Ahad, 25 Ogos 2013

Terkini...PAS Kedah Hancur Mungkin Dibubar...



Nampaknya PAS Kedah sudah semakin kalut, Mahfuz bean terpaksa akur dah berpindah ke negeri lain. Semangat syiah yang menebal dikalangan kuda belang PAS terutama di Kedah telah mendapat perhatian pihak Istana...huhuhu.

Lu Fikir La Sendiri..!

ALOR SETAR 25 Ogos - Semua pihak perlu bersatu dalam menangani penularan ajaran Syiah dan tidak mempolitikkan isu itu, kata Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Tunku Annuar berkata, kerajaan negeri juga hendaklah tegas dalam isu ajaran Syiah kerana ia ditolak oleh Majlis Fatwa Kebangsaan serta negeri-negeri.

Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan ajaran Sunnah Wal Jamaah dan ajaran selain daripada ajaran itu yang bercanggah dengan hukum syarak, adalah dilarang, ucap beliau ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang Ke-13 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau berkata tanggungjawab semua pihak sangat signifikan dalam mengekang ajaran Syiah dan masa untuk berbalah berhubung perkara yang sudah disepakati bersama itu sudah berlalu.

Tunku Annuar berkata pihak kerajaan dan pembangkang perlu mengetahui peranan masing-masing dan ruang yang ada harus diisi bagi memacu agenda transformasi agar tanggungjawab kepimpinan terlaksana selain program pembangunan dapat dijalankan.

"Persoalan sejarah, kemuliaan Islam, kewibawaan institusi, kedaulatan Raja-raja, hak-hak kaum yang dijamin dalam kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, hendaknya jangan disentuh atau diperdebatkan," katanya.

Tunku Annuar turut melahirkan hasratnya agar Kedah mampu dilonjak menjadi Knowledege Valley atau Lembah Ilmu.

"Ini misalnya dapat digarap melalui pembukaan lebih banyak cawangan kampus universiti swasta dan awam dari dalam dan luar negara. Dalam masa sama, saya mahu agar dikekalkan sejarah warisan dan budaya untuk tujuan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kekuatan pendidikan tidak akan lengkap jika tidak disekalikan dengan kemajuan teknologi maklumat, justeru usaha tersusun menambah liputan telekomunikasi perlu digiatkan.

"Saya mengharapkan dengan kerjasama antara kerajaan negeri dan agensi pusat lebih banyak 'kampung digital' dapat dibangunkan dan akses kepada jalur lebar dipertingkatkan perkhidmatannya," katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya kerajaan negeri memastikan acuan negeri maju bersendikan kekuatan falsafah serta tradisi dan kemajuan material mesti diseiringkan dengan kemajuan akhlak, budaya, pemikiran dan pegangan agama.

"Saya harap selain aktiviti akademik, sekolah-sekolah dapat memberi penekanan kepada aktiviti sahsiah dan ko-kurikulum untuk melahirkan anak negeri yang tinggi akhlak, memahami keindahan budaya Kedah dan bagi yang beragama Islam, mengamalkan setiap suruhan Allah sebagai cara hidup," kata Tunku Annuar. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Komen