Jumaat, 20 Mei 2011

PRU 13 TIDAK SENGIT JIKA...


BALING: Pilihan raya umum ke-13 akan datang dijangka paling sengit bakal dihadapi oleh Barisan Nasional kerana parti-parti pembangkang yang bertanding sangat agresif, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dalam 16 pilihan raya kecil lepas, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.

"Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini, Jumaat.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN, berkata BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan Umno khususnya telah meningkat.

"Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa...ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan.

"Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas. Jangan lagi ada pertembungan di peringkat bahagian kerana pengertian perjuangan tidak lagi sama bila kalah dan tiada kuasa," katanya.

Setuju Tan Sri, cuma rasanya kita kena tambah lagi beberapa perkara seperti-

Anwar Ibrahim mesti disumbat kedalam Penjara! Tarik segala keistimewaan yang kaki liwat dan pelacur ni miliki, penjenayah mesti dilayan seperti penjenayah!

Khabarnya akan ada rombakan kabinet dimana Menteri KDN akan dipindahkan ke Mindef dan TSM akan ke KDN serta beberapa rombakan Menteri yang lain sebelum pembentangan bajet akan datang, kalau begitu bagus laa! Kerana rakyat DAHAGAKAN KETEGASAN KERAJAAN!

Kenaikan harga Minyak Ron95 juga perlu dielakkan sekarang kerana ia menyumbang kepada kenaikan harga keperluan dan bekalan yang diperlukan oleh rakyat kini yang seolah olah gagal dikawal dengan berkesan oleh pihak Kerajaan!

Buktikan pengisian KPI dalam NKRA dan NKEA yang telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan, biar rakyat benar benar merasai apa jua yang dilaksana oleh Kerajaan BN adalah berpaksi kepada 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'!

Kerajaan kena cari sumber pendapatan yang lebih kreatif dari hanya cuba memotong subsidi terutama subsidi yang berkait rapat dengan keperluan harian rakyat serta kesan kenaikan harga barang yang hanya diserap oleh pekedai pekedai dengan menaikkan harga sesuka hati!

Laksanakan ISA!

Jangan Buat Pilihanraya dululah jika BN dilihat belum mampu mengusai 2/3 kerusi Dewan Rakyat...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan