Selasa, 17 September 2019

Tun Hamid Buat Hamba Sahya DAPig Hilang Telur..!


Baca dan fahamkan..!

Muafakat Nasional UMNO-PAS, ini ulasan Tun Hamid

KEMUNCAK perpaduan orang Melayu adalah dalam tahun 1946. Pada masa itu orang Melayu bersatu padu menentang Malayan Union. Selepas itu orang Melayu bersatu menentang ancaman pengganas Komunis; orang Melayu juga bersatu mempejuangkan kemerdekaan dan orang Melayu bersatu semasa menghadapi peristiwa 13 Mei.
Pada masa yang sama, dalam politik kepartian, orang Melayu mula berpecah, berpecah dan berpecah.
Sebaik sahaja perjuangan menentang Malayan Union berjaya dan UMNO ditubuh, UMNO berpecah apabila Dato’ Onn Jaafar meletak jawatan dan menubuh Independent Malaya Party dan kemudiannya Parti Negara. Nasib baik kedua-dua parti tidak kekal lama.
Dalam tahun 1951, setelah kalah kepada Tunku Abdul Rahman Putra dalam pemilihan Presiden UMNO, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan pula menubuhkan Pas yang memberi kesan perpecahan kapada orang Melayu yang terbesar dalam sejarah, hingga sekarang.
Dalam tahun 1963, UMNO berpecah lagi apabila Abdul Aziz Ishak menubuh National Convention Party yang mati tidak berkubur.
Dalam tahun 1988, UMNO berpecah lagi apabila Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46. Walau bagaimana pun, ia dibubarkan lapan tahun kemudian, setelah ia, anehnya, berjaya menyerahkan pemerintahan negeri Kelantan kepada PAS yang kekal hingga sekarang.
Dalam tahun 1999, UMNO berpecah lagi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim disingkir dan menubuhkan PKR.
Dalam tahun 2016, tiba pula giliran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baru, Bersatu. Bersatu bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah dan berjaya menjatuhkan pemerintahan BN yang di terajui UMNO itu.
Mengenai PAS pula, dalam tahun 1977 Pas berpecah dengan penubuhan Berjasa oleh Dato’ Mohd. Nasir dan Hamim oleh Dato’ Mohd. Asri dalam tahun 1983. Baik bagi PAS, manakala Berjasa bertahan satu penggal, Hamim langsung tidak  mendapat sambutan. Anehnya, Dato’ Asri mati sebagai seorang ahli UMNO.
Dalam tahun 2015, PAS berpecah lagi apabila kumpulan Mat Sabu menubuh Amanah.
Ini belum mengambil kira parti-parti kecil seperti KITA dan Ikatan dan parti baru, PUTRA.
Sementara itu, UMNO yang telah reput dari dalam kerana pemimpin-pemimpinnya menghadapi persepsi rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang teruk, masih terlalu angkuh dengan kekuatannya. (Saya menggunakan perkataan “persepsi” sebab mahkamah belum mesabitkan pertuduhan terhadap mereka). PAS juga angkuh dengan kekuatannya. Kedua-duanya terus menentang satu sama lain dalam PRU 14 menyebabkan PH menang dengan bantuan undi bukan Melayu di hampir 30 kawasan Parlimen.
Maka, pada malam 9 Mei, 2018, UMNO terduduk dengan kekalahan pertama dalam tempoh enam dekad. Mulanya PAS teruja dengan kejayaannnya. Tetapi, tidak lama kemudian ia baru sedar mengenai kerugian sebenar. Maka barulah kedua-duanya mula berfikir untuk mencari jalan menjalinkan kerjasama. Alhamdulillah, selepas tiga pilihan raya kecil, kesan positifnya telah mula dapat dilihat.
Dalam tempoh tidak sampai setahun PH memerintah, kita lihat hak dan kepentingan orang Melayu dihakis; agama Islam dan Rasul Allah ﷺ dihina; angkatan tentera diperlekehkan; tuntutan-tuntutan orang bukan Melayu, semakin melampau; Raja-Raja, bendera negara dan lagu kebangsaan dihina; pelaksanaan undang-undang berat sebelah; keadaan ekonomi semakin teruk; ketenteraman negara semakin terancam; hubungan antara kaum semakin tegang; pegawai-pegawai awam dan institusi-institusi Islam dalam kegelisahan; kelakuan dan kata-kata yang biadab bertambah; bantahan demi bantahan dibuat mengenai apa sahaja yang berkaitan atau yang mereka kaitkan dengan orang Melayu dan agama Islam; dan satu demi satu bantuan yang memanfaatkan orang Melayu ditarik balik.
Mempertahankan hak orang Melayu dikatakan rasis sedangkan mereka yang mahukan hak orang Melayu, tidak rasis. Menyebut perkataan “Melayu”  dan “Islam” pun dituduh rasis sedangkan mereka yang mengutuk orang Melayu dan menghina agama Islam tidak rasis. Perbandingan agama ditentang atas alasan menggugat ketenteraman negara sedangkan menghina Islam dan Rasulullah ﷺ adalah kebebasan bersuara. Ha-hal agama Islam yang terpakai kepada orang Islam sahaja pun mereka masuk campur dan mahu kita mengikut kehendak mereka.
Perkara 152 menjamin tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.” 
Kerajaan BN bukan hanya sekadar tidak melarang dan menghalang. Malah, kerajaan membina sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Itu pun mereka tidak puas hati lagi. Orang Cina mahu mewujudkan sistem pelajaran yang berasingan daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Tunjukkan kepada saya sebuah negara di dunia ini yang membenarkan rakyatnya berbuat demikian, apatah lagi membina sekolah-sekolah vernakular. Di Singapura pun tidak ada  sekolah Cina pada hal Singapura diperintah oleh orang Cina.
Kerajaan PH nampak seolah-olah tidak indah, malah mengalah dan mengalah. Perdana Menteri nampak seolah-olah sudah tidak dapat mengawal menteri-menterinya sendiri. DAP telah berjaya meletakkan orang-orangnya di tempat-tempat yang strategik dalam Kerajaan Persekutuan dan bertindak seolah-olah di luar kawalan Perdana Menteri.
DAP juga telah berjaya menguasai atau mempengaruhi kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-kerjaan tempatan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan dengan menempatkan orang-orangnya.
Menteri-menteri Melayu nampak seperti boneka DAP, tidak cerdik, tiada berpendirian dan senantiasa bersedia mempertahankan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh rakan-rakan bukan Islam mereka, termasuk dalam hal-hal agama Islam.
Maka, demi kepentingan Melayu, Islam dan negara, kerajaan PH perlu ditumbangkan. Menjatuhkan DS Najib adalah satu perkara. Menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada orang bukan Melayu adalah harga yang terlalu mahal untuk dibayar untuk menjatuhkan DS Najib. Lagi pula, DS Najib telah jatuh, mengapa kita harus terus membayar harganya? Yang untung ialah orang bukan Melayu.
Pada masa yang sama, saya tidak nampak bahawa parti-parti Melayu dalam PH akan meninggalkan PH atau berpisah dengan DAP. Maka orang Melayu tidak ada pilihan lain melainkan menjatuhkan PH dalam PRU 15. Untuk itu, pertama sekali orang Melayu perlu bersatu. UMNO dan PAS adalah dua buah parti Melayu yang terbesar. Kedua-duanya perlu bekerjama dalam pilihan raya yang akan datang. Paling kurang, kedua-duanya hendaklah mengelak daripada pertandingan tiga penjuru dengan PH khususnya di Pantai Barat Semenanjung.
Apabila saya mula bercakap mengenai kerjasama UMNO dan PAS dalam tahun 2014,  seorang bekas Menteri BN berkata ia terlalu idealistic. Selepas BN kalah dalam PRU 14, beliau melompat masuk Bersatu. Hari ini, sesuatu yang terlalu idealistic itu telah menjadi kenyataan.
Siapa pernah terbayang bahawa UMNO dan PAS boleh bekerjasama seperti yang telah berlaku dalam tiga pilihan raya kecil Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau? Siapa pernah terbayang bahawa UMNO dan PAS boleh bersetuju menandatangani satu piagam kerjasama antara keduanya? Ia telah berlaku pada 14 September 2019. Kehendak Allah siapa tahu?
Yang menariknya, ada orang kampung yang berkata mereka tidak pernah merasa kehidupan mereka lebih bahagia daripada sekarang. Sekarang mereka sepakat, tidak berpuak-puak lagi. Kenduri dan kematian dihadiri bersama oleh orang UMNO dan PAS. Tidak seperti dahulu.
Memanglah setelah terhantuk baru mengadah. Tetapi, tidak ada gunanya menangisi apa yang sudah berlalu. Syukurlah, orang Melayu telah sedar semula dan sanggup mengenepikan perbezaan yang diada-adakan, mencari titik persamaan dan membina kerjasama untuk mendapat balik pemerintahan kerajaan pusat daripada PH.
Saya menghadiri HPU 914 di PWTC pada 14 September 2019. Saya nampak kedua-dua pihak, UMNO dan PAS, memang bersunggu-sungguh dan ikhlas untuk melupakan permusuhan di masa dahulu dan bekerjasama demi agama, bangsa dan negara. Itu satu perubahan yang sangat ketara dan baik bagi bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.
Sekarang, mari kita lihat isi kandungan piagam ini.
“Maka dengan ini UMNO dan Pas menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:
MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai agama  Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputra serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;
MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama kaum dan budaya demi kepentingan negara;
MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputra serta tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.
MEMBENTUK KERJASAMA  dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kesestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara;
MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan .”
Saya merasa bertuah kerana walaupun dalam keadaaan uzur dan kesakitan, saya dapat juga menghadiri sebahagian besar daripada perhimpunan itu. (Saya terpaksa meninggalkan majlis itu sebelum piagam itu ditandatangani disebabkan kebas di bahagian bawah badan saya yang tidak tertahan kerana duduk di atas kerusi roda lebih daripada tiga jam.)
Biar apa pun, saya dapat melihat bahawa kedua-dua belah pihak memang ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam usaha perpaduan itu. Kita lihat dalam U-tube begaimana hadirin tidak dapat menahan sebak dan air mata. Mereka termasuklah Presiden Pas, DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang tidak dapat memulakan bacaan piagam itu apabila tiba gilirannya untuk berbuat demikian.
Secara peribadi, saya merasakan hari itu adalah suatu hari yang sangat penting dalam hidup saya. Orang yang mendaftarkan saya untuk masuk ke sekolah Inggeris ialah guru darjah saya, yang kebetulan, pada masa itu (1954) adalah Setiausaha Agung PAS yang pertama. Tindakannya itu telah membuka jalan kepada saya untuk belajar undang-undang dan seterusnya menadi Ketua Hakim Negara.
Semasa dalam Tingkatan 4, bersama-sama abang ipar saya, kami menubuh cawangan PAS yang kedua di Pulau Pinang. Semasa di universiti, saya menulis satu rencana mengenai penyatuan semula UMNO dan PAS dan memberitahu guru saya itu. Beliau menyokong usaha saya itu. Malangnya beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu, dan rencana itu terbengkalai.
Dalam tahun 1981, semasa saya menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan di bawan bawah Kerajaan BN, saya menyediakan Rang Undang-Undang (RUU) Acara Jenayah Syariah dan RUU Acara Mal untuk diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan dan digunakan di Mahkamah Syariah di Kelantan. Oleh sebab ketua pembangkang daripada PAS adalah kenalan saya semasa beliau berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, beliau datang ke pejabat saya dan meminta penjelasan daripada saya mengenainya.
Setelah saya menerangkan kepada beliau, beliau memberi jamijan kepada saya bahawa pembangkang (PAS) akan menyokongnya. Kedua-dua undang-undang itu diluluskan dengan sebulat suara. Memandang kebelakang, saya percaya itu adalah muafakat yang pertama, tanpa diketahui oleh UMNO. Ini berlaku 35 tahun sebelum UMNO bersetuju menyokong pindaan kepada Akta 355, yang saya juga terlibat.
Setelah saya bersara dan melihat kedudukan orang Melayu/Islam semakin teruk, pada 22-04-2014, saya menulis satu rencana bertajuk “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu”. Rencana itu ditulis di Bilik Cempaka, Wad 28, Hospital Kuala Lumpur. Ia disiarkan oleh Utusan Malaysia dan menjadi viral.
Perlu diingati, pada masa itu PAS berada dalam Pakatan Rakyat.
Semenjak itu, banyaklah ucapan dan rencana saya mengenai perlunya UMNO dan PAS bekerjasama demi untuk mempertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada pembangkang yang didominasi oleh DAP. Antaranya adalah ucapan Tokoh Maal Hijrah 2015. Kesemuanya boleh didapati dalam laman-laman web saya dan buku saya “Buat Kerja”.
Akibatnya, saya telah dikecam sebagai rasis, bigot dan macam-macam lagi oleh DAP, MCA, Gerakan, NGO-NGO dan individu-individu bukan Melayu dengan kata-kata yang amat biadab yang disiarkan oleh Malaysiakini dan lain-lain. Semua itu saya rakamkan dalam rencana saya bertajuk “Jawapan Saya Kepada Pengkritik-pengkritik Saya” yang boleh didapati dalam laman-laman web saya itu.
Maka, pada 14 September 2019, paling kurang, saya boleh senyum. Dan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput saya dan menyewa ambulans untuk membawa saya ke PWTC.
Kembali kepada Piagam Muafakat Nasional. Saya tidak perlu mengulasnya. Apa yang dinyatakan adalah jelas.
Kita mesti ingat bahawa piagam ini adalah garis panduan bagi kerjasama antara UMNO dan PAS dan juga parti-parti lain yang sudi menyertainaya kelak. Kerjasama itu hendaklah dilaksanakan dalam lingkungan dan untuk tujuan garis panduan itu. Wujudnya piagam itu tidak bererti kerjasama akan berjaya. Yang menentukan kejayaan atau kegagalannya, ialah apa yang dilakukan oleh parti-parti yang menyertainya.
Saya percaya jika kerjasama itu dilaksanakan dengan baik, ia akan memberi tamparan  hebat kepada PH, terutama sekali kepada Bersatu, Amanah dan PKR. Saya percaya akan berlaku tsunami patah balik (reverse tsunami) kepada muafakat perpaduan umah. Saya juga percaya majoriti pengundi-pengundi 18 hingga 21 tahun yang sebilangan besarnya adalah Melayu, tidak akan menyokong PH. Tindakan PH menurunkan umur kelayakan mengundi berdasarkan undian golongan muda dalam PRU 14, mungkin akan memakan diri.
PAS boleh dikatakan menandatangani piagam ini dengan kedudukan yang bersih dan kuat. Penyokong PAS akan mengikut arahan ketuanya. Pengundi-pengundi yang bukan ahli atau penyokong Pas tidak mempunyai sebab untuk tidak puas hati dengan adanya pemimpin-pemimpin tertentu sehingga mereka tidak mahu memberi undi mereka kepada muafakat itu.
Tetapi, kita tidak boleh berkata demikian mengenai UMNO. Banyak orang yang bersetuju menyokong muafakat itu, tetapi keberatan berbuat demikian kerana adanya pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka tidak sukai, di dalamnya. Mereka merasakan bahawa dengan adanya pemimpin-pemimpin itu, UMNO tidak berubah. UMNO masih dikuasai oleh pemimpin-pemimpin lama yang dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan sedang menghadapi berbuluh-puluh pertuduhan. Mereka tidak mahu pemimpin-pemimpin itu berkuasa semula.
Ini pemimpin-pemimpin UMNO perlu peka dan berani membuat perubahan.
Hanya dengan menandatangani piagam ini tidak akan menjamin kemenangan dalam PRU 15. Rakyat mahukan pemimpin-pemimpin dan kerajaan yang bersih.
Maka, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin-pemimpin dalam muafakat ini untuk membersihkan diri, membersihkan hati dan membersihkan parti, masing-masing. Hanya dengan itu, barulah kepercayaan rakyat akan dapat diperolehi semula.
Setuju..! sambil tu bersihkan parti masing masing agar diterima rakyat sepenuhnya..! Jangan ada agenda peribadi..!
Tak gitu? Lu Fikir La Sendiri!!!

27 ulasan:

  1. Xde apa yg baru pun..pusing2 benda yg sama jerr..orgtua nii bkn betul pun..lps dpt kuasa rakyat yg kena tanggung mereka..xde kuasa baru terhegeh2 cari rakyat..kikiki..biasalahh politik melayu mmg camtu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya MANUSIA Ber JIWA SYAITAN Shj. Yg. Suka Tgk. Org. BERMUSUHAN. Busuk Sungguh HATI Dia Ni. Apapun Psl. Dakwaan Thdp. D.S.N... Biar Lah Phk. BERKUASA Yg. Pts. Kan DIA BERSALAH Ke X. ISLAM BERSATULAH! Tanpa Mengira BANGSA... Ltr. Blkg... MANHAJ Dan Kecendurungan PARTI POLITIK... Rapat Kan SAF! Demi AGAMA ISLAM... Jgn. Lah Ber PECAH Lg... BMF + Penyatuan UMMAH Forever LILLAHI TAALA. Insya ALLAH... MALAYSIA Dlm. Perlindungan ALLAH S.W.T.

      Padam
    2. Ted ni rab yg berjawatan tinggi.

      Padam
  2. Penyatuan ummah ato penyatuan melayu oleh pas dan umno bukan penyatuan yg sebenar kerana 2 parti pas dan umno tidak bergabong dalam satu parti...

    Mereka hanye janji bekerjasama politik 1 lawan 1 dlm pru15 untuk jatuhkan madey dan PH...
    Alasan hak melayu dan islam terhakis hanyelah alasan untuk kerjasama politik..

    Pru14 pas dan umno sudah kerjasama secara tak rasmi dgn cara 3 penjuru...umno sangka 3 penjuru untungkan mereka seperti prk sungai besar dan kuala kangsar untuk pecahkan undi pembangkang....tapi umno yg kena pecah...pas tak mau kerjasama rasmi kerana bimbang ahli2 nye boikot


    Untuk pru15 meraka terpaksa buat secara rasmi dari awal lagi...pas cuba yakinkan ahli2 nye dgn sebut arwah nik aziz tentu setuju...3 prk kawasan melayu ummo dan pas
    Menang bila mereka 1 lawan 1...

    BalasPadam
    Balasan
    1. TANPA IZIN ALLAH TAALA SEMUA TIDAK AKAN TERJADI.APA,NK TAKUT.YG PNTING RANCANG JGN TAK RANCANG.JIKA ITU BUKAN REZKI KITA,MAKA TIADA LAH RZKI.APA2 PON,IKTIAR,BERUSAHA,TAWAAKKAL&BERSERAH LAH SEIKLAS HATI,SEREDHZONYA HNYA,PADA ALLAH TAALA SAHAJA.ITU SAJA.

      Padam
  3. Sebuah analysis yang menarik buat anak2 muda!

    Memang benar mereka yang ikhlas dalam perjuangan Islam dan mengenang masa depan anak2 Melayu akan menangis dikedua2 hari tersebut!

    BalasPadam
  4. Apa pon bentuk kerjasama pas dan umno mereka berpeluang tumbangkan PH kerana madey sudah rosakkan PH kerana madey tipu melayu dan madey sudah tunjuk belang sebenar nak kayerkan kroni... Melayu sudah hilang kepercayaan kpd madey...golongan atas pagar yg kuat sokongvPH sudah beralih arah kerana kecewa dgn madey...

    PH tiada pilihan lagi kecuali tendang madey dan tarik semula sokongan melayu sementara masa masih ada..

    BalasPadam
  5. menteri semburit...menteri kabinet tun mahathir..kabinet pelingkup negara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kehkehkeh !!
      YB JEMIN JUBO !!
      Dah cukup la PKR kucar kacir ! Jgn kucar kacirkan PPBM pulak !! Sumpahan JUBO akan menghantui dan mematikan karier politik engkau !! X percaya tunggu Pru15 nti !!

      Padam
  6. atok gabung ngan kit siang kami lagi tekejut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami lagi keliru, kenapa tun M boleh bebaik sma anwar ��

      Padam
  7. PECAHAN KERUSI DALAM PAKATAN HARAPAN:
    PAN -6 ISLAM 6.
    PKR - 35 ISLAM 16.
    DAP - 61 ISLAM 6.
    PPBM - 10 ISLAM 10.

    JUMLAH:
    ISLAM - 41 KERUSI.
    BUKAN ISLAM - 71 KERUSI.
    JUMLAH - 112 KERUSI.
    *Ini yg orang Melayu kena kira dan paham betul betul*. berapa suara Melayu dan Islam cuma 41 orang dan yg bukan Islam 71 orang.boleh ke orang Melayu membuat keputusan walau pun orang Melayu duduk no 1 dan no 2.itu belum Sabah dan Sarawak lagi.jangan kerana nyamok kelambu di bakar pikir lah akan angka yg saya nyatakan ini sebelum Melayu hilang suara dan sebelum Melayu memegang tahta tetapi tidak berkuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Engko ambik data kerusi dari celah mana?..

      Padam
    2. Patut lah Matdey Kutty kena Tunggang je...

      Padam
    3. Tang Mana datang kerusi DAP 61?.. Buat kajian betol2 baru bentang...

      Padam
    4. Ekonomi Mahathir Jual Yang Untung, Beli Yang Tak Laku

      Padam
    5. Jangan terperangkap dengan bicara simunafik(mahathir)Dari hujung rambut hingga hujung kaki.

      Padam
  8. Mahaday buat2 heran kerja sama pas umno..
    buduh sangat lah mahaday klau yg itupun menjadi heran ������
    yg parti pribumi kerja sama dgn dap tu tak heran ke?? ��hahaha ..dahulu mahaday kata Ling kit siang dap parti resis tetapi sekarang blh bekerja sama pulak ..nape?..kata kat org
    je heran, tetapi dia yg lebih dan terlebih lebih ��

    BalasPadam
  9. Ulasan terbaik dari bekas ketua hakim negara..
    Tapi masih ada lagi org malayu yg tak sedar...
    Itulah, bila benci dan dendam serta minda yg korup akibat hari2 baca berita fitnah, maka hati akan jadi hitam dan tak dpt melihat kebenaran.
    Semoga Allah beri mereka ni taufiq dan hidayah..

    BalasPadam
  10. DAP ni nk jadi mcm yahudi di Amerika.
    Menguasai segalanya walaupun minoriti.
    Semua dibeli oleh Yahudi di US.
    Nk jadi Presiden pun kena dpt restu mereka. Kalau tidak susah nk menang.

    Bila melayu dh kena beli.
    Contoh parti Amanah. Parti ni adalah running dog kpd DAP..
    PKR pun kautim dgn DAP sbb DAP tahu byk rahsia Anwar.
    Bersatu lagi teruk. Penubuhannya pun dicadang oleh DAP.
    Telur Atok dh dipegang oleh DAP.
    Byk yg DAP tahu pasal kesalahan Atok yg lepas...
    Seluruh keluarga Atok dan kroni dlm bahaya jika tak ikut telunjuk DAP.

    Atok dah jadi mcm boneka.

    Mungkin ada yg tak percaya.
    Tapi melihat apa yg berlaku skrg ni, seolah mengiakannya..

    Semoga Atok insaf dan bertaubat serta diberi taufiq dan hidayah.

    BalasPadam
  11. HARI NI BANYAK SEKOLAH TUTUP SKNG
    SAKIT MATA HIDUNG PEDIH LAM HATI
    KRONI ANAKCUCU BAKAR HUTAN LADANG
    FUCK TAK KE BABI NAMERNYER NIHH..!!??

    KRONI ANAK CUCU PUNYA BAKAR LADANG RAKYAT YG TELAN JERUBU..


    #BUYMUSLIMPRODUCT

    BalasPadam
  12. *Jasa Tun Mahathir Orang Dah Lupa*

    *Zaman PM4 (1981-2003)*
    1. MAMINCO - bangkrap
    2. MAKUWASA - bangkrap
    3. PERWAJA - bangkrap
    4. BMF - bangkrap
    5. BNM - rugi RM31.5 billion
    6. Forex - gagal
    7. Bank Bumi - rugi
    8. BAKUN - rugi
    9. MAS - rugi
    10. ERL - kerajaan terpaksa bayar kroni
    11. PKFZ - rugi
    12. PUTRA LRT - bangkrap-bailout
    13. STAR LRT - bangkrap-bailout
    14. MONOREL - bangkrap-bailout
    15. BAS INTRAKOTA - bangkrap
    16. SILTERRA - rugi
    17. JARING - gagal
    18. MEC ELECTRONIC GAMBANG - bankrap
    19. MIMOS - gagal
    20. HICOM - gagal
    21. EAGLE PLANE
    22. IPP - rugikan TNB berbilion
    23. TNB - rugi
    24. PROTON - rugi
    25. FIMA Rantei - gagal
    26. SOGOSHOSHA - gagal
    27. JUDICIARY - dicemar
    28. UMNO - diharamkan
    29. DAYABUMI - gagal
    30. TIME dotCom - rugi
    31. KONSORTIUM PERKAPALAN - rugi
    32. MISC - lingkup
    33. IWK - rugi
    34. DASAR PANDANG KE TIMUR - gagal
    35. PLAZA RAKYAT - terbengkalai
    36. JB WATERFRONT CITY - terbengkalai
    37. KRONISME - berleluasa
    38. HARGA BARANG - naik
    39. ARAK - Mirzan beli kilang arak San Miguel - jatuh maruah dan berdosa besar
    40. RINGGIT - jahanam daripada RM2.20 kepada RM3.80 (vs USD)
    41. SUKAN KOMANWEL - masih ada yang tak dapat payment
    42. EKUITI BUMI - naik tak smpai 2% selama 22 tahun
    43. PIRATISATION - 200 syarikat awam difaraidh kepada kroni, dan anak-anak
    44. PENAPIS MINYAK - 22 tahun tiada penapis minyak sendiri terpaksa import dari Singapura
    45. SURAT WAHYU - boleh menang tender, loan boleh approve, boleh lari dari penguatkuasa, syarikat RM2 boleh dapat projek juta-juta
    46. MINYAK NAIK - dari 89 sen hingga hampir 3 ringgit masa 1998.
    47. Boboi MB Kedah 2 Kali - bailout
    48. PM4 Bapa Baillout,
    49. Beli 88 pesawat pejuang SKYHAWK, 44 tiba, baki 44 tersadai di USA.

    MR : Ada banyak lagi usaha Tun M berusaha untuk mensejahterakan rakyat dan negara...tanpa mengira wang masuk ke account peribadi.

    https://mindarakyat.blogspot.com/2019/04/jasa-tun-mahathir-orang-tak-tahu.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn pecaya bulat2.anwar duduk penjara pun duit berjuta.

      Padam
    2. Berapa ratus juta?....tanah beli tahun lapan puluhan memang dah naik nilai berjuta sekarang...

      Padam
    3. Aset anwar jumlah 10juta.....pdhl 2/3 hidup politiknya penjara.....masa bila kumpul kekayaan wlupun sekadar sejuta

      Padam
  13. Kroni anakbini punya ladang dibakar untuk tambah kaya raya lagi

    tapi..

    Terkini rakyat marhaen telan jerubu, asma, mata pedih lagi pedih dlm hati

    babi sungguhhh..!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesiannn ko nii..babi yg xde kena mengena pun diheret sama..tersenyum najibby lihat gelagat macaii..🙄🙄

      Padam