Sabtu, 13 Ogos 2016

Rakyat Tak Bodoh Menerima Campur Tangan Asing..!


Bukan ke Najib sendiri yang menubuhkan pasukan siasatan yang terdiri dari 4 agensi diatas tu..! Najib juga la yang telah membubarkannya..!  Yang musykil nya 3 daripada 4 wajah diatas tu semua dah pencen atau di pencenkan..! cuma seorang jer yang masih kekal..! kenapa yekkk???

Siasatan PAC dan Audit tu kuasa asing ke? Kenapa perlu di OSA kan? 

Baca dan fahamkan...

Amerika, 1MDB dan campur tangan asing

Satu masa dulu wujud tuduhan kuasa asing mahu gulingkan Dr Mahathir. Hari ini, isu campur tangan asing diputarkan kembali.
Dr Chandra Muzaffar
Isu campur tangan asing banyak diperkatakan dalam media tempatan dan oleh ahli-ahli politik pada masa ini. Campur tangan asing merupakan unsur yang sering wujud dalam politik antarabangsa.
Dalam rantau Asean, campur tangan asing pernah berlaku beberapa kali yang melibatkan Indonesia, Filippina, dan Vietnam. Bukan sekadar di Asia Tenggara, malah seluruh dunia telah menyaksikan peristiwa campur tangan asing.
Afghanistan menjadi mangsa campur tangan dua kuasa besar asing: Soviet Union pada 1979 and Amerika Syarikat dan NATO pada 2001. Iraq, Syria, dan Libya juga menjadi sasaran Amerika Syarikat.
Sejarah juga mencatatkan masalah campur tangan asing berlaku di beberapa negara di Afrika dan Amerika Latin.
Kesemua contoh ini adalah bukti bahawa campur tangan asing berlaku hampir di setiap benua. Persoalannya, adakah campur tangan asing berlaku di Malaysia?
Menjawab persoalan ini, peristiwa campur tangan asing yang paling jelas dapat kita kaitkan di Malaysia ialah tentang krisis ekonomi pada tahun 1998.
Pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri tidak mahu mengikut telunjuk IMF. Tambahan pula, beliau sering mengkritik kuasa besar berdasarkan prinsip kedaulatan dan kemerdekaan.
Itulah sebabnya ada usaha oleh beberapa pihak di luar negara dibantu oleh individu dan kumpulan tertentu dalam negara untuk menggulingkan Dr.Mahathir. Tetapi gagal.
Hari ini, isu campur tangan asing sedang diputarkan kembali. Isu 1MDB telah heboh diperkatakan sebagai isu campur tangan asing. Benarkan pernyataan ini? Pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melalui Peguam Negaranya mengenai isu 1MDB dikatakan sebagai campur tangan asing terhadap Malaysia.
Tuntutan Amerika Syarikat ialah mengenai pembelian aset di Amerika Syarikat oleh syarikat 1MDB melalui individu tertentu yang berbelanja di negara mereka.
Tindakan ini mendapat perhatian Amerika Syarikat terhadap aset 1MDB dimana seterusnya ia telah dibekukan oleh pihak mereka. Sejak itu, barulah penyiasatan dimulakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Jadi adakah Amerika Syarikat benar-benar mencampuri urusan Malaysia dengan cara ini?
Untuk menjawab persoalan ini kita perlu kembali kepada asas penyiasatan 1MDB secara dasarnya. Dalam mengkaji asal-usul siasatan 1MDB, lima perkara harus kita ambil perhatian.
Pertama, siasatan mengenai 1MDB telah dimulakan oleh Bank Negara Malaysia iaitu pada 2011 atas sebab terdapat pengaliran wang ke luar negara yang meragukan oleh syarikat ini.
Perkara ini bukan dimulakan oleh kuasa asing sebaliknya dimulakan oleh Bank Negara Malaysia sendiri.
Perkara kedua yang harus kita ketahui ialah, pada awal 2015, beberapa badan lain turut memulakan penyiasatan terhadap 1MDB. Antaranya ialah Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketiga-tiga badan ini bersama dengan Bank Negara menubuhkan satu pasukan petugas( task force) untuk menyiasat 1MDB atas dasar wujudnya keraguan terhadap pengaliran wang, pelaburan dan hubungan dengan badan-badan kewangan lain di luar negara.
Seterusnya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen turut memulakan siasatan pada Mei 2015. Sebelum itu pada Mac 2015, perdana menteri mengarahkan Ketua Audit Negara memulakan proses audit terhadap 1MDB.
Sekali lagi, ini membuktikan tiada campur tangan asing dalam siasatan ini.
Perkara keempat yang harus kita beri perhatian ialah apabila terdapat ahli parlimen dan ahli politik yang mula menyuarakan kebimbangan mereka terhadap 1MDB sejak tahun 2014.
Ahli Parlimen pembangkang dan juga pemimpin politik pertengahan Umno iaitu bekas naib ketua bahagian Batu Kawan telah membangkitkan isu ini. Kesannya, Datuk Seri Khairuddin Hasan dipecat daripada Umno.
Yang cuba kita perlihatkan ialah, individu yang mula berkata tentang 1MDB ialah pemimpin tempatan bukannya komplot daripada luar negara.
Akhir sekali ialah, skandal ini didedahkan secara terbuka oleh media tempatan. Edge Weekly dan Edge Daily yang mendedahkan butir-butir tentang pengaliran wang, pihak yang terlibat dan sebagainya telah merancakkan lagi penyiasatan tentang 1MDB dijalankan.
The Edge, sama sekali bukanlah campur tangan negara asing sebaliknya ia merupakan saluran media tempatan di Malaysia.
Kelima-lima perkara ini menunjukkan dengan jelas bahawa isu 1MDB diberi perhatian oleh Malaysia sendiri tanpa campur tangan mana-mana kuasa asing.
Sebaliknya, 1MDB adalah kegagalan kita menjalankan penyiasatan yang sempurna tanpa tindakan susulan sewajarnya. Keadaan bertambah buruk kerana pemecatan dan pengguguran mereka yang lantang bersuara dan ikhlas mencari kebenaran dalam persoalan ini.
Ramai yang disingkirkan antaranya termasuklah timbalan perdana menteri, menteri besar dan beberapa orang penting dalam penyiasatan 1MDB.
PAC tidak dapat berfungsi selama beberapa bulan kerana pengerusi dan sebahagian dari anggotanya dilantik sebagai anggota pentadbiran kerajaan.
Kes 1MDB dianggap aneh apabila kes skandal kewangan yang telah dihebohkan selama 2 tahun tetapi tiada sesiapa pun didakwa dan diambil tindakan undang-undang. Segala usaha seolah-olah cuba digagalkan.
Kenapa ini berlaku? Puncanya tidak lain tidak bukan tetapi ada pihak yang tidak mahu kebenaran dibongkarkan. Keadilan disembunyikan bagi melindungi individu tertentu dan selagi mereka ingin memastikan kepentingan politik mereka selamat, selagi itulah kebenaran tidak akan didedahkan.
Perkara ini berbeza keadaannya di luar negara. Di Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat, tindakan diambil sebaik sahaja mereka mengesan terdapat usaha mengubah wang secara haram dalam pengaliran wang mereka.
Selaku pusat kewangan antarabangsa, mereka perlu bertindak untuk menjaga integriti sistem kewangan negara mereka.
Secara politiknya, harus kita akui mungkin ada ketidaksefahaman politik oleh negara luar terhadap pendirian Malaysia terhadap beberapa isu antaranya pendirian kita terhadap isu Palestin.
Kita sedar tentang cara kuasa Barat tertentu menguasai media antarabangsa. Kita juga tidak disenangi oleh mereka kerana keakraban kita bersama China khususnya kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan China.
Namun tidak dapat kita nafikan bahawa hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat jauh lebih baik daripada dulu.
Datuk Seri Najib Razak merupakan perdana menteri yang paling rapat dengan
Washington dan Barat sejak Tunku Abdul Rahman. Beliau jarang mengkritik dasar luar Amerika Syarikat jika dibandingkan dengan Dr Mahathir.
Ini bermakna bahawa tiada sebab Amerika Syarikat menjadikan Malaysia sebagai sasarannya. Kita yang membuka jalan kepada mereka untuk bertindak akibat kegagalan kita sendiri menegakkan kebenaran dan keadilan dalam kes 1MDB.
Apa yang harus kita benar-benar fahamkan ialah bahawasanya, isu 1MDB bukanlah isu campur tangan asing sebaliknya 1MDB ialah isu tentang integriti, amanah, prinsip dan tanggungjawab kepimpinan.
Dr Chandra Muzaffar merupakan pengerusi Yayasan 1Malaysia

Seperkara lagi, siapa yang beriya iya sangat main golf diwaktu rakyat menerima musibah bah besar didalam negara?
Siapa yang lantik agensi asing APCO untuk mewujudkan 1Malaysia? Siapa yang lantik pengurusan MAS dibawah kawalan bangsa asing? Siapa yang lantik bangsa yahudi jadi pegawai Khas?
Siapa yang lantik Goldman Sachs dalam mengurus 1MDB sehingga jahanam sebegitu? Siapa yang gadai EDRA? Siapa yang menipu kata mendapat derma berbilion dari orang asing?
Belum lagi rakyat ungkit...siapa yang hapuskan ISA? siapa yang hapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjaga kepentingan Melayu? 
Belum lagi rakyat bangkit kan isu tanah kerajaan yang banyak tergadai di Kuala Lumpur sejak 6 tahun lepas..!
Jangan membodohkan rakyat konon ada campur tangan asing malah ada balaci@macai kata Amerika nak bunuh melayu..!
Jangan jadi bangsat kepada bangsa Melayu dan tanah berdaulat ni..!
Siapa sebenarnya merupakan talibarut asing dan siapa sebenarnya yang menggadai hak melayu, bumipuetra dan negara sebenarnya???
Lu Fikir La Sendiri!!!

46 ulasan:

  1. Nii semua wayang tamil saja...mcm2 isu dicipta untuk alih perhatian rakyat..siapa mohd najib nii..? Pak sedara kamu kee..?paling kelakar komen KM melaka idris haron..mamat nii mmg kaki bodek masa jadi exco pemuda dulu...🃏🎭💔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu Nuor dijulang, Mader dipalamnya

      Apakah ini petanda sireh pulang ke gagang?

      Padam
    2. Betul, dia kuat bodek sampai terjuling mata dia.

      Padam
    3. Korang Projibo kuat bodek sampai terjuling mata Kak Roz. Kena buat plastic surgery.

      Padam
    4. Najib lagi mikir nak main golf pulak dgn Donald Trump & Rosmah pulak ada chance for shopping spree lagi naik jet mewah serba lengkap kerajaan....!!

      Padam
  2. ANGKARA NAJIB, JHO LOW dan 1MDB....andaikata telus waktu ketika siasatan dijalankan....tidak ada parti baru, tiada pemecatan, maruah bangsa tidak dihina....tapi DISEBABKAN NAJIB, JHO LOW dan 1MDB, Malaysia dalam keadaan yang memalukan...

    #Bersatu #SelamatkanMalaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skandal BBMB, Waja, Perdana, Liwat, AP, UDA, DARA dan Lbgt adalah bukti kita patut malu sejak dari dulu tapi tidak mahu terima hakikat semua itu memalukan. Masa tu kulit setebal kulit mammos. He he

      Padam
    2. Kenapa nak cerita yang lama? Kan dah banyak di ceritakan berpuluh tahun dulu.

      Amat malu kes boss kamu songlap RM14 bilion ke? jadi nak coba deflect atau main bola kenen ke lain ke? Bagus kalau kamu bang balls aje.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Untuk makluman pembaca blog di sini...

      Spesi Kejora 6:26 ptg adalah Pentaksub Najib & KJ banyak memutar belit, manabur fitnah di sana sini secara membabi buta terhadap Tun Mahathir. Baru2 ini saya telah menjejaki tohmahan beliau di blog 'Headbomb' di mana dia berkata,
      "Tun Mahathir sebagai gila sgt...beli sebuah pulau dan tabalkan diri sebagai maharaja pulau tersebut tetapi bukan malaysia. Cukup2lah memewahkan waris dan kroni legasi 22 tahun.

      Bila saya minta bukti,
      "Cakap jgn hentam rambang saja. Kami minat ingin tahu maklumat lengkap. Pulau itu apa nama, di mana, saiz keluasan berapa, bila dibeli & berapa harga...???"

      Sampai saat ini dia kaku membisu tak dapat buktikan tohmahan dia. Inilah pelesit belaan si Najibul Bullshit....!!

      Padam
  3. Cerita pada kami kenapa perwaja Dan pkfz ITU perlu di ost kan dulu

    Antara murid tun tak mahu ikut telunjuk tun m
    Anwar
    Najib
    Azmin
    Rafizi

    Hanya dua orang murid tun m ikut cakap tun m
    1)Amina
    2)khairuddin

    He.he.he.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Amende ost tuh? Ini lagi contoh komen yang Najib akan kata saperti dia cakap di kempen PRU13 dulu - bangang, hamjadah.

      Sebab tak menerangkan sehingga pembaca dan pengundi faham dan benar benar membantu imej dia yang dah terborai. Terutama sekarang yang DoJ USA kata jumlah yang di curi dari 1MDB ia lah US$3.5 bilion x 4 = RM14 bilion. https://www.malaysiakini.com/news/352128

      Misappropriation of funds and money laundering yang paling banyak dalam sejarah, kata depa.

      Padam
    2. ASs adalah penjajah yang mendapat harta rampasan perang terbesar dalam sejarah.

      Mereka enggan pulangkannya pada warga yang berhak meskipun satu dunia mendesak.

      Satu diversion diperlukan agar dunia mengalih perhatian pada satu isu lain.

      Apa jua skandal kewangan yang di perbesar besarkan akan jadi sebahagian daripada strategi berkenaan.

      Padam
    3. Kalau 6:35 PTG ada berlajar Sejarah, dia akan tahu bahawa dalam sejarah dunia, the victors dictate. Tapi di Perang Iraq, tiada siapa dapat menjajah atau merampas harta.

      Kawan golof Najib - Obama - tak jadi Presiden lagi di hujung tahun. Najib boleh coba runding dgn Presiden baru US untuk pulangkan harta yg di rampas. Kapada Kerajaan Malaysia, 1MDB yang di kelolakan Kementerian Kewangan sekarang. Bukan kpd Jho Taek dan anak tiri dia.

      Kalau Donald Duck Trump jadi Presiden, perlu quek quek quek kepak dulu sabelom ada harapan nak dapat balik harta RM14 bilion itu.

      Padam
    4. Pernahkah Najib membidas & mengkritik Zionis Yahudi & Amerika, kalau ada, apa bahan buktinya? Yang nyata ada...Najib bersilatur rahmi dgn pihak Yahudi APCO, Goldman Sachs & pentabiran Amerika konon sebagai pendukung Moderate Islam.

      Padam
  4. Goldman Sachs tak ADA dalam laporan 1mbd
    Apco ada dalam 1malaysia ia tak ADA dalam ikatan isreal
    Dah CAI nak sebut apcon milik keluarga bush ITU yg aku tahu tun m rapat sangat dengan bush ceroboh Iraq Dan bush upah jederal isreal kerja dengan dia ITU he.he.he.

    Apco dengan apcon tak sama pemilik
    Proton dengan protun tak sama nama nya
    He.he.he.he
    Tak guna cakap German pulak germen cakap protun
    British cakap proton benda sama
    Lama pening layan pengikut protun ini..

    Dalam laporan doj pulak ditambah
    Shell compy he.he.he
    Dalam laporan pac tak sebut nama shell compy he.he.he
    Dalam laporan doj dia tak berani pulak sebut Goldman Sachs ITU
    Dalam laporan pac tak ada dia sebut Goldman Sachs ITU.




    Dah CAI jangan bodohkan orang ini.

    Amerika saja bodohkan pengikut protun itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...nii caii bodo..belit2 ayat macam budak darjah SATU..mat maslan 3suku pasti gembira dgn kebodohan caii ni..

      Padam
    2. Setuju dengan ted bahawa komen yang nyata dari Jing Jibo itu ada lah bodoh bangang.

      Rugi gamaknya kata Najib. Di kempen PRU13, Najib kata penyokong nya yang macam itu ada lah bangang, hamjadah, sebab tak membantu nya keluarkan fakta dan hujah yang boleh bikn pembaca dan pengundi percaya apa yang Najib kata.

      Mengatakan Proton dan Protun bahasa German apekebende nya nyata otak bebudak.

      Padam
    3. Kaitan antara proton dan Protun ialah di tangan Protun, proton hampir muflis dikerjakanya. Ini fakta dan terbuka utk dinafikan. Silakan.

      Padam
    4. Wahai si bangal 6:39 PTG, kamu kena buktikan fitnah kamu "Proton hampir muflis".

      Keluarkanlah penyata kewangan nya di sini. Lengkap dengan angka angka kesemua asset & liabilities. Kamu ada ngarti ka?

      Anatawa nain wakaru desu neh? Anatawa bakad da nah?

      Padam
    5. Si Kejora Pelesit Najib 3:42 memutar belit fakta & bukti yg dah cukup jelas. Kenapa 1MDB bayar US$500 juta kpd Goldman Sachs? Kenapa kerajaan bayar ratusan juta kpd APCO dan pernah dibahaskan dalam parlimen sedikit masa dulu?

      Padam
    6. 3:42ptg
      goldman sach tiada dalam laporan 1MDB? Laporan mana saudara baca...hmmm...patutle sokong najib...

      Padam
  5. Fbi - fuxking bitch intelligent
    Doj - dept of Jamban

    Dua agensi Amerika yg paling lembab buat kerja. Terhegeh hegeh mcm beruk Uganda pencen kena paksa panjat pokok kelapa.

    Bila lagi nak tangkap dua ekor penyamun tu? Lps tu bolehlah sapina najib pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN = Bangangkan Negara
      BN = Bodohkan Negara
      BN = Bangsatkan Negara
      BN = Bebankan Negara
      BN - Butakan Negara

      Padam
    2. Ini lagi pemikiran budak budak.

      Pikirkan lah, ini jenis penyokong Najib di cyberspace, konon nya cyber warrior macam Red Bean DAP.

      Macam ini bukan pembaca nak dapat gambaran baik bagi Najib, sebalik nya menyampah Najib, sebab ada penyokong pun pemikiran budak budak.

      Ini orang tua Jing Jibo tu jugak, sekarang gunakan mode cakap bebudak, nak nunjukkan dia ramai, konon.

      Sedih, cukup sedih. Tapi, sebab dia Projibo, musuh Protun. mana boleh kesiankan. Hantam jugak, sampai lumat.

      Padam
    3. 5:47

      Lima BN belum cukup untuk jadi 6 Jahanam. So, tambah 1 lagi...

      BN - Binawe Najib.

      Padam
  6. Anon 5.47 ptg

    Patutlah DEDAKMAN-DEDAKMAN LANUN BUGIS ,
    BODOH
    BANGANG
    BUTA
    BANGSAT.

    Rupanya ini AGENDA LANUN BUGIS.
    Baru saya tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Agenda murahan puak Lanun Bugis.

      Padam
  7. Amat bodoh lah sesiapa mengatakan tindakan DoJ itu membayangkan campur tangan asing. Bodoh kerana tak nampak pun hal bahawa mereka mengambil tindakan di atas "misappropriation of 1MDB funds and money laundering" yang di lakukan di dalam negara mereka.

    Macam Malaysia jugak boleh tangkap kalau orang Amerika kencing di atas jalan raya di Malaysia. Atau Polis Amerika boleh tangkap puak Najib berak di tepi jalan di Amerika.

    Anak tiri Najib dan kroni nya Jho Taek Lo itu nyata dah berak tak betul di Amerika. Itu pasal harta nya mahu di rampas. Lepas itu akan di dakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah misappropriation of 1MDB funds and money laundering tuh. Jenayah yang serius tuh.

    Masa bicara penuh akan keluar lah nama penuh si MO1. Sudah gigil lutut si polan yang berkenaan sekarang.

    BalasPadam
  8. Dr Chandra Muzaffar ada lah seorang intelektual yang di hormati, kajian nya objektif, fakta nya kukuh, hujah hujah nya munasabah, pendapat nya matang.

    Jadi, bila dia kata "Kelima-lima perkara ini (yang di terangkan nya dalam penulisan nya itu) menunjukkan dengan jelas bahawa isu 1MDB diberi perhatian oleh Malaysia sendiri tanpa campur tangan mana-mana kuasa asing", saya setuju dan percaya apa dia kata.

    BalasPadam
  9. siapa yang hapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjaga kepentingan Melayu?

    Tak lain, tak bukan - Najib. Kementerian itu merupakan kepentingan Melayu. Siapa nyang mengkhianat kepentingan dan mendengkikan kaum Melayu? Baca ini -

    Yang khianat dan dengki kpd kaum Melayu ia lah Najib. Negara ini negara Melayu, beribu tahun di kenali sebagai Tanah Melayu, bapak dia Melayu, tapi dia kata dia Bugis, "jugak pendatang". Dia lanyakkan maruah Melayu, dengkikan, khianati kaum Melayu.

    Najib buang ISA yang membendung kegiatan subversif DAP yang anti-Melayu, anti-Islam dan cetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Najib buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan berkenaan hak dan kepentingan Melayu, termasuk Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153.

    DAP tak suka Perlembagaan, tak hormatkan Bahasa Kebangsaan, tak suka sejarah negara ini, sepatut nya Najib cari jalan atasi masalah susah nak bina rakyat Malaysia, tapi, dahlah Muhyiddin mestikan Sejarah di sekolah sekolah, dia buang Mahyuddin pulak.

    Betapa pengkhianat nya Najib kpd kaum Melayu, dia jugak senyapkan DEB, buang Kementerian Pembangunan Usahawan yang membiming peniaga2 Bumiputera. Dia mesti di buang pronto.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sesiapa berani nafikan, siap dengan fakta dan hujah? Jing Jibo tak payah lah jawab, mesti bodoh ha nya mengata tidak, nokhtah.

      Padam
    2. Mana ada kementerian usahawan bumiputera , yg ADA kementerian usahawan kroni protun mengkayakan apek Dan kroni bailout sebab itu khairuddin Bising. Orang paling kaya melayu pun tak perlukan bantuan kementerian usahawan 'dia kaya disebabkan Mara tolong dia.

      Sehingga Sekarang hanya Anak tun m kaya disebabkan rembat logi petronas di vietnam, tak ADA orang melayu betul2 kaya. Lihat bila najib berkuasa kroni bailout protun si khairuddin menyalak macam anjing sebab najib tak bagi dia bailout pada dia.

      Padam
    3. Jing Jibo 7:56 PTG,

      Jangan coba nak tegakkan benang basah le. Mana kau boleh tegakkan. Sebab Najib dah lendirkan. Kau boleh tegakkan yang lain.

      Zaman Tun menghasilkan seorang billionaire Melayu - Syed Mokhtar Bokhari.

      Zaman Najib hasilkan seorang bilionnaire Melayu jugak - Najib sendiri. Berbilion dalam akaun bank dia, bini dia dan anak tiri dia.

      Musibat punya benda.

      Padam
    4. Syed Mokhtar Bokhari kaya sebab mara tolong dia ini fakta, nak harap protun ITU hanya hanya kroni Dan Anak dia kaya ini fakta, he.he.he..

      Padam
  10. Siapa sokong umno dia dungu...so glapla selagi bole,selagi umno nama dia najib KENA KLEPET LA RAKYAT....ingarlagi jibo cakap Bofo la saya duit yu kalau masuk account saya ....last2 rakyst gak kena klepet......asyik2 kena klepet susah ada pm macam ni keja nk klepet jer....sokongla korang wahai umno orang dingu ni..nnti dia tumbsng takot ada yang kantoi nanti tu yang cukup2 pertahan sanggup jual maruah...kahkakhkah

    BalasPadam
  11. MINTA PERHATIAN SEMUA PEMBACA:

    MARI KITA DESAKKAN SUPAYA US DAKWA NAJIB DI US FEDERAL COURT.

    CONTOH MEREKA DAH BUAT BEGITU DI BAWAH INI MELIBATKAN HANYA PULUHAN JUTA SAJA, MASAKAN MISAPPROPRIATION OF 1MDB FUNDS AND MONEY LAUNDERING DI US SAJA IA LAH BERBILION, YG TERBESAR DALAM SEJARAH, KATA DOJ -

    The Yale Law Journal

    American Prosecutors as Democracy Promoters: Prosecuting Corrupt Foreign Officials in U.S. Courts

    Matthew J. Spence
    114 Yale L.J. 1185 (2005)

    On June 3, 2004, a jury in a San Francisco federal court convicted former Ukrainian Prime Minister Pavel Lazarenko of twenty-nine counts of money laundering, wire fraud, interstate transportation of stolen property (ITSP), and conspiracy.

    The jury found that Lazarenko stole tens of millions of dollars from the Ukrainian people, which he then concealed in U.S. banks. For only the second time in history, a foreign head of government had been successfully prosecuted in the United States.

    A leader of a foreign country was convicted in a U.S. court in part for breaking his own country's laws. The U.S. offenses with which Lazarenko was charged criminalize transactions involving money obtained from an underlying illegal act. While these underlying criminal activities typically occur within the United States, Lazarenko stole property and committed extortion within Ukraine. Nevertheless, the district court instructed the jury that it could find him guilty of violating U.S. laws against money laundering, wire fraud, ITSP, and conspiracy if it found that his activities in Ukraine violated Ukrainian law.

    In effect, the U.S. government helped Ukraine enforce its own laws where Ukrainian courts had failed. Although Lazarenko's corruption was well known in Ukraine, at the time his own country's courts and prosecutors lacked the independence to convict such a powerful political figure.

    BalasPadam
    Balasan
    1. twenty-nine counts of money laundering, wire fraud, interstate transportation of stolen property (ITSP), and conspiracy.

      Kot Jibo punya kes lebih banyak criminal counts dari itu. Gila, bukan sikit, bukan berpuluh juta saja macam Lazarenko. Tapi berbilion.

      Padam
    2. DoJ USA kata jumlah yang di curi dari 1MDB ia lah US$3.5 bilion x 4 = RM14 bilion.

      https://www.malaysiakini.com/news/352128

      Misappropriation of funds and money laundering yang terbesar dalam sejarah, kata DoJ.

      Padam
    3. bakata trump doj hanya untuk white house, lupa kenapa doj melepaskan kes HSBC, Goldman Sachs, Hillery cilton ITU sila berfikir macai protun.

      Kami nak tanya ini Kalau saman sivil muka orang nak saman 'kenapa doj takut tunjuk muka dia,

      Nampak sangat doj nak bodoh orang

      Padam
    4. Jing Jibo 8:04 PTG,

      Kau maksudkan DoJ takut tunjuk muka MO1? Belom lagi, Jing. Peringkat ini ha nya merampas harta. Nanti sampai peringkat heret anak tiri Jibo dan Jho Taek ke mahkamah atas tuduhan jenayah misappropriation of 1MDB funds and money laundering, baru le depa sebut nama penuh.

      Pasal nak tunjuk muka? Tunggu le DoJ buat macam depa heret Lazarenko Ukraine ke mahkamah tuh.

      Padam
    5. Nak saman orang kena tunjuk muka , bukan menyorok dibelakang doj ADA faham macam protun

      Kalau jenayah harta kena tanah sehingga mahkamah tuntukan dia bersalah atau tak
      Ini boleh pulak tahan dulu harta dia Dan kemudian tak tahan harta selepas anak tiri pergi ke doj dgn peguamnya, nampak sangat ITU bukan bukan kelakuan jenayah.

      Padam
  12. Inilah jasa terbesar panglima bugis utk anak cucu kita yg macai2 dedak pertahankan sgt...besar sgguh jasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus kalau mengata terus si Jibo dan macai2 nya, sebab depa nih tak reti sindir.

      Padam
    2. Seantero dunia, kecuali Kejora & Binawe2 Najib saja yg masih mendukung Punahsihat/Penyamun 1MDB.

      Padam
  13. Waaaaaa, di Thailand pun dah heboh Goldman Sachs Money Trail to Jibo's bank account. Macam di rajah di akhir pos Putra M tuh.

    Habis lah imej Jibo kpd pemimpin militari Thai.

    Masa heboh siasatan dan bicara Xavier Justo dulu, Jibo ada pergi ke Thailand, jumpa Thai PM. Mintak tolong jangan keluor nama dia di masa bicara, kot.

    Sekarang kalau media massa Thailand dah hebohkan korapsi Jibo, apo nak di kato?

    BalasPadam