Jumaat, 27 September 2019

Berhenti Lah AG Tommy..!


Nak tongkat langit apa lagi???
Pemuda UMNO hari ini memandang serius kertas alasan penghakiman oleh Hakim Koroner, Rofiah Mohamad yang memutuskan secara prima facie bahawa Peguam Negara Tommy Thomas telah menghina Mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana Peguam Negara secara tidak bertanggungjawab serta subjudis telah membuat satu afidavit dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian arwah Adib yang masih menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan di dalam inkues yang sedang berlangsung.
“Menurut Yang Arif Hakim Koroner juga perlakuan Peguam Negara tersebut adalah satu bentuk ‘scandalized’ prosiding inkues.
“Inkues berkenaan boleh sahaja ditanggap sebagai hanya satu lakonan atau permainan wayang dan satu proses ‘rubber stamping’ sahaja kepada kedudukan yang telah diambil oleh Peguam Negara”, katanya menerusi catatan di faceboknya, di sini, hari ini..
Justeru tegas beliau, Pemuda UMNO mendesak agar Tan Sri Tommy Thomas sewajarnya meletakkan jawatan secara terhormat kerana Peguam Negara adalah satu jawatan yang amat besar dan penting dalam sistem perundangan negara kerana mengikut Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan, menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang.
Perkara 145 (3) pula jelas Dr Asyraf lagi menggariskan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.
“Memandangkan luasnya kuasa dan kewajipan Peguam Negara ini, maka jawatan ini tidak boleh dipegang oleh individu yang dianggap telah melakukan penghinaan terhadap Mahkamah.
“Mengambil kira reputasi Peguam Negara yang begitu tinggi martabat di sisi Perlembagaan, maka jawatan ini tidak sewajarnya digalas oleh individu yang tidak menghormati prinsip ‘rule of law’ atau melakukan perbuatan yang menyalahi mana-mana prinsip perundangan negara,” ujarnya.
Kata beliau lagi, selain isu penghinaan mahkamah dalam prosiding inkues kematian Arwah Muhammad Adib ini, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas juga beberapa kali bertindak secara pilih kasih dengan pengguguran pendakwaan terhadap beberapa kes melibatkan pimpinan Pakatan Harapan seperti kes Banglo Lim Guan Eng, isyarat lucah Siti Kassim dan kes berprofil tinggi yang melibatkan hubungan diplomatik seperti kes kematian pembantu rumah warga Indonesia Adelina Jerima Sau tanpa alasan munasabah.
Selaku Peguam Negara, tambahnya Tommy Thomas gagal memberikan nasihat undang-undang secara adil dan tuntas kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengenai kesan dan impak Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan dan Raja-Raja Melayu.
“Pemuda UMNO juga ingin merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan supaya menamatkan jawatan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dalam kadar segera.
“Ini juga berasaskan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan, “Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong”,” ujarnya. – UMNO Online
Itu sebab jangan hilang kuasa..!
Siapa penyebabnya?
Lu Fikir La Sendiri..!

12 ulasan:

  1. Penyebab nya pun x tau Admin?.. Penyebabnya adalah 'Fitnah'.. Tp kalau jawapan ted geng kunyit ini mesti lh salah najib/Bn. Kes adib pun salah najib kan ted..

    BalasPadam
  2. ASAL JADI PIDANA MINTRI MESTI ADA KES BUNUH FUCKKKK
    JALIL IBRAHIM KES BMF PEMBUNUH KAYA RAYA
    KES ADIB ADA UNSUR TAPI APA PM KE 7 BUAT
    PM KE 7 LAGI KANN...TAK KE BABI NAMERNYA


    KIKIKIKI..

    #BMF

    BalasPadam
  3. 2x5 la tu.serupa la mcm pendi ali zaman bn.sekarang apa cerita najib.kauorang yg rajin layan politik silap hb kena sakit mental,dari komenpun dah tau ciri2 tu dah ada.

    BalasPadam
  4. Pengalaman keje pun biase biase je.
    Buat keje rencam kot.Tu tiada merit
    jadi ag. Sebab kroni dapigs terpaksa
    bagi je tambahan ada persamaan dna
    sama atok, tendang terajang keluar.}

    BalasPadam
  5. Tu la pasal sape suruh menyamun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukti ada? Sudah terbukti bersalah? Bukti keluar ikut salur kencing Atok 94 baruah DAPigs tak kira.

      Padam
  6. Mintak tolong Imigresen sila check elok2 ketulenan IC AG ne. Mana tau bleh dapat kes BESAR!! Dengar cite dia ni x reti cakap BM langsung.

    BalasPadam
  7. AG thomas hina mahkamsh.. Sape boleh dakwa?....AG thomas dilantik oleh madey....takkan madey nak pecat thomas...

    Makin kelam kabut malsysia bawah madey...lagi lama madey duduk kerusi pm lagi bertambah kelam kabut...

    Nak dakwa najib pakai hikayat dgn bukti hearsay saja..

    BalasPadam
  8. Hidup ph!!..parti lain selamat sejahtera menjadi pembangkang..kalau tukar kerajaan nanti najib dan konconya terlepas pulaq..hidop melayoo!

    BalasPadam
  9. Bangkai gajah ditutup lama2 bukannya jdi pekasam.
    Masing2 rupa ph jdi kusam , x cukup asam adalah.

    BalasPadam
  10. Bangkai gajah ditutup lama2 bukannya jadi pekasam. Yang masam lagi kusam muka ph ada la.

    BalasPadam
  11. bn dah kalah. cuba lagi dipru15. ag punya pasal, kita gunakan saluran media bebas beri pendapat. tak guna kot perundangan menakutkan rakyat utk beri pandangan.

    BalasPadam