penguatkuasa, syarikat RM2 boleh dapat projek juta-juta
    46. MINYAK NAIK - dari 89 sen hingga hampir 3 ringgit masa 1998.
    47. Boboi MB Kedah 2 Kali - bailout
    48. PM4 Bapa Baillout,
    49. Beli 88 pesawat pejuang SKYHAWK, 44 tiba, baki 44 tersadai di USA.

    MR : Ada banyak lagi usaha Tun M berusaha untuk mensejahterakan rakyat dan negara...tanpa mengira wang masuk ke account peribadi.

    https://mindarakyat.blogspot.com/2019/04/jasa-tun-mahathir-orang-tak-tahu.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Madey kata melayu mudah lupa...

      Mahkamah rayuan tolak permohonan madey batalkan laporan RCI Forex..

      Padam
    2. Mahakutty tu memang Lahanat.....

      Padam
  3. 2 ekor tu dah insaf....ramai lagi mp umno yg dulu kuat sokong najib masuk Bersatu...tak bising plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. He...he...he...lepas PRU 15...katak2 tu lompat balik lah!!!

      Padam
  4. Kahkahhhhhhh..keruak mmg lahanatttt..mmg betul2 badut politik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenar dalam gambar tu adalah kau yg bertopeng pakai wajah anwar..almaklum lah kau tu kuat menyamar dan suka klon org lain.

      Padam
  5. Dulu musuh sekarang kawan...dulu kawan setia sekarang musuh ketet...
    Umrah dlm politik...

    Tiada kawan selamanye dan tiada musuh selamanye...

    Yg penting apa yg baik dusokong..

    BalasPadam
  6. Dari bagi pm kpd zahid atau Hadi lebih baik anwar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpa lh.. Dh mmg penyokong semburit mesti lh menyokong pemimpin kaki semburit.. itu kan sudah menjadi lumrah malaysia baru..

      Padam
  7. PH dah rosak teruk angkara madey tipu rakyat...

    Untuk pulihkan PH madey mesti digantikan segera...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah sikit Bang,...si Tua Renta tu tak Sedau diri...

      Padam
  8. Sudah mau kiamat agaknya? Yang punyai rekod air maninya ada pada Saiful dimahkamah pula mahu diangkat menjadi PM.

    Betul2 tidak bermoral!

    #BMF

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR= Parti Kemut/Kencing Rakyat!!!

      Padam
    2. Yg aku geli hati...Budin Sontoloyo sampai terbitkan buku minta Anwar Al Juburi jadi PIEM ke 8...kihkihkih...

      Padam
    3. Kes liwat Anwar: Segera tubuh RCI
      15 Feb 2019

      Nik Amirulmu’Min Nik Min
      KUANTAN - Kerajaan didesak agar menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan wujud campur tangan dalam institusi kehakiman berhubung kes perbicaraan Liwat II Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didedahkan Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer melalui sebuah portal, semalam.

      Bekas Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata, dakwaan itu amat serius kerana ia melibatkan asas sistem keadilan di negara ini.
      Menurutnya, jika benar berlaku campur tangan hakim tertinggi dalam memberi arahan terhadap tindakan yang perlu dilakukan dalam kes itu seperti yang didakwa, ia amat mendukacitakan dan langsung tidak boleh diterima.
      “Kalau ia benar, seolah-olahnya peringkat hakim pun boleh diperkotak-katik pihak tertentu, jadi perkara ini perlu diberi perhatian serius dan kita desak perlunya RCI ditubuhkan segera bagi menyiasat perkara ini.

      Padam
  9. Adakah Malaysia sebuah negara Islam akan mempunyai PM GAY? pertama didunia?

    Rekod mahkamah perlu segera dibuang oleh barisan peguambelanya. Masih ada yang hidup walaupun telah ramai yang sudah masuk lubang kubur!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr. Osman pertahan akuan bersumpah periksa Saiful
      pemudaumno

      11 years ago
      Advertisements

      Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor perubatan pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, muncul semula hari ini selepas menghilangkan diri lebih sebulan dengan mempertahankan kandungan akuan bersumpahnya bahawa tiada kesan dia diliwat.

      Sambil mempertahankan kandungan laporan bersumpah itu, Dr. Mohamed Osman berkata, beliau mahu menyatakan keadaan sebenar berhubung dengan akuan bersumpah tersebut.

      Pada sidang media di Majlis Peguam hari ini, beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan olehnya menunjukkan tiada kesan Saiful dilihwat.

      Akuan bersumpah beliau telah dihebahkan secara meluas pada 28 Julai lali dalam laman web Malaysia Today, yang telah disambung perkhidmatannya semalam selepas dikenakan halangan kira-kira seminggu.

      Kata Dr. Mohamaed Osman, akuan bersumpah tersebut adalah dibuat oleh beliau sebelum meninggalkan Malaysia.

      Dr. Mohamed Osman merupakan rakyat Myanmar telah berkhidmat di beberapa hospital di negara ini lebih satu dekad.

      Padam
  10. Khazanah jual Pusat Perubatan Prince Court RM1.02 bilion tunai
    Sep 17, 2019 (Dikemaskini Sep 17, 2019)

    A A
    Khazanah Nasional Berhad mengumumkan hari ini akan menjual Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) di Kuala Lumpur pada nilai RM1.02 bilion secara tunai.

    Jualan itu berlaku selepas setahun Khazanah membeli hospital berkenaan daripada Petronas.

    Menurut pengumuman Bursa Malaysia hari ini, nilai pelaburan Khazanah dalam hospital itu melalui anak syarikatnya Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd adalah sebanyak RM1.086 bilion.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keadaan ekonomi teruk ..kerajaan madey tiada wang lagi....dah pinjam pon masih tiada wang...kena jual aset lagi...

      Padam
  11. Anwar gesa kerajaan kaji semula kadar kemiskinan
    Sep 18 2019 / Keadilan Daily
    Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim, berkata Putrajaya perlu menyemak semula kadar kemiskinan di Malaysia menggunakan kaedah yang betul susulan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa peratusan kemiskinan di negara ini adalah 15 peratus dan bukan 0.4 peratus seperti laporan pada 2016.

    “Saya melihat di mana-mana kampung atau kawasan Felda di Malaysia mempunyai rakyat yang miskin iaitu mereka yang berpendapatan rendah.

    "Oleh itu saya berpendapat kadar sebenar kemiskinan di negara ini mungkin lebih tinggi berbanding 0.4 peratus yang dinyatakan kerajaan.

    “Saya juga berpendapat bahawa apa yang dikatakan Pelapor Khas Mengenai Kemiskinan Melampau dan Hak Asasi PBB, Prof Philip Alston mendakwa Malaysia mempunyai kadar kemiskinan yang sangat ketara dan kadar sebenar kemiskinannya ialah kira-kira 15 peratus adalah benar,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada dialog Digital Native Agenda(DNA23) The Challenges And Way Forwarddi Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Kota Kinabalu malam tadi.

    Pada masa sama, Anwar yakin terdapat penyelewengan dalam program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan rejim Umno-BN dahulu.

    BalasPadam
  12. Anwar boleh rapatkan Semenanjung dan Malaysia Timur, kata penganalisis

    Nicholas Chung - September 18, 2019 11:24 AM
    16
    Shares


    Azmi Hassan berkata, kepimpinan Anwar Ibrahim dalam PKR serta penyatuan parti itu, PAS dan DAP di bawah pakatan yang dibubarkan kini ialah bukti kepintarannya dalam politik.
    PETALING JAYA: Sokongan sebuah badan bukan kerajaan yang berpangkalan di Sabah untuk Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seterusnya mendorong 2 penganalisis politik membuat spekulasi presiden PKR itu mampu meningkatkan muhibah antara negeri di Semenanjung dan Malaysia Timur apabila beliau mengambil alih jawatan nombor satu itu.

    Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya memberitahu FMT, rakyat di Sabah dan Sarawak dilihat mempunyai keyakinan terhadap kemampuan Anwar untuk menyelesaikan isu tuntutan terhadap Perjanjian Malaysia 1963, manakala Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia menyentuh rekod Anwar menyatukan rakyat berbilang bangsa dan aliran politik.

    Mereka mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo), Pandikar Amin Mulia dalam sidang media di Kota Belud semalam yang memuji Anwar sebagai pejuang kesaksamaan antara Semenanjung dan Malaysia Timur, manakala penasihatnya, Salleh Said Keruak dilaporkan berkata, Anwar berada “di landasan betul untuk menyelamatkan Malaysia”.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar Ramal Dirinya Jadi PM Ke-8 Tahun Depan....kihkihkih....

      Padam
    2. Anwar lebih baik dari zahid dan Lobai Hadi..

      Padam
    3. Aduhh.. Siapa tu yg lebih baik dari zahid & hj hadi..? Haha tolong lh.. Gmbar kt atas tu gmbar siapa tu?

      Padam