Jumaat, 9 Mei 2014

Barua Membarua Si Paria..!


Yang mengadu takde maruah, yang mendengar aduan pulak barua..! ini baru betul paria..!!!

KUALA LUMPUR - Tiada kewajaran bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli Parlimen Malaysia untuk meminta bantuan daripada Amerika Syarikat bagi menyelesaikan "masalah dalaman kita", kata pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar.

"Kita bukannya perayu yang memperhambakan diri dan harus mencari jalan penyelesaian kita sendiri walau sesukar mana sekalipun masalah itu," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysiabaru-baru ini, dan perbincangan antara NGO dan pemimpin pembangkang bersama-sama beliau bagi membangkitkan isu-isu dihadapi Malaysia yang menimbulkan kebimbangan meliputi hak asasi manusia, kebebasan beragama, urus tadbir dan integriti.

Beliau berkata tokoh-tokoh berkenaan mahu Obama "menyuarakan kebimbangan tentang apa yang berlaku di Malaysia" dan pada pandangan mereka, kebimbangan itu adalah "konsisten dengan nilai-nilai demokratik Amerika Syarikat dan dasar luarnya yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan."

Chandra mengkritik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana mencadangkan kepada Penasihat Keselamatan Obama, Susan Rice, bahawa berdasarkan undi popular yang diperolehi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lepas, ia sepatutnya menubuhkan kerajaan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Chandra berkata ini memberi gambaran salah yang nyata kerana Guan Eng sendiri tahu bahawa sistem pilihan raya diamalkan di Malaysia adalah berdasarkanjumlah kerusi yang dimenangi, dan bukan undi diperoleh yang menentukan siapa atau parti mana yang layak membentuk kerajaan.

Amerika Syarikat juga mengamalkan sistem pilihan raya yang serupa, katanya.

Chandra juga mengkritik ahli Parlimen DAP bagi Petaling Jaya, Tony Pua kerana menyamakan diskriminasi penduduk minoriti keturunan Afrika-Amerika di Amerika Syarikat dengan keadaan golongan minoriti di Malaysia.

Ini adalah dua aspek yang berbeza sama sekali.

Pada tahun 50-an dan 60-an di Amerika Syarikat, pengasingan dan diskriminasi terhadap penduduk keturunan Afrika Amerika berlaku dengan ketara dalam hampirsetiap aktiviti kehidupan sama ada di sekolah, perpustakaan, bas awam dan gereja.

Bagaimanapun, persekitaran sosioekonomi, sosiobudaya dan sosiopolitik kaum minoriti di Malaysia terutama kumpulan minoriti terbesar iaitu masyarakat Cina, berbeza sama sekali dengan keadaan di Amerika Syarikat.

Beliau menarik perhatian bahawa sejak Merdeka, kaum Cina kekal sebagai kaum yang dominan dalam kalangan masyarakat pertengahan dan atasan berdasarkan kedudukan sosioekonomi Malaysia.

Kaum Cina memiliki 70 peratus daripada syarikat senaraian awam, 69.4 peratus kompleks perniagaan dan 71.9 peratus semua kawasan komersial dan industri.

Hakikatnya, lebih 80 peratus daripada golongan terkaya di Malaysia adalah daripada kaum Cina. - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Cina dap laknat tu buat2 bodo pasal sistem kita. Mereka pengkianat negara kerana memalukan negara dengan mengaku kebodohan sendiri.

    BalasPadam
  2. apa nak buat orang melayu sendiri belum sedar ... bila cina bermadah... INIKALILAH....org melayu dlm pas dan pkr sokong seratus peratus....samax nak tumbangkan umno konon mereka nak perintah negara....tak habis di situ sanggup sembahyang hajat supaya Allah hancurkan umno....siapa umno kalu bukan org melayu 100%....kalu org dalam pkr mungkin campurx.....

    BalasPadam