Isnin, 26 Oktober 2020

Jalan Penyelesaiannya? Dah Terang Lagi Bersuluh..!

 

Lama dah dulu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menyindir dan mengajar kita semua akibat dari salah memangkah melalui satira filem masyurnya Ali Baba dengan 40 orang penyamun.

Namun begitu lah dalam kehidupan ni, kalau tak buat silap bagaimana mahu mengenali kesalahan lalu belajar dan memperbaiki diri.

Mahu tak mahu kita kena terima hakikat bahawa kekalahan UMNO/BN di dalam PRU14 yang lalu sebenarnya cukup mengajar rakyat terutama orang Melayu/Islam akan pentingnya memegang tampuk kekuasaan seterusnya mengerti dan memahami akan maksud perjuangan mempertahankan kuasa yang di genggam.


Terlepas kuasa, maka terburailah rahsia dan terhumban lah maruah bangsa. Selainnya akan tergadai menurut yang ampunya kuasa dan berlaku mengikut keadaan serta masa.

Itu sebab Allah bersumpah dengan masa. Masa sememangnya amat berharga dan pasti akan meninggalkan mereka yang terlopong dan terdongak dongak dek kemaruk bermain dengan kuasa.

TakdirNYA, kuasa kerajaan ini dipulangkan semula kepada majoriti bangsa Melayu yang mengaku beragama. Soalnya apakah kuasa Melayu/Islam yang di laung laungkan kembali meraja di Putrajaya benar benar meletakkan kepentingan Agama, Bangsa & Negara agenda utama mereka?


Nasib lah negara masih mempunyai benteng kuasa dibawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Raja, kalau tidak? dah lama agaknya orang kita tukar bangsa, lebih malang kalau sanggup menukar agama.

Raja Raja dah menetapkan keputusan. Raja Raja dah memberikan arah tuju perjalanan. Kini, kembali semula kepada para pemimpin yang semuanya kalau di tanya pasti berkata - demi Agama, Bangsa dan Negara, apakah sanggup mengotakannya?

Sanggup kah mereka berjabat tangan dan berhenti dari terus merosakkan negara? Sanggup kah mereka duduk semeja, dengan kepala sejuk dan berlapang dada?

Adakah masih ada lagi di antara mereka yang meletakkan sumpah setia dihadapan dalam setiap kata dan tindakan? Apakah mereka semua masih mentaati setiap titah Duli Yang Maha Mulia Raja Raja?

Pastinya bukan semua, hanya beberapa kerat yang menjadi pemain utama yang perlu bertenang dan bermuhasabah diri, apakah perlu dibawa keamanan negara dan kemakmuran hidup rakyat ke dalam kantung serakah politik peribadi yang tidak pernah bertepi.

Rakyat sedang melihat kerenah kamu semua. Rakyat sedang menilai akan watak yang sedang kamu mainkan. Apakah masih lagi salah India dan Cina, kalau yang memegang watak utama tetap yang bernama Melayu yang menggila menjatuhkan bangsanya? Melayu yang sudi menjadi alat dan pekakas orang lain untuk memijak dan menjarah bangsa dan watannya sendiri.

Berunding lah, walau untuk seketika..! Berdamailah walau hanya sehingga sampai tempoh pilihanraya..! 

Utamakan lah rakyat dan negara barang sekejap masa. Kerana kalau kamu rasa hari ini kamu berkuasa, janji tuhan pasti akan tiba. Selama mana pun yang di atas tetap akan turun ke bawah bila sampai tiba masanya..!

Bila? Lu Fikir La Sendiri..!


4 ulasan:

  1. Watak seperti Musa Hitam dah tak ada dalam politik pemimpin Melayu. Bila sudah tiada rezeki dlm politik sekadar TPM sudah cukup mensyukuri.

    Bukan jenis akhlak hancur moral rendah dan ada yang tunggu masa masuk kubo masih terhegeh hegeh mintak kuasa lagi

    Renungkan dan selamat beramal..

    BalasPadam
  2. Selagi Umno menyimpan pemimpin yang rasuah dan diternak olih olih tokey besar selagi itulah UMNO akan terus korup

    BalasPadam
  3. yang sedang buat hal sekarang..bukan umno

    BalasPadam
  4. Cari puncanya. puncanye nuwar yakni bekas pesalah jenayah naknjadi pm dan disokong pula oleh bakal pesalah jdan gengnya pesalah enayah penggubahan wang haram.

    BalasPadam