Rabu, 4 September 2019

1MDB ~ Semakin Terang Semakin Tersuluh..!


Lama dulu blog ni banyak mengutarakan isu tangkap basah 1MDB ni. Semenjak bercakap benar blog ni semakin dicaci dan dibenci oleh pemakan dedak Menteri. Akhirnya group penyokong maya UMNO dan Barisan Nasional yang tulen selama ini membela parti terpecah dan terpisah..!

Ada yang dibeli..! Ada yang di ugut..! Ada juga yang di'beku'kan. Kesannya? Masing masing membawa diri..! 

Namun dunia sentiasa berputar..! Ada turun naik..! ada cerah gelap..!

Sekarang apa dah jadi dengan wanemdibie..?

Jho Low kata 'bos akan jaga' - Saksi


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diimaklumkan bahawa pada 2012, ahli perniagaan berkaitan dengan 1MDB, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, mengarahkan dua bekas pegawai perdana menteri ketika itu, Najib Razak untuk membuka akaun bank luar negara di bawah nama mereka untuk tujuan politik.
Bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin berkata arahan diberikan semasa pertemuannya bersama allahyarham Azlin Alias dengan Low.
Amhari, saksi pendakwaan kelapan dalam perbicaraan jenayah 1MDB yang membabitkan Najib, memberi keterangan bahawa dia dan Azlin bimbang akan keselamatan mereka serta keluarga sekiranya menolak arahan itu.
Azlin adalah ketua setiausaha sulit Najib pada ketika itu manakala Amhari melaporkan dirinya kepada beliau.
Menurut keterangan Amhari, Low memberitahu kedua-dua pegawai itu bahawa Najib telah memberikan "restu" berhubung arahan berkenaan.
"Saya tahu dia ada jumpa Datuk Najib sebelum (perjumpaan) ini kerana Low beritahu kami bahawa perkara ini mendapat restu (Najib), dan kami berdua diarahkan untuk membuka akaun.
"Datuk Azlin dan saya faham bahawa restu itu bermaksud lampu hijau dari Datuk Najib," kata Amhariyang membaca dari kenyataan saksi pada hari ke-4 perbicaraan 1MDB.
Amhari, yang pernah bekerja dengan Najib selama 10 tahun sejak 2008, menambah bahawa dia dan Azlin mempunyai kebimbangan dalam mematuhi arahan itu.
Ini kerana Low dilaporkan berkata bahawa akaun itu mungkin digunakan untuk tujuan politik, dan dia (Low) yang akan mengendalikan akaun tersebut.
Beliau berkata pada mesyuarat lain, ahli perniagaan itu cuba menangani kebimbangan mereka dengan berkata bahawa Najib akan melindungi Amhari dan Azlin jika berlaku apa-apa.
"Tetapi Low beri jaminan bahawa kita tidak perlu bimbang dan mempercayainya. Dia juga beritahu kita bahawa 'bos akan jaga'.
"Bos yang dirujuknya ialah Datuk Najib."
Amhari berkata tidak dirinya mahupun Azlin tidak memberi sebarang keputusan kepada Jho Low.
Katanya, mereka juga sudah mengetahui berhubung skandal 1MDB sebelum ia diperkatakan umum.
“Kami berdua takut kerana kemungkinan akaun itu akan digunakan sebagai akaun ‘wang haram’ bagi tujuan menyimpan dana politik Datuk Najib untuk menghadapi PRU (Pilihan Raya Umum ke-13).
“Saya ada terfikir sekiranya akaun ini untuk tujuan murni, kenapa ia (akaun) perlu dibuka atas nama saya dan dibuat di luar negara selain diuruskan Jho Low?” katanya.
“Walaupun kami diberitahu akaun itu sebagai persediaan tetapi saya tidak mahu membabitkan diri sekiranya digunakan untuk tujuan dana politik,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi.
Walau bagaimanapun, kata saksi itu, Low menjangkakan bahawa mereka akhirnya akan bersetuju dengan rancangan itu atau berdepan risiko tentang keselamatan keluarga, kerjaya dan diri mereka.
Menurut Amhari, Azlin kemudian bersetuju untuk membuka akaun di luar negara atas namanya selepas perjumpaan sulit seterusnya dengan Low, dan dia kemudian terpaksa mengikut keputusan Azlin.
"Selepas Low meninggalkan kami, Datuk Azlin kata kepada saya bahawa kita tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa ikut arahan Low kerana jika tidak, kita mungkin hilang pekerjaan kita.
"Datuk Azlin juga memberitahu jika tidak ikut ia boleh menjadi ancaman kepada kami dan keluarga," katanya.
Pada pertemuan akhir antara mereka bertiga, Amhari Efendi berkata, Jho Low mendesak dan menyakinkan mereka bahawa semua sudah diatur dengan baik dan selamat.
Beliau berkata, akhirnya Azlin bersetuju untuk membuka akaun di luar negara dan beliau (saksi) terpaksa bersetuju dan mengikut keputusan itu.
Amhari berkata Low kemudian membawa mereka ke Singapura untuk membuka akaun di bawah "manipulasi" Jho Low dengan dibantu oleh seorang pegawai Bank BSI yang bernama Yvonne dan seorang lagi pegawai BSI yang namanya tidak dapat diingatinya.
Amhari berkata akaun BSI miliknya berada di bawah kawalan Low sejak ia dibuka.
Saksi itu berkata bahawa dia hanya mendengar tentang akaun itu kira-kira empat tahun kemudian apabila seorang pegawai BSI Switzerland menelefonnya pada awal 2016 untuk bertanya sama ada dia tahu berapa banyak wang yang ditinggalkannya dalam akaun.
Apabila Amhari berkata dia tidak tahu, pegawai itu kemudian memaklumkan kepadanya bahawa dia mempunyai baki lebih AS$ 800,000 dalam akaun berkenaan.
"Saya terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang wang itu. Saya kemudian meminta pendapat pegawai mengenai deposit yang dibuat ke dalam akaun itu.
"Pegawai itu hanya beritahu saya bahawa dia akan menghubungi saya lagi."
Amhari memberi keterangan bahawa dia menerima panggilan lain kemudian dari bank itu dan dimaklumkan bahawa hubungannya dengan bank itu akan ditamatkan dan dia terpaksa memindahkan wang dalam akaunnya ke akaun bank lain atau syarikat yang didaftarkan di bawah namanya.
Sebelum ni..

Tiada pegawai PMO berani persoal dana diterima Najib - Saksi

Tiada sesiapa di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang berani bertanya Najib Razak mengenai sumber dana yang diterima olehnya semasa beliau menjadi perdana menteri, kata seorang saksi di mahkamah hari ini.
Amhari Effendi Nazaruddin yang merupakan bekas pegawai khas kepada Najib, berkata, ini kerana pegawai PMO bimbang akan dilihat mempersoalkan kredibiliti bekas perdana menteri itu.
"Umumnya, saya percaya bahawa pegawai PMO tidak pernah dan bahkan tidak bertanya Najib dari mana dia menerima dananya, kerana ini akan dilihat tidak mempunyai keyakinan terhadap kredibiliti Najib," kata Amhari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Amhari, yang pernah bekerja dengan Najib dari tahun 2008 hingga tahun lepas, memberi keterangan sebagai saksi kelapan pendakwaan pada hari keempat perbicaraan terhadap Najib melibatkan dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut Amhari, beliau percaya Najib menerima sebahagian dana daripada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Ini, kerana katanya, Low telah menjanjikan dana untuk digunakan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Saya percaya terdapat dana yang diperoleh daripada Jho Low sebelum PRU13. Dia beritahu saya dan Azlin Alias ​​mengenai dana untuk tujuan memenangi pilihan raya di Pulau Pinang.
"Bagaimanapun, Jho Low tidak pernah menjelaskan bagaimana dia mendapat dana itu.
"Sehingga hari ini, saya tidak tahu status wang dalam akaun itu kerana ia masih di bawah kawalan Jho Low," kata Amhari.
Beliau merujuk kepada salah satu akaun bank yang dibuka di Switzerland dan Bangkok.
Dalam keterangan awalnya, Amhari berkata beliau membuka akaun berkenaan di bawah arahan Jho Low dan ahli perniagaan itu yang mengendalikannya.
Ni baru permulaan..! baru mukaddimah..! baru buka butang..! belum terpancut lagi..! Tunggu..!
Kes SRC rasanya dah ada yang sampai klimaks???
Cerita ni pasti akan setanding dengan siri siri 1001 malam..! Apa tak nya? bukan sahaja beruk terperanjat..! Mak badak pun dah lama pucat..!!!
Siapa?
Lu Fikri La Sendiri..!

8 ulasan:

  1. Seronok dengar dan mengikuti perbicaraan ni...
    Bercerita mcm kat kedai kopi..
    Saksi pun bercakap sekadar apa yg dia ingat dan rasa...

    Sekadar bercakap kosong tanpa boleh dibuktikan semua org boleh bercakap..

    Nampak mcm wasting time dan sekadar memperbodoh org yg tak faham mcm putra merdeka...hehe

    Jgn caya sgt berita tu...

    BalasPadam
  2. putra merdeka sbb kau boddo banggal biol bahalul

    itu kan hear say err sekita..err sekitar..

    ini mahkamah bukan soal siasat polis..

    bukti tak ada cuma cakap2 saja bahalul

    BalasPadam
  3. Biarlah Dr Sahfee, peguam jenayah, dan pasukannya buat kerja mereka dahulu, terlalu awal untuk menilai?

    BalasPadam
  4. Dengar kahabar kes rasuah banglo LGE akan dibicarakan semula? MEMOHON LEPAS TANPA BEBAS! Eloklah tu sebab perjalanan kes pun amat diragui kerana ianya hanya berjalan separuh jalan. Lebih melucukan semua pihak2 terbabit telah melakunkan watak2 TERKEJUT, didalam dunia AMALAN TERKEJUT seperti ini hanya terjadi dimahkamah Malaysia sahaja?

    Natizen MEMOHON agar Ketua Hakim dapat assign hakim yang mengadili kes rasuah Dr Khir Toyo dahulu untuk menjadi Hakim, barulah nampak adil.

    BalasPadam
  5. Subsidi Minyak Ditangguhkan: Mana Teori-Teori Bergeliga PH?
    September 4, 2019 rhg
    Share




    KERAJAAN telah menangguhkan skim subsidi petrol bersasar dengan alasan ‘kegagalan memperolehi data mencukupi’ mengenai kumpulan sasaran, M40.

    Alasan “tak cukup data” oleh Saifuddin Nasution ini sangat lawak, kerana Anwar Ibrahim dan Rafizi, yang juga daripada PKR, adalah yang paling lantang menipu, “hari ni menang, esok kita turun harga minyak”. Rupa-rupanya masih banyak kiraan mereka sebelum ni semuanya tak boleh pakai.

    Data apa dipakai sewaktu kerajaan mengumumkan subsidi bersasar di dalam Belanjawan 2019?



    Apa yang lebih pelik juga ialah, kalau betul kerajaan gagal untuk mengumpul data yang mencukupi, kenapa kerajaan mengumumkannya di dalam Belanjawan 2019? adakah Belanjawan Malaysia telah menjadi saluran lain untuk kerajaan Pakatan Harapan menipu?

    Sebelum ini, subsidi petrol bersasar dicadangkan dalam Belanjawan 2019 dan hanya terpakai kepada kereta di bawah kuasa 1,500cc dan motosikal di bawah 125cc yang akan diberi RON95 sebanyak 30 sen seliter dan setiap pemilik kereta layak mendapat RM30 manakala motosikal sebanyak RM12 dengan maksimum untuk dua buah kereta dan dua motosikal bagi setiap isi rumah

    Apa sudah jadi dengan RM25 juta tender aplikasi membabitkan subsudi minyak?



    Juga dicadangkan ialah sistem kad subsidi, Tetapi, ditolak oleh towkay-towkay pembekal minyak untuk memasang sistem bayaran kad tambahan di stesen mereka.

    Apa pula yang terjadi tender RM25 juta yang dihadiahkan kpd sebuah towkay syarikat GHL Systems Bhd, untuk “membangunkan aplikasi perisian serta perkakasan membabitkan subsidi petrol RON95”. Sistem apa yang dibangunkan jika mekanisma pun belum diputuskan?
    Umno Kedah
    Umno Online

    BalasPadam
  6. PROJEK JERUNG….BILIS AKAN DIKAMBUS HIDUP2,….KATA NAK BERSIHKAN PEMIMPIN2 BN DAN PAS….SATU KES PUN BELUM MELEKAT…..NANTI LPS PRU15 KITA BERSIHKAN PEMIMPIN2 PH PLAK…..

    Kumpulan orang Islam mahu demo bantah projek tambakan, PTMP
    Predeep Nambiar

    Ketua Ummah Pulau Pinang, Mohd Akhir Che Mat apda sidang
    media di Permatang Damar Laut hari ini.

    GEORGE TOWN: Satu gabungan 40 kumpulan kepentingan orang Islam merancang untuk menunjuk perasaan terhadap Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) pada Ahad dengan harapan suatu kata sepakat boleh dicapai dengan kerajaan negeri.

    Ketua Ummah Pulau Pinang, Mohd Akhir Che Mat berkata tujuan tunjuk perasaan itu bagi mempertahankan hak kira-kira 5,000 nelayan yang mendakwa mata pencarian mereka akan terkesan dengan projek itu.

    PSR merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion melalui tambakan 3 pulau buatan seluas 4,000 ekar tanah di Permatang Damar Laut.

    Akhir berkata mereka faham projek itu sudah mendapat kelulusan, tetapi mereka berharap tunjuk perasaan Ahad nanti boleh mengubah fikiran pihak berkuasa.

    “Kita tak menentang pembangunan, tetapi kita mahu PTMP dikaji semula dan projek tambakan dibatalkan.

    “Kami mahu PTMP dikaji semula supaya projek-projek itu menggerakkan orang, bukannya kenderaan,” katanya pada sidang media hari ini.

    Beliau menambah kata sepakat nampaknya tercapai dalam satu pertemuan antara Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

    “Kita tahu ia sudah diluluskan, tetapi kami rasa ada ruang untuk mengkaji semula projek itu. Sebab itu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hantar Anwar untuk bercakap dengan para nelayan,” katanya.

    Dalam mesyuarat yang berlangsung bulan lepas, Anwar dan Chow diberi taklimat mengenai PSR.

    Chow kemudian berkata kerajaan negeri akan mengecilkan skala projek tambakan itu jika Putrajaya setuju membiayai LRT dan Lebuh Raya Pan Island Link 1.

    Akhir menjangkakan lebih 5,000 orang termasuk pemimpin pembangkang dari Umno dan PAS akan menyertai tunjuk perasaan itu, yang akan diadakan di padang Permatang Damar Laut.

    “Kami dapat respon yang baik daripada polis dan kami berharap akan dapat permit dalam masa terdekat,” katanya.

    “Jika perlu kami akan terus berjuang sehingga ke pilihan raya akan datang.”

    BalasPadam