Gelombang ketiga yang lebih menakutkan..!
Gelombang ketiga Covid-19 jangkiti lebih 1,000 pelajar
Sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara bulan lalu, lebih 1,000 kes positif membabitkan pelajar direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya untuk kumpulan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun sebanyak 587 kes dikesan setakat ini, manakala yang berusia 13 hingga 18 tahun, 670 kes direkodkan.
Katanya jumlah itu dicatatkan sejak 20 Sept sehingga semalam.
Menyatakan hal itu dalam sidang media hariannya di Putrajaya hari ini Noor Hisham berkata sejak wabak Covid-19 dikesan pada Feb lalu pula, sebanyak 830 kes dikesan membabitkan kanak-kanak dalam kumpulan usia tujuh hingga 12 tahun.
Untuk kumpulan usia 13 hingga 18 tahun - bagi tempoh sama - sebanyak 1,315 kes direkodkan.
Kata Noor Hisham sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda sebanyak 12 sekolah ditutup setakat ini, sama ada kerana berada di zon merah, merekodkan jangkitan anggota keluarga atau ada pelajar atau kakitangan yang dijangkiti.
Menurutnya, semua sekolah itu ada kaitan dengan kluster tertentu. Sekolah berkenaan ialah:
- Tiga sekolah di Negeri Sembilan yang ada kaitan dengan Kluster Cahaya, Kluster Sofi dan Kluster Bah Manggis
- Tiga sekolah di Johor yang berkait dengan Kluster Simera dan Kluster Rinting
- Dua sekolah di Kuala Lumpur ada kaitan dengan Kluster Jalan Pantai dan Kluster Long
- Sebuah sekolah di Pulau Pinang (Kluster Alma)
- Sebuah sekolah di Melaka (Kluster Bukit)
- Sebuah sekolah di Putrajaya (Kluster Selasih)
- Sebuah sekolah di Sarawak (Kluster Bah Arnab.
MAS akhirnya tawar VSS dan mungkin tutup firefly jadi syarikat kebangsaan semua bermula zaman Tun Daim dan Anwar melalui Tajuddin Ramli proksi Daim sekarang terasa bahana dari perbuatan mereka.
BalasPadamOleh kerana ramai yg menganggur buang kerja sebab Covit19 ekonomi merudum maka umur persaraan wajib kena kembalikan pada 55 tahun. Suka atau tidak sektor awam dan swasta kena terima.
Bila ramai bersara umur 55 tahun maka graduan menganggur dan lepasan kolej spm stpm dll akan mengantikan pesara wajib ini.
Bulan depan bentang bajet wajib turunkan umur bersara pada 55 tahun.
Sekarang buisness online, grab, grab food dll sudah jadi trending maka tiada alasan umur bersara wajib 60 tahun
Ini lah warisan bodoh yang ditinggalkan oleh Tun Daim Anwar melalui kroni Tajuddin yamg akhirnya anak cucu kaya raya dan yang rakyat , otai bodoh reformasi dan walaun walaun bodo dapat sekarang ini.
Humban kan semua politikus lusui dan berkarat ini.
Bersara 60 tahun yg dipraktik zaman Tun adalah idea bodoh dan lapuk..
Awanama...apa kamu merapu ni....????
PadamNampak sgt kamu duduuk bawah tempurung, terperangkap dgn emosi. Jgn cari dosa keringlah, Mat. Mati nanti, takda siapa boleh tolong kau.
Cer kembangkan otak tu sikit. Bukannya susah, klik 'google News' - macam-macam news ada - ekonomi, politik, hiburan - dalam dan luar negara. Semua ada.
Masuk blog outsyethebox. Mamak kotak tu skrg tgh cerita pasal peniaga di stesyen bas Larkin Johor, semua dah nak tutup kedai sebab dah takda pembeli dari S'por, sejak Malaysia tutup pintu kerana COVID19. Hidup peniaga2 tu bergantung pada pembeli dari Singapura, takda kena mengena dgn Tun Mahadir!!!
Kamu tahu tak, semua syarikat penerebangan menghadapu masalah, lama sebelum COVID19 menyerang. Ekonomi dah teruk sebelum Covid menyerang akibat perang saraf US & Cina. Syarikat penerbangan tambang murah Virgin Air Australia, kepunyaan kawan baik Tony Fernando, Sir Richard Brendston akhir tahun 2019 dah tutup kedai, bankrap. SIA dan Air Asia pun tgh buang beribu pekerja.
Masalah ekonomi bukan je melanda Malaysia, seluruh dunia, Mat. Termasuk juga S'por. Orang tak melancong lagi. Thailand pun kosong, takda pelancobg datang. Arab Saudi buka Mekah pun, takda siapa nak datang buat Umrah. Semua tutup kedai. Takda kena mengena dgn Tun Mahadir, taw. Jadi, jangan sakahkan orangbtua tu lagi. Berdosa buat fitnah.
Banyak-banyak berastagafar. Jangan biar otak diracuni oleh orang-orang pilitik. Mereka nak berebut kuasa. Kamu dapat apa...?
Dosa kering je.