Rabu, 7 Ogos 2013

Apabila Pengampu Dibenarkan Menjadi Pemecah UMNO Sabah...


Kadang kadang kita pun heran dengan cara pemimpin UMNO berpolitik..! Apakah sebenarnya jiwa perjuangan dan budaya politik yang mereka ini amalkan? Apakah bagi sesetengah pemimpin berjuang dalam politik hanya memandang dan mengambil sudut keuntungan peribadi? Apakah perjuangan politik hanya mengizinkan diri menjadi pengampu untuk kepentingan peribadi?

Terbaru berita dari negeri bawah bayu mengatakan...

KOTA KINABALU -  Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah Datuk Awang Kadin Tang akan memberi sokongna penuh sekiranya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti, akan datang.

"Sekiranya Musa bertanding, maka Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau dan akan bersedia menjadi jentera kempen ke semua negeri," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.



Yang menjadi pelik bagi kita semua ialah negeri Sabah kini telah pun mempunyai wakilnya di peringkat Naib Presiden UMNO iaitu Dato Seri Shafie Apdhal. Apakah Ketua Pemuda ini sedar disaat Shafie mencapai kemenangan dulu beliau telah diangkat sebagai tokoh yang mengharumkan nama negeri Sabah. berjela jela pujian meniti dibibir setiap perwakilan Sabah dalam mendakap kemenangan Shafie sebagai satu satunya Naib Presiden yang mencipta sejarah yang datang dari Sabah.

Pada waktu itu kemengan Shafie dilihat sebagai pengukuh hubungan dan isyarat bahawa tahap kesedaran dan penerimaan UMNO di Semenanjung terhadap UMNO Sabah begitu tinggi dan diiktiraf berdiri sama tinggi, berlari sama sampai. Gandingan Shafie di pusat bersama Dato Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri di Sabah menjanjikan Sabah setaraf dan sama dalam arus pembangunan negara. Dan ianya jelas terbukti. Maka itu Sabah tetap menjadi negeri selamat bagi BN hingga menyebabkan pembangkang dan pengkhianat seperti Lajim terus bermimpi disiang hari.

Apakah Ketua Pemuda ini sedar dan memahami akan sejarah dan harapan yang masih diharapkan oleh rakyat Sabah terhadap kedua dua pemimpin besar negeri ini? Apakah Ketua Pemuda ini tahu bahawa di kedua dua pundak pemimpin besar ini lah Sabah akan terus diharapkan maju dan berjaya serta bakal terus menjadi negeri payungan restu bagi kerajaan Barisan Nasional pada masa yang akan datang.

kita tahu bahawa Ketua Pemuda ini berhak untuk menyokong siapa jua yang dia mahu dan kita juga tahu akan natijahnya apabila seorang Ketua Pemuda menyokong secara terbuka pasti besar kesannya. Tapi kesan apa yang UMNO Sabah dapat sebenarnya? Tidakkah UMNO Sabah akan dipandang sinis oleh UMNO negeri yang lain?

UMNO Sabah kuat dan tak perlukan pemecah sebegini..!!!

Tambahan pula Ketua Menteri sendiri tidak menyatakan hasratnya untuk bertanding, apakah tindakan ini dilihat sebagai batu api yang mahu memecahkan perpaduan UMNO Sabah?

Cukup la... biarlah berpolitik matang...! Jangan pulak berpolitik binatang..!!!

Lu  Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen