Ahad, 29 Mei 2011

Piliharaya Olok Olok Atau Undi Olok Olok..!


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.

Katanya, PRU 13 adalah tumpuan utama Barisan Nasional (BN) kerana ia soal hidup atau mati dan disebabkan itu kesemua anggota parti diminta melupakan soal pemilihan parti masing-masing.

"Tumpukan pada pilihan raya dan kemaskan jentera masing-masing. Jangan fikir sangat soal lobi melobi atau siapa nak pegang jawatan kerana yang lebih penting ialah PRU 13 soal hidup mati parti, kita hendaklah lupakan soal pemilihan untuk sementara waktu," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini, Ahad.

Pemimpin bersuara dan terus bersuara lagi! UMNO rasanya sudah semakin 'kemas'. Cuma yang menjadi perhatian dan perbualan hangat ialah kesungguhan parti komponen! Soalnya sejauhmana komponen parti telah berjaya pulih dari penyakit yang melanda?

TPM bercakap di Pulau Pinang tu...! mungkin beliau sedikit 'menyepak' parti Gerakan yang diketuai oleh Menteri KPI yang tak pernah 'pass' tu..hal orang dia sebok tapi hal Gerakan yang dilihat masih lagi dibuang dan hanyut jauh dari jiwa dan raga pengundi apa pulak cerita nya?

MCA masih lagi berlagak menjadi juara kaum cina walhal isu yang dibawanya sekarang pun menambah cemik mulut mulut orang cina!

UMNO telah diarahkan untuk menganjurkan pilihanraya olok olok yang bakal bermula bulan depan! soalnya apakah hanya UMNO yang akan mengadakannya? bagaimana dengan parti komponen? Bukankah kita masuk pilihanraya dengan lambang dacing! simbol BN bukan diwakili oleh UMNO sahaja!

Apakah nanti keputusan pilihanraya olok olok itu benar benar mewakili suara rakyat dan pengundi? Kalau setakat dikalangan ahli UMNO sahaja, tak payah buat la sebab pasti setiap Bahagian dan Parlimen akan membuahkan keputusan MENANG! siap nak kalah beb?

Dulu sebelum 2008, kita di Wilayah dan Selangor begitu kerap mengadakan dryrun election di setiap bahagian! buat pilihanraya olok olok! ada yang di resort World Genting lagi...tapi cuba menungkan natijahnya dalam PRU ke 12 yang lalu....Selangor dan WP la yang terlepas kerusi..!

Apakah sebabnya? sebabnya diwaktu itu hanya UMNO sendiri yang melakukan pilihanraya olok olok tersebut! Komponen tak terlibat pun! kalau ada pun dibeberapa bahagian hanya sekadar memanaskan kerusi oleh pemimpin mereka! ahli? bayang pun takde!

Diharap kali ini, bukan sahaja UMNO malah Parti Komponen juga perlu digerakkan bersama! mekanisme yang diguna pakai juga perlu kepada perubahan dan mengikut peredaran semasa! Sensitif!

Kekalahan atau kemenangan biarlah dicapai dari hasil kerja pasukan yang sampai keakar umbi! Pilihanraya olok olok ni bukan sahaja untuk menyediakan barisan jentera malah nak menambah baik dan memperbaiki kelemahan yang menjelma...! Berkata benar!

Jangan sebok mencari nama dan glamour! takut nanti di PRU 13 orang ramai dan pengundi betul betul beri kita undi olok olok...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen