Rabu, 11 September 2019

Hapuskan Kitol & Mandaliar..!


Patut la lama dulu P.Ramlee dah cakap - Jual orang lagi untung dari jual unta..! Wow..!!!

RM4,000 sekepala, pekerja Bangladesh mangsa lumayan bagi ejen

Apabila pekerja Bangladesh lari dari majikan setelah menjadi mangsa pemerdagangan, mereka dijadikan sasaran lumayan sindiket jenayah.
Ini menurut siasatan media Bangladeshi Kaler Kontho dan Malaysiakini, melibatkan temu ramah dengan lebih 100 pekerja, ejen dan majikan pekerja asing.
Siasatan media mendapati ramai pekerja Bangladesh terdesak untuk terus bekerja di sini, walaupun setelah menjadi mangsa eksploitasi, kerana mereka berhutang sekurang-kurangnya RM17,000 untuk datang ke Malaysia.
Atas sebab itu, mereka sanggup membayar ejen sindiket hampir RM4,000 untuk “diputihkan” menurut undang-undang Malaysia, dengan harapan bebas dari gangguan imigresen.
Bagaimana sindiket ‘pemutihan’ beroperasi
Proses ‘pemutihan’ ini merupakan penyelewengan sistem penggajian semula (rehiring) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada Februari 2016. 
Sistem ini diperkenalkan untuk memenuhi kekurangan pekerja dalam industri pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan dan pembuatan. 
Di bawah sistem rehiring, majikan dibolehkan mendaftarkan mana-mana pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sah.
Ejen menyalahgunakan sistem ini dengan mendaftar pekerja yang tidak mempunyai dokumen sah sebagai pekerja syarikat mereka. Menurut pekerja dan ejen yang ditemu ramah, pekerja akan membayar ejen untuk khidmat ini. 
Sebenarnya, ejen ini bukan menggaji mereka dan para pekerja bebas mencari majikan sendiri. Jika mereka tidak mampu mencari pekerjaan, ejen ini akan mencarikan majikan, dan mengambil komisen dari gaji bulanan.
Ejen: Kalau mereka ditangkap, kami akan lepaskan
Mereka boleh ditangkap pegawai imigresen jika berlaku serbuan di tempat kerja. Bagaimanapun menurut seorang ejen, pekerja yang mereka ‘putihkan’ mendapat ‘perlindungan’. 
Menurut Md Mehdi, yang bekerja untuk Sugoi Group, salah satu kumpulan syarikat yang menawarkan khidmat perkhidmatan ini, syarikatnya ‘memutihkan’ lebih 5,000 pekerja. Ini bermakna perkhidmatan ini menghasilkan RM22 juta untuk Sugoi Group.
“Mereka yang ‘diputihkan’ melalui syarikat kami boleh bekerja di mana-mana tempat tanpa bimbang.

“Jika mereka ditangkap, kami akan menguruskannya supaya mereka dilepaskan,” katanya kepada Kaler Kantho
Percubaan Malaysiakini untuk menghubungi pemilik syarikat ejen, Humayun Kabir tidak berjaya. Humayun dilahirkan di Bangladesh dan menjadi warganegara melalui proses naturalisasi.
Kaler Kantho juga telah beberapa kali cuba berhubung dengan Humayun melalui syarikat-syarikatnya di Dhaka, Bangladeshi, tetapi tidak berjaya. 
Seramai 744,942 pekerja asing dan 83,919 majikan berdaftar bawah sistem rehiringsetakat Mei 2018. Program ini tamat pada 30 Jun 2018.
Menurut Jabatan Imigresen, hanya majikan yang perlu membayar dalam proses penggajian semula, iaitu antara RM1,395 ke RM3,845 bergantung kepada industri. 
Tetapi ejen yang ‘memutihkan’ pekerja-pekerja asing ini mengenakan bayaran dari RM4,000 ke RM8,000. 
Menurut siasatan Kaler Kantho, ada juga ejen yang masih menawarkan perkhidmatan ini, walaupun program penggajian semula telah tamat.
Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini merupakan “sindiket jenayah”. 
Pihak imigresen dan polis juga telah membuat serbuan ke atas beberapa sindiket ini. 
Usaha membasmi tidak berjaya
Jaringan ejen tidak bertauliah ini berleluasa walaupun terdapat banyak usaha pihak berkuasa untuk memastikan ia tidak berlaku.

Contohnya, Kedutaan Bangladesh ditugaskan untuk memastikan syarikat-syarikat yang menggajikan pekerja Bangladesh memang syarikat sah yang memerlukan pekerja-pekerja tersebut. 
Maka apabila ejen-ejen tidak bertauliah berjaya mendaftar sebagai majikan, dan seterusnya ‘menyewa’ dan mengambil komisen, ini menunjukkan wujudnya ketirisan dalam sistem pemeriksaan kedutaan.
 Duta Besar Bangladesh Shahidul Islam berkata pihaknya sukar untuk memeriksa semua kes kerana terlalu ramai pekerja Bangladesh di Malaysia.
“Jika hanya sejuta pekerja Bangladesh di Malaysia menempuh masalah, jumlah ini sudah mencecah 10,000 pekerja.

“Pihak kedutaan tidak mampu untuk menjaga semua pekerja. Ini kelemahan kami,” katanya. 
Pada Februari 2016, Putrajaya telah menandatangani perjanjian government-to-government plus (G2G+) dengan Dhaka, bertujuan membasmi ejen dan orang tengah. 
Menurut data kerajaan Bangladesh, seramai 275,000 pekerja Bangladesh tiba di Malaysia melalui G2G Plus. 
Namun, G2G+ digantung pada Jun 2018 kerana penyelewengan disyaki. 
“Kerajaan terdahulu telah menguruskan proses pengambilan pekerja asing seperti perniagaan yang hanya menguntungkan beberapa individu tertentu,” Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran dipetik sebagai berkata. 
Pada bulan Julai, beliau mengumumkan bahawa sebuah memorandum baru akan ditandatangani dengan kerajaan Bangladesh. 
Memorandum ini bertujuan membatalkan moratorium atas kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia, tetapi mekanisme yang baru belum diumumkan. 
Beliau tidak menjawab soalan-soalan Malaysiakini
Perubahan undang-undang
Tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan meminda Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 untuk membasmi kejadian pekerja didaftarkan bawah sebuah syarikat ‘outsourcing’ tetapi bekerja untuk majikan lain. 
Kini, hanya ejen sumber manusia yang dilesenkan oleh Kementerian Sumber Manusia boleh mengimport pekerja asing dengan tujuan meletakkan mereka di majikan akhir.
Namun tidak jelas bagaimana ejen yang dilesenkan ini akan mendapatkan pekerja asing tersebut dan jika ini dapat membasmi operasi ‘pemutihan’ pekerja yang telah ada di Malaysia, oleh wakil ejen tersebut.
 “Terma ‘outsourcing’ tidak lagi wujud. 
“Tapi kalau (syarikat outsourcing) masih lagi ingin beroperasi, mereka perlu mendaftar bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta (di Kementerian Sumber Manusia). 
“Saya difahamkan ada yang telah berbuat demikian,” kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin di sebuah sidang akhbar baru-baru ini. 
Mana-mana syarikat outsourcing yang tidak berdaftar dan masih beroperasi selepas 1 April boleh diambil tindakan bawah Seksyen 7 Akta tersebut. 
Mangsa sistem
Menurut pengarah NGO hak pekerja asing Tenganita, Aegile Fernandez, pihak berkuasa mesti lebih proaktif untuk melindungi pekerja.
Beliau berkata ramai pekerja yang terperangkap dalam kitaran penyelewengan yang sama apabila ejen tidak bertauliah menyalahgunakan program pemutihan Back For Good yang ditawarkan kerajaan sehingga hujung Disember ini.
 Dalam program Back or Good, PATI yang sukarela keluar dari Malaysia tidak akan dikenakan tindakan imigresen seperti denda, sebatan dan penjara.
Mereka membayar RM700 kepada Jabatan Imigresen untuk proses pengesahan biometrik dan pengeluaran pas sementara untuk meninggalkan Malaysia. 
Menurut laman web Imigresen, PATI perlu berdaftar sendiri untuk program ini di pejabat Kementerian Dalam Negeri dan tiada ejen dibenar menguruskannya.
“Kebanyakan mereka datang ke sini secara sah tetapi menjadi mangsa kepada sistem buruh yang sedia ada.
“Mereka telah mengeluarkan banyak wang untuk datang ke sini dan terpaksa membayar lagi untuk pulang,” kata Fernandez.
Pengkhianat negara mereka semua ni..!
Seperkara lagi..!

Polis tahan pegawai k'jaan bawah Sosma, didakwa jual MyKad

Polis menahan beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan kakitangan jabatan kerajaan termasuk dari Putrajaya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Harian Metro melaporkan penahanan itu berhubung dakwaan sindiket penjualan MyKad kepada warga asing di Pulau Pinang "membabitkan nilai RM350,000."
    Penahanan itu selepas laporan dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang berhubung kes seorang wanita warga China yang ingin memohon passport Malaysia sebelum ini.
    Menurut JIM, walaupun MyKad yang dimiliki oleh wanita tersebut sah, laporan itu dibuat selepas timbul keraguan dengan status kewarganegaraannya selepas dia gagal untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kebangsaan ketika berhubung dengan pegawai di jabatan itu. 
    “Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan," katanya.
    Susulan itu, pihak polis telah menjalankan operasi sulit bagi menyiasat laporan itu dan sehingga kini sudah menahan beberapa individu bagi membongkar sindiket tersebut. 
    Hasil siasatan mendapati sindiket tersebut telah berjaya menjual sejumlah enam keping MyKad.
    Negara mesti mensasarkan mereka sebagai musuh no 1 negara..!
    Semoga negara kita terhindar dari anasir khianat yang bermaharajalela sekian lama..!
    Kesalahan perlu dibenteras, penjenayah mesti dituntut keadilan..!
    Siapa?
    Lu Fikir La Sendiri!!!

    9 ulasan:

    1. Haramjaddu zahid dn najibby..mereka kaut untung dgn bawa bangla kesini..1kepala mereka untung 5000 dn kini ada 2juta bangla dimalaysia..usir mereka segera atau rakyat akn bertindak sendiri..bangla time gaji mereka akn boooking pelacur indon utk dihenjut berjemaah..hanat betul puak2 lahanat nii..😨😨😝

      BalasPadam
      Balasan
      1. semoga ko tak dijubur berjemaah oleh bangla.

        Padam
    2. Yg peliknya siap boleh niaga lagii..kencing bangla busuk tengek adakah zahid dn najibby tahu?..

      BalasPadam
      Balasan
      1. Kau dgn bangla sama jer busuk tengek.

        Padam
    3. Bangla kalau duduk lama sikit kt sini mmg besar kepala..

      BalasPadam
    4. Ted mangkok...
      Kalau zahid dan jibby kau nk salahkan, apa menteri PH buat skrg ni?
      Apa atok buat?

      Sibuk berpolitik hina org melayu. DAP diam2 sedang menambahkan org cina di negara malaysia baru...

      Kata dapat IC secara sah tapi bahasa malaysia tak reti...bahaya ni.

      Hope kerajaan pH buat sesuatu

      BalasPadam
      Balasan
      1. Bodoss..fobia sgt dgn dap..kikiki..ada bukti buat laporan segera..ph takkn nk cuci taikk tinggalan bn pula..dh kaut untung berbillion jual org disuruh plk ph cuci sisa taik..banglasia..💩🙀

        Padam
    5. LAPURKAN SAJA PADA PULIS SEGERA NO HAL PUNYA
      YANHG JUAL MYKAD DI P PINANG APER CHER..?
      DULU JPN KATA NO WAY SKG TERBONGKAR SUMA
      CUBAAN NAK ALIH ISU DAH MAKAN DIRI AKHIRNYA



      KIKIKIKI..

      #BMF

      BalasPadam
    6. BJ HABIBIE 83 JUST PASS TODAY
      ROBERT MUGABE ALREADY DIE AT 95
      OMG 94 YEARS OLDIES UP.!UP.!AN AWAY
      ONLY TIME WILL TELL, REPENT BEFORE DIE


      KIKIKIKIKI.. AL PATIHAH

      #BMF

      BalasPadam