Khamis, 5 September 2019

1MDB ~ Jho Low Jolok Jubor..!


Huhu..!


Hari ke-5: Jho Low keluar masuk rumah Najib

Perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung.

4.40 petang: Hakim menangguhkan perbicaraan dan akan disambung 9.30 pagi Selasa depan.
Pada hari itu nanti, pihak pembelaan dijangka akan meneruskan soalan balas ke atas bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin. 

4.05 petang: Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu mahkamah, ahli perniagaan yang jadi buruan pihak berkuasa banyak negara, Jho Low, selalu dilihat di rumah Najib Razak sebelum ini.
Saksi pendakwaan itu berkata, keadaan itu menjadi salah satu sebab mengapa dia percaya Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - adalah orang yang rapat dengan Najib.
Sebelum itu Amhari ditanya peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah, mengenai sebab dia dan ketuanya ketika itu - Allahyarham Azlin Alias - menganggap Jho Low adalah orang yang akrab dengan bekas perdana menteri terbabit.
Shafee: Beritahu saya, apa yang kamu saksikan sendiri yang boleh dianggap Jho Low ialah seseorang yang dekat dengan Najib?
Amhari: Saya melihat dia lebih kerap keluar masuk rumah Najib berbanding orang lain.
Shafee: Kamu nampak sendiri? Di mana? Rumah di Jalan Duta atau...
Amhari: Kedua-dua (rumah), kebanyakannya di (Jalan Langgak) Duta.

Saksi: Jho Low terlibat bawa Manchester City ke M'sia
3.20 petang: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho pernah mencadangkan agar kelab bola sepak Inggeris, Manchester City datang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan, kata Amhari Efendi Nazaruddin.
Bekas pegawai khas Najib Razak itu berkata demikian ketika ditanya peguam Muhammad Shafee Abdullah berkenaan bila dia meminta pengesahan Najib berkenaan Jho Low yang memberi arahan bagi pihak bekas perdana mentri itu.
Shafee: Jadi Jho Low juga terlibat dalam cadangan untuk Manchester City untuk datang ke Malaysia?
Amhari: Perkara serius seperti 1MDB dan lembaga pengarahnya dikendalikan oleh Azlin (ketika mengesahkan arahan Jho Low dengan Najib), tetapi berkenaan media sosial dan melibatkan orang atau acara, Azlin berkata saya boleh periksa dan sahkan berkenaan arahan Jho Low.
Amhari merujuk kepada Azlin Alias, bekas ketua setiausaha sulit Najib yang meninggal dalam nahas helikopter pada 2015.

'Jho Low macam tok dalang, manipulasi orang untuk kemahuannya'
2.45 petang: Bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin menyifatkan Low Taek Jho sebagai seorang yang berkebolehan memujuk orang di kedudukan dan tahap yang berbeza, untuk mendapatkan apa yang diingininya.
Saksi kelapan pendakwaan itu berkata demikian ketika ditanya peguam Muhammad Shafee Abdullah tentang mengapa dia menyimpulkan Jho Low sebagai "master manipulator".
Kesimpulan itu dinyatakan Amhari dalam pernyataan bertulisnya.
"...Dia mampu bertemu dan memujuk orang di pelbagai kedudukan, sama ada berpangkat tinggi, pertengahan atau rendah, melibatkan orang dan organisasi tempatan dan luar negara, untuk mendapatkan apa yang dimahukannya. Sehingga pada kebanyakan masa kita tidak kenal siapa orang itu," katanya.
Dia kemudian analogi perlawanan bola sepak, dengan berkata Jho Low ialah individu yang kenal semua orang - pengadil, pengurus kedua-dua pasukan, dan malah pihak yang membina stadium - dan mampu mengubah keputusan perlawanan mengikut kemahuannya.
Amhari kemudian setuju dengan cadangan Shafee bahawa Jho Low ialah seorang 'tok dalang' (master of puppet).

Pendakwaan mahu minta batalkan ikat jamin jika Najib terus lambat
2.34 petang: "Jika ini berterusan, kita akan minta pembatalan ikan jamin."
Kenyataan ringkas tapi tegas itu daripada ketua pendakwaan Gopal Sri Ram apabila Najib Razak sekali lagi lewat masuk ke mahkamah selepas rehat tengah hari tamat.
Terdahulu hari ini, Najib lewat selepas mahkamah berhenti rehat sekejap.
"Kami akan memaklumkan kepadanya," kata ketua pembelaan Muhammad Shafee Abdullah kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah.
Sequerah kemudian mengarahkan perbicaraan berhenti sementara menunggu Najib.
Bekas perdana menteri itu dilihat masuk ke mahkamah dan terus ke kandang tertuduh beberapa minit kemudian.

1 tengah hari: Perbicaraan berhenti rehat tengah hari dan akan bersambung semula pada pukul 2.30 petang.

Hadirin ketawa pen hakim habis dakwat
12.32 tengah hari: Mereka yang hadir di mahkamah hari ini tidak dapat menahan ketawa apabila hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah berkata pennya kehabisan dakwat.
"(Perlu) tukar pen," kata Sequerah kepada penterjemah mahkamah.
Penterjemah itu kemudian bangun dan kembali dengan pen baru tidak lama kemudian.


Collin Lawrence Sequerah

Saksi: Jho Low beri pinjam AS$200,000, kata tak perlu terburu-buru bayar
12.15 tengah hari: Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu mahkamah perniagaan Low Taek Jho meminjamkan AS$200,000 kepadanya pada 2010.
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, saksi kelapan pendakwaan itu berkata dia berhasrat membayar semula setelah menjual rumahnya di Kota Damansara.
Menurut Amhari, dia pada mulanya cuba mendapatkan pinjaman daripada Bank Negara dan insititusi kewangan lain tetapi tidak berjaya, selain cuba meminjam daripada beberapa individu.
Katanya, ketika itulah Jho Low setuju untuk meminjamkan wang kepadanya, yang dipindah ke akaun Maybanknya daripada sebuah syarikat bernama Alsen Chance.
Bagaimanapun Amhari berkata dia tidak pernah membayar semula wang itu kepada Jho Low kerana tidak dapat menjual rumah tersebut, dan Jho Low juga menolak tawarannya untuk memindah milik rumah itu kepadanya.
"Selepas itu saya cuba lagi (untuk bayar). Saya beritahu dia yang saya boleh pindah milik rumah. Dia kata 'take your time'," katanya lagi.
Dia berkata mereka tidak membuat perjanjian bertulis untuk pinjaman itu memandangkan Jho Low berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian.


Saksi: Saya dinasihati agar tak dengar arahan Jho Low
11.50 pagi: Menurut Amhari Efendi Nazaruddin, dia dinasihatkan orang atasannya di Pejabat Perdana Menteri pada 2008 untuk tidak mendengar kata-kata ahli perniagaan yang terpalit skandal 1MDB, Low Taek Jho.
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, bekas pegawai khas Najib Razak itu berkata nasihat itu diberikan oleh Ab Aziz Kassim dan Allahyarham Azlin Alias.
Pada masa itu, Ab Aziz ialah ketua setiausaha sulit Najib, manakala Azlin adalah orang atasan Amhari di Bahagia Ekonomi Pejabat Perdana Menteri.
Katanya lagi, Ab Aziz dan Azlin menasihatinya agar mendengar arahan Najib sahaja dan tidak orang lain, termasuk Jho Low.
Dia meminta pandangan dua individu itu selepas diberitahu Jho Low yang Najib telah membenarkan ahli perniagaan itu untuk menjadi wakilnya dalam satu mesyuarat berkenaan Terengganu Investment Authority Bhd (TIA) - pendahulu kepada 1MDB.
Shafee: Soalan logik saya ialah, untuk isu yang tidak begitu kritikal, anda rasa penting untuk semak apa yang dikatakan Low. Anda juga dinasihatkan oleh dua orang - Ab Aziz dan Azlin - untuk tidak dengar sesiapa kecuali Najib. Anda sudah dinasihati untuk tidak dengar arahan Low.
Amhari: Ya.

11.32 pagi: Perbicaraan bersambung agak lambat kerana menunggu tertuduh, Najib Razak.
Ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah kemudian memohon maaf kepada mahkamah kerana Najib tiada ketika hakim mahu memulakan semula perbicaraan, beberapa minit sebelumnya.
Shafee kemudian meneruskan pemeriksaan balas dengan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin.

11.05: Perbicaraan berhenti rehat selama 15 minit.

Saksi: Saya, Azlin diancam Jho Low
10.55 pagi: Saksi kelapan pendakwaan Amhari Efendi Nazaruddin berkata ahli perniagaan Low Taek Jho memberi ancaman kepadanya dan setiausaha sulit Najib pada masa itu, Azlin Alias.
Bekas pegawai khas Najib itu berkata demikian ketika disoal peguam Muhammad Shafee Abdullah berkenaan kandungan dalam pernyataan bertulisnya.
Ia berkenaan kenyataan Amhari bahawa dia dan Azlin merasakan kehidupan mereka mungkin terkesan dan berisiko hilang kerja jika tidak mematuhi arahan Jho Low.
Shafee: Anda merasakan ancaman daripada PMO (Pejabat Perdana Menteri ) atau perdana menteri (Najib)?
Amhari: Bukan secara terus daripada perdana menteri (Najib). Jho Low ada restu Najib.
Shafee: Itu yang didakwa Jho Low (kepada Azlin dan Amhari). Adakah anda rasa ancaman daripada bos anda sendiri (Najib) dan disampaikan melalui Jho Low?
Amhari: Seperti yang dikatakan Azlin (kepadanya ketika perbincangan antara mereka), ancaman bukan terus daripada PM, tetapi secara tidak langsung daripada PM.
Shafee: Ia (ancaman) daripada Jho Low?
Amhari: Ya.


Saksi: Akaun bank di Singapura dibuka untuk PRU ke-13
10.26 pagi: Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin berkata ahli perniagaan Low Taek Jho memintanya membuka akaun di Bank BSI Singapura sebagai persediaan menghadapi PRU 2013.
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, Amhari berkata Low menyatakan perkara itu ketika perbincangan bersamanya dan Allahyarham Azlin Alias, setiausaha sulit Najib pada masa itu.
Amhari: Ia sebagai persediaan untuk PRU ke-13.
Shafee: Itu sangkaan anda?
Amhari: Saya sebut ia untuk dana politik. Tak setuju (hanya sangkaan) kerana ada perbincangan tentang akaun itu ketika pilihan raya makin hampir.
Shafee: Sekarang anda kata ketika (perbincangan) pembukaan akaun di sebuah bilik hotel, Low kata ia akaun persediaan untuk pilihan raya?
Amhari: Perbincangan itu antara Low, Azlin dan saya. Ia dari Low.
Shafee: Low kata ia untuk pilihan raya? 
Amhari: Ya.
Akaun bank itu merupakan subjek dalam beberapa pendakwaan 1MDB terhadap Najib.

Saksi setuju 'orang sudah mati tak boleh cerita lagi'
10.20 pagi: Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin setuju bahawa bekas bosnya Azlin Alias, yang meninggal dunia pada 2015, tidak akan dapat membela dirinya.
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, dia juga setuju bahawa lebih mudah untuk mana-mana individu meletakkan kesalahan kepada orang yang telah mati.
Shafee: Anda setuju orang yang sudah meninggal tidak boleh cerita lagi?
Amhari: Betul.
Ia susulan tindakan Amhari untuk terus menyebut nama Azlin dalam keterangannya, termasuk dalam soal urusan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho.
Terdahulu, Amhari berkata pembukaan akaun di Bank BSI di Singapura dibuat atas arahan Low, kerana dia berpandukan Azlin.
Azlin bertugas sebagai setiausaha sulit Najib sehinggalah meninggal dunia dalam nahas helikopter pada 2015.

Bekas pegawai Najib: Akaun BSI S'pura guna nama syarikat atas nama
10.15 pagi: Bekas pegawai Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin berkata akaun bank yang dibukanya di Bank BSI Singapura atas nasihat Jho Low pada 2012, didaftarkan di bawah sebuah syarikat atas nama (shell company).
Saksi kelapan pendakwaan itu berkata, syarikat itu bernama 'Aerosphere Ltd' dan didaftar menggunakan namanya sebagai pemegang saham tunggal.
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, Amhari berkata dia bagaimanapun tidak pernah mempersoal Jho Low berkenaan perkara itu.
Katanya, dia hanya mengikut perintah dan percaya kepada Jho Low dan Allahyarham Azlin Alias, yang merupakan orang atasannya di Pejabat Perdana Menteri ketika itu.

Peguam: Najib tak tahu Jho Low arah akaun bank dibuka di Singapura
9.55 pagi: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Najib Razak tidak tahu Amhari Efendi Nazaruddin - ketika itu sebagai pegawai khasnya - telah diarah oleh Jho Low untuk membuka akaun bank di Singapura.
Perkara itu dinyatakan peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah ketika pemeriksaan balas dengan Amhari yang merupakan saksi kelapan pendakwaan.
Amhari kemudian berkata dia tidak pernah secara peribadi memberitahu Najib berkenaan perkara itu.
Shafee: Saya dapat arahan daripada anak guam saya yang sebelum pendedahan dalam pernyataan bertulis anda (berkenaan dakwaan Jho Low mengarahkannya membuka akaun bank di Singapura), dia (Najib) tidak tahu anda (buka) akaun bank di Singapura.
Amhari: Saya tidak tahu.
Shafee: Anda tidak pernah beritahu fakta ini kepadanya (Najib) yang Jho Low minta anda buka akaun bank, bulat-bulat percaya (Jho Low) dan tak kisah untuk beritahu bos anda (Najib)?
Amhari: Saya tak pernah. Tapi saya ada Azlin (Allahyarham Azlin Alias, orang atasan Amhari dan setiausaha sulit Najib ketika itu) dan lihat bagaimana dia kendalikan situasi, dan saya ikut langkahnya.
Shafee: Apa maksud anda?
Amhari: Saya sebut (dalam pernyataan bertulis) yang saya ikut Azlin, kerana pada masa itu saya pegawai junior, dan bukan seorang Datuk. Bukan senang nak jumpa Najib.
Pada masa itu, orang yang jumpa Najib ialah Azlin. Saya tiada ruang seperti Azlin untuk jumpa Najib.

Shafee Abdullah

Perbicaraan bermula
9.41 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan pun bermula.

9.25 pagi: Tertuduh, Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk di barisan depan galeri awam sementara menunggu perbicaraan dimulakan.

Masuk hari kelima perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB terhadap Najib Razak, pasukan pembelaan dijangka menyoal bekas pegawai khas bekas perdana menteri itu, Amhari Efendi Narazuddin.
Ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah dijangka memulakan pemeriksaan balas dengan Amhari.
Amhari menerusi pernyataan bertulis 77 halamannya telah membuat sejumlah pendedahan yang menarik perhatian, sepanjang dua hari perbicaraan.
Misalnya di memberitahu mahkamah semalam yang Najib memberi mandat kepada ahli perniagaan Low Taek Jho untuk melaksanakan pelan menyelamatkan (bail out) 1MDB - yang melibatkan tiga projek mega dengan sokongan China, iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Saksi kelapan pendakwaan itu juga berkata tiada pegawai Pejabat Perdana Menteri yang berani mempersoal Najib berhubung sumber dana yang diterimanya.
Ketika perbicaraan bermula di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah hari ini, semua pandangan akan bertumpu terhadap pendekatan yang akan digunakan pasukan pembelaan dalam pemeriksaan balas dengan Amhari.
Baca lagi..

‘Jho Low beri saya pinjaman AS$200,000 tanpa sebarang perjanjian’

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho memberikan pinjaman sebanyak AS$200,000 kepada pegawai khas perdana menteri Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin pada 2010.
Memberi keteragan sebagai saksi kelapan pihak pendakwaan dalam kes rasuah 1MDB membabitkan Najib, Amhari berkata beliau gagal memperoleh pinjaman daripada pelbagai institusi kewangan untuk membeli sebuah rumah di Kota Damansara.
Bagaimanapun Low kemudian tampil membantunya.
"Saya minta daripada ramai orang, dia (Low) menawarkan bantuan," katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah.
Amhari berkata wang itu adalah untuknya membeli rumah "nombor 29" yang bernilai RM1.85 juta dan beliau berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman itu selepas rumah lainnya "nombor 11" juga di Kota Damansara, dijual.
Walau bagaimanapun, Amhari berkata beliau tidak dapat menjual rumah "nombor 11" dan kemudiannya menawarkan untuk memindahkan geran harta itu kepada Low (foto, bawah) sebagai pembayaran balik tetapi ahli perniagaan itu tidak tergesa-gesa mahu mendapatkan wangnya semula.

"Saya beritahu dia, kita boleh pindah hak milik rumah itu. Dia kata ambil masa kamu lah," katanya, sambil bersetuju dengan Shafee bahawa Low adalah "pemberi pinjaman yang baik".
Amhari, yang masih memiliki kedua-dua hartanah itu, berkata Low memberitahunya tidak ada keperluan untuk sebarang perjanjian pinjaman.
Namun baru-baru ini, Amhari mendapat tahu bahawa wang yang diterima dari Low adalah berasal dari syarikat yang sedang disiasat oleh SPRM.
Amhari berkata beliau menerima wang itu menerusi akaun Maybank miliknya daripada syarikat bernama Alsen Chance Ltd, yang dipercayainya dikawal oleh Low.
Nama Alsen Chance juga muncul dalam saman pelucutan sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung kes 1MDB.
Menurut DOJ, dana dari Alsen Chance Ltd berasal dari Good Star Ltd, syarikat yang menerima dana yang diselewengkan hasil usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International LTD, serta dua bon 1MDB pada tahun 2012.
DOJ berkata dana dari akaun Standard Chartered Bank milik Alsen Chance di Singapura, digunakan untuk membiayai antara lain, hutang judi Low dan syarikat penerbitan filem anak tiri Najib, Riza Aziz (foto, bawah) iaitu Red Granite Pictures.

DOJ juga membuat kesimpulan bahawa sekutu Low, Eric Tan Kim Loong adalah pemilik benefisial Alsen Chance.
Dalam keterangannya, Amhari berkata beliau juga memiliki dua pangsapuri studio di Puteri Harbour, Johor.
Saksi itu juga berkata beliau mahu membeli hartanah sebanyak RM3.8 juta di Pavillion Damansara Heights tetapi membatalkanniat itu selepas diberitahu untuk meninggalkan Khazanah Nasional Berhad di mana beliau memperoleh gaji bulanan sebanyak RM55,000.
Terdahulu, Amhari memberi keterangan bahawa beliau percaya Low bertindak dengan restu daripada Najib (foto, bawah).

Amhari juga mendakwa bahawa dia telah membuka akaun bank dengan menggunakan nama syarikat cengkerang Aerosphere Ltd di bawah namanya atas arahan Low.
Tak kenai arrrgghhhh..!!!
Lu Fikir La Sendiri..!

13 ulasan:

  1. kah kah kah
    anjing kurap cuba nak wujudkan semula anti Najib
    buka semula blog untuk repeat game pru14
    kah kah kah kah

    ingat orang nak layan lagi ke mahkamah wayang atas Najib
    sedangkan kes Adib pun dikencing madey
    Janji Menipesto semua dah jadi taik dan air kencing
    ini blogger muka tahik anjing tak malu ke nak cerita pasal Najib
    kes Najib tak bagi kesan pun pada Penyatuaan Ummah
    Silap2 Najib akan naik semula jadi PM
    Kuasa Allah siapa boleh halang

    Yang pasti Boboi dah ada kes
    Blog setan KD dah kena tutup kedai
    Blog putrasetan pulak kunun2 nak ambil alih

    kah kah kah

    #HancurPH
    #MadeyPenyangak

    BalasPadam
  2. di celah kemelut semburit ph, jemin jamban membisu kes jijiknya
    ade macai sibuk buat kempen ganyang Najib
    sahlah madey tergugat dan perlukan umno. parti bunge taik dah makin susut ahli. madey gelabah SR sudah ugut. kes boboi rasuah deddykasi seleweng balak baru intro. dgr kata stok SR utk jatuhkan boboi dan deddeypenyamun kasi madeykuttytaik berkali ganda byk dr kes SRC 1mdb
    woww tak sabo nak tgk wayang pecah panggung.. melata di tanah nanti madeykuttytaik minta 'nyawa' PAS-UMNO

    BalasPadam
  3. Hidup jho low...hidup jho low...duk sibuk ngan cina DAP, rupanya2nya abam ajib a.k.a Optimus prime bela cina jho low...wanemdibi memang suciii, tiada masalah, duit X hilang..yabedabedewww

    BalasPadam
  4. Nii semua slh dap..kikiki..👏👏✍

    BalasPadam
  5. Brother putra amacam takda citer 42billion kalau takat bawah 2 b takda standard la...bkn ke kau dulu zikir setiap pagi ptg malam 42 b najib kebas?

    Kes ni baru ja masuk ..itu ari kata dah siap dah pertuduhun .AG ghani patail dah buat lama tunggu masuk mahkamah ja.

    Itu kan namanya penipu...sekarang baru ja masuk mahkamah relaks dulu...masih jauh lagi...kes SRC aku ingatkan najib beli mahligai,kereta besar ,duit cash billion2...rupa2 nya najib bg kat org miskin.

    Apa2 hal brother putra tugas kau satu ja maki najib...TuN Mahathir dh menang tau...tak perlu sembang bab kejayaan bantu rakyat...tol dah turun tau...teruskan brother putra ...jgn lupa najib kebas 42 billion...sia2 la sembang bertahun2 akhirnya sembang ciput ja duit najib kebas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah macai2 Najib melantun2 gembira kononnya Najib telah di aniaya dan di tipu oleh pegawai2 kepercayaannya, akhirnya Najib sendiri mengaku menandatangani semua dokumen berkaitan SRC...!

      Camne sekarang caaaiii...? Najib teraniaya lagi ke kalau setara tu?

      Padam
    2. hujah macai kuttypundek punyelah lemah
      kah kah kah
      syabas DSN. madey gelabah. boboi mewarisi kerja menyamun merompak harta rakyat sejak 1994 lagi..WOWW

      habis la anak deddy kah kah kahh

      Padam
    3. Tun fatimah.. Berita najib tandatangan dokumen berkaitan SRC ni kt mna ko dgr? Ni mesti dari blog2 penfitnah Kunyit PH ni.. Haha

      Padam
  6. Bawak balik jho loh. Setakat amhari, sapa tak tahu dia ada kes dan diugut sprm. Kena cross examine pun dah asyik tak tau. Camna usd200,000..?

    BalasPadam
  7. Banyak masuk amhari... mana blh pakai saksi gini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ada bukti? Sila buat laporan,melalak dlm ni tk guna ngok!

      Padam
    2. Dh ternyata BUKTI kt report yg admin ni tulis kat atas tu x nmpak kh? Mmg betul lh para mahacai ni org gua, ni masyuk us200,000 di bagi jho low yg murah hati pun masih x nmpak.. Blom lg us800,000 kt swiss & thailand tu.. Bukti tu ada kat mahkamah dh sekarang Cai?.. Bodoh tu jgn nmpak sgt la. Baik ko cari geng2 semburit la buat tatapan di malam hari nnti..

      Padam
  8. Semakin lama wayang mahkamah kutty pariah bermain semakin nampak najib tak bersalah, semakin terburai proksi dap jho lo rupanya dalang besar
    macai berayun kepala hantuk je di dinding mcm kd jamban, boboi pulak akan ditangkap. kes lama ke baru tetap jenayah mencuri

    BalasPadam