Isnin, 26 Ogos 2013

Ezam Kotak Sambung Tugas Senator..!


Nasib manusia siapa yang tahu..! rezeki orang la katakan..! sekarang ni ramai yang pernah maki hamun UMNO, ludah pemimpin, tipu sana sini..akhirnya meniarap dalam gelanggang UMNO.

Macam si Ezam ni la...dari cerita 6 kotak sampai la sekarang kalau kotak tu beranak mesti dah bergudang gudang dikumpulkan untuk didedahkan..tapi....!!! Tuah badan..! 

Ezam ni pun kalau di nyanyikan hari hari mesti terangkat nak tawarkan diri bertanding dalam MT UMNO.  Macam sekor lagi tu yang berangan nak bertanding Naib Ketua Pemuda. Tak sedar diri..mana tau malu..!!!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Mohamad Ezam Mohd Nor pada Isnin mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini bagi penggal kedua.
Upacara angkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Kali pertama Ezam, 46, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei 2010.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ezam keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008.
Ezam ketika ditemui berkata beliau akan membawa isu mempertahankan negara daripada agenda jahat zionis pada sesi Dewan Negara. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. Masih tunggu Ezam minta maaf kepada CheDet dan pemimpin serta ahli UMNO. Kami Melayu tak mudah lupa.

    BalasPadam