Rabu, 14 Mei 2014

BN Kekal Kuasa Di Terengganu..!


Syukur Alhamdulilah…!

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said telah memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan keputusannya keluar daripada Umno, dalam satu pertemuan di Putrajaya, Rabu.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata dalam pertemuan itu, Ahmad turut menarik balik surat keluar daripada Umno, serta peletakan jawatannya di dalam parti.

Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, turut berjanji dengan perdana menteri untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, kata Mohd Jidin kepada Bernama ketika dihubungi menerusi telefon di sini Rabu.

Beliau berkata Adun Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Mohd Jidin berkata Ahmad dan Ghazali melahirkan rasa kesal mereka ekoran tindakan secara terburu-buru itu.

"Sehubungan itu, kita 17 Adun (BN) telah bersepakat untuk terus memimpin negeri Terengganu tanpa ada masalah.

"Yang lepas biarlah lepas. Jangan kita ambil kisah lagi. Kita perlu terus bersatu demi perpaduan parti kita," kata Mohd Jidin.

Awal pagi semalam, Ahmad dan Ghazali mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pada Isnin, Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif, yang juga Adun Seberang Takir, mengambil alih jawatan itu daripada beliau.

Belajar lah dari kesilapan..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Harapnya YB DS Ahmad Razif seorg pemimipin ISLAM/Melayu TULEN yg. berjuang demi ISLAM/umatnya! Dan sepatutnya mana-mana pemimpin BONGKAK dlm. UMNO dpt. pengajaran bahawa JANGANlah melayan pemimpin ISLAM/Melayu yg. BERJASA mcm. YB. DS Ahmad Said seolah mcm. hampas – rakyat biasa, walau sayang UMNO, tidak mahu pemimipin berjiwa rakyat spt. YB. DS Ahmad Said diHINA sebegitu!

    'Perpaduan' bukan bermakna kita mesti TUNDUK mcm. LEMBU bodoh pd. mana-mana si pemimpin Islam/Melayu BONGKAK, yg. tak pernah hidup susah, di suap sudu 'emas' dr. lahir - yg. takkan dengaq cakap rakyat miskin dan tertindas terutamanya umat Islam/Melayu! Tahu nak cakap psl. jadi negara maju dan pelaburan berlambak dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, termasuk nak masuk TPPA (yg. sebenaqnya, ejen tempatan utama si Barat-ZIONIS ini ialah dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM), sedgkan maruah dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI!

    Maklumlah si puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR kan makin ramai dan asyik nak JILAT kasut si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS mcm. hamba abdi!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  2. Ini semua gara2 malaon2 dari UMNO yg nak gasak duit royalti yg akan turun ke T'ganu tak lama lagi. Sebelum Ahmad Said balas melalui kroni2nya, lanun2 UMNO telah mencantas utk mereka berleluasa menyapu bersih fulus.
    Tetapi Ahmad Said pun boleh tahan juga strategi dia. Dgn berapa juta agaknya dia dipujuk utk menyertai UMNO kembali?
    Rakyat marhaen taklah bodoh sangat utk tidak dapat melihat mainan politik lanun2 UMNO ini.
    Kan Melayu mudah lupa?
    Di PRU14 nanti, kita lihatlah bagaimana nasib BN.
    Tunggu dan lihat .........

    BalasPadam
    Balasan
    1. lu ni mcm tukang tilik pulak...kalut

      Padam
    2. kat sinipun ada si Anon Mohd ni mencacai....haaa amik ni..haha
      sudah jatuh, ditimpa tangga....
      sudahlah muka terlumur tahi, malang pula tahi masuk ke mulut...
      itulah nasib yg menimpa PAS apabila gagal dlm move mereka utk menyamun hasil royalti yg UMNO nak guna utk kepentingan rakyat Ganu.
      Rakyat majoriti berasa lega kerana move PAS telah digagalkan oleh tindakan Mat Said.

      Padam