Di khabarkan dari negeri entah berantah telah diadakan satu pertemuan yang melibatkan 3 parti utama Melayu 2 malam yang lalu. Antara yang hadir tentu lah 3 ekor presideng dan 3 ekor setiausaha agung parti masing masing bersama dengan beberapa orang lagi pemain politik semasa.
Dalam pertemuan tu, Ditanya la oleh amjazai sama ada surat yang tular di alam melayu itu benar atau tidak maka mengakulah si wakjayit bahawa surat yang dikeluarkan yang mengatakan menyokong kaki ponggong untuk menjadi piem adalah benar, tiadalah yang tidak benar melainkan benar belaka.
Namun wakjayit pula mempersoalkan bagaimana si amjahzai boleh mendapatkan surat tersebut maka jawab amjahzai tentulah surat tersebut diperolehi dari kluster kayangan tanpa memperincikannya.
Kadi bawang, midin sembab dan beberapa orang lagi senyap sambil mendengar perbualan mereka berdua.
Di suakan oleh amjazai surat atau SD yang perlu wakjayit tandatangani untuk menyokong midin sembab. Namun tidak dipedulikan oleh wakjayit. Amjah yang sedang beraksi didepan tokeynya itu telah mengingatkan wakjayit bahawa wakjayit dan anaknya boleh ditangkap atas kes kes yang melingkari mereka.
Wakjayit yang berang terus bangun meninggalkan pertemuan sambil diikuti oleh amatmaulan.
Pertemuan diteruskan tanpa kelibat 2 ekor tadi....
Kalau kita perhatikan, ada ke mereka ni membincangkan isu rakyat?
Ada tak mereka melahirkan kerisauan akan wabak yang sedang memuncak? Ada tak mereka bercakap berkaitan kehilangan punca pendapatan di kalangan rakyat yang hampir mencecah 1 juta orang?
Ada tak mereka bercakap bahawa mereka perlu mengenepikan segala kepentingan diri lalu meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara dengan mengurangkan politiking sesama mereka?
Tapi apabila mereka berpaling kepada rakyat dan ahli, apa mereka kata???
Lu Fikir La Sendiri..!!!
BAKAL CALON PM PILIHAN TUN MAHATHIR SHAFIE APDAL PUNCA JANGKITAN COVID-19 SABAH MENCANAK NAIK.
BalasPadamRakyat Sabah khasnya dan Malaysia amnya, jangan sama sekali lari daripada fakta, bahawa penyebab jangkitan covid-19 Sabah mencanak naik kerana impak PRN ke-16 Sabah.
Mengapa PRN Sabah berlaku? Kerana Shafie membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai, 2020, kerana enggan menyerahkan kuasa selepas kehilangan sokongan majoriti ADUN Sabah.
Shafie degil, mempertahankan 'bukan' hak dia. Sudah lah Shafie merampas kuasa pada 12 Mei, 2018. Yang merampas SANGGUP MATI berbanding menyerahkan semula hak tersebut.
Berdepan kedegilan tersebut, pemimpin yang berhak (Tan Sri Musa Aman) menggunakan mahkamah mencabar kesahihan pembubaran, bertujuan supaya PRN tidak berlaku, kerana boleh mengancam nyawa rakyat.
Namun sama degil seperti mentornya Tun, Shafie dibantu para peguam beliau termasuk Peguam Besar Negeri Sabah, agar PRN diteruskan, kerana pembubaran DUN adalah kuasa TYT Sabah, dan Shafie mempergunakan kedudukan beliau dalam Perlembagaan Negeri.
Musa bersama 32 ADUN sehingga 11 September, 2020 sehari sebelum penamaan calon yang ditetapkan SPR, masih merayu di Mahkamah Persekutuan, agar PRN Sabah ditangguhkan, kerana alasan yang sama, iaitu boleh menyebabkan peningkatan jangkitan covid-19 selain PRN itu tidak perlu, kerana penggal ke-15 DUN Sabah masih berbaki 3 tahun.
Kini, apa yang menjadi ketakutan Musa dan 32 ADUN yang menyokong beliau menjadi kenyataan, jumlah jangkitan covid-19 di Sabah terus meningkat, malah kematian berlaku setiap hari kerana virus pembunuh tersebut.
Sekiranya Warisan Plus memenangi pilihan raya negeri Sabah lalu, mereka tidak akan menyentuh isu pandemik berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka, hari ini kita dapat melihat pemimpin Warisan Plus dan Pakatan Harapan (PH) sewenang-wenangnya menuding jari termasuk pemimpin veteran Tun Mahathir, Lim Kit Siang dengan mudah menyatakan PN yang ingin menggulingkan Presiden Warisan, Shafie Apdal, sedangkan Shafie yang bubarkan DUN Sabah.
Usaha berterusan DAP, Tun untuk mengelirukan rakyat, Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, berkeras menyatakan pilihan raya negeri Sabah berpunca daripada Musa Aman dan PN.
Selagi politikus usang dan hodoh masih menghiasi politik Malaysia tak akan maju. Sejarah tak pernah menipu hanya sang fitnah jijik yg suka berbohong dan politikus hodoh saja yang snggup buat kerja kotor dan menipu sepanjang hayat.
Only idiots select idiots......
BalasPadam