Rabu, 14 Ogos 2013

Blogger Perihatin..! Sila Bantu 3 Beradik Ini...!!! Terkini - Selamat Dijumpai.


Terkini - 

ALHAMDULILAH..

IPOH - Bapa kepada tiga orang kanak-kanak yang dilaporkan hilang, Rizauddin Md. Zain memberitahu, ketiga-tiga anaknya telah dijumpai di Kuala Lumpur.
Katanya, beliau baru dimaklumkan oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bahawa anak-anaknya, Sharafuddin Syazwan, 11, Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiyah, 6, ketika ini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
"Saya bersyukur mereka selamat meskipun saya tidak tahu bagaimana mereka boleh sampai ke sana," katanya kepada KOSMO! - KOSMO!

Sama sama kita berdoa agar ketiga tiga beradik yang hilang ini selamat dan akan segera kembali ke pangkuan Ibunya. Bagi sesiapa yang ternampak sila laporkan ke ibu pejabat Polis yang berhampiran...

Ibu Tunggal Harap Tiga Anak Pulang Dengan Selamat
Safarela Azwa menunjukkan gambar dia bersama tiga orang anaknya yang hilang.
IPOH: Ibu tunggal, Safarela Azwa Ishak berharap tiga orang anaknya yang hilang lebih 24 jam akan kembali dengan selamat.
Safarela Azwa, 36, pegawai di sebuah kilang berkata, dia terkejut setelah mendapati ketiga-tiga anaknya hilang selepas pulang ke rumah dari tempat kerja pada petang Selasa.
Dia percaya anaknya, Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, meninggalkan rumah mereka di Taman Meru 2B antara pukul 2 petang dan 6 petang.
"Saya percaya mereka meninggalkan rumah selepas adik perempuan saya yang menjaga mereka pada sebelah pagi keluar kira-kira pukul 1.30 petang.
"Mereka tidak pernah meninggalkan rumah tanpa penjaga di sisi mereka dan sudah semestinya mereka tidak tahu menggunakan pengangkutan awam," katanya.
Dari kiri: Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, hilang pada petang Selasa.
Safarela Azwa berkata ketiga-tiga anaknya tidak membawa barang lain kecuali dompet mereka.
"Saya tidak dapat menghubungi mereka kerana mereka tidak mempunyai telefon bimbit," katanya.
Safarela Azwa berkata dia sudah mencari ketiga-tiga anak mereka bersama bekas suaminya tetapi tidak tahu ke mana mereka pergi.
"Kami sudah mencari mereka di terminal bas Amanjaya dan pasar raya Mydin tetapi usaha kami hanya sia-sia," katanya.
Adik lelaki Safarela Azwa, Saiful Azril Ishak, 30, berkata mereka mengesyaki ketiga-tiga kanak-kanak itu berkunjung ke rumah rakan-rakan mereka untuk berhari raya.
Katanya, keluarga mereka turut memuat naik gambar ketiga-tiga kanak-kanak itu di laman Facebook dan sesiapa yang menjumpai mereka boleh menghubungi keluarga itu.
mstar

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen