Rabu, 28 Oktober 2020

Tak Syok La Kantoi Sorang Sorang..!

 


Sebok macai mengatakan bahawa tuhan politik mereka licik apabila berjaya memecah belahkan PKR, Amanah dan DAPig..! Tang mana yang puak P*uckatan Hancur berpecah pun kita tak dengar jauh sekali nampak. Makin galak mereka mengambil untung dari politik khianat macai dan tokeynya adalah..!

Seperkara lagi menyembur nyembur air liur macai mengatakan bahawa tokey mereka bijaksana apabila berjaya menekan Midin untuk mendapatkan kerusi TPM kepada UMNO.

Kalau memang ada perubahan dalam kabinet nanti (kalau ada laa) dan UMNO bakal mengisi jawatan TPM tentu macai akan terus mematuk mengatakan usaha tokey mereka mencapai kejayaan. 


Namun jika tokey mereka tidak mendapat tempat atau meraih laba dari apa yang bakal diputuskan oleh Midin dalam susunan kabinetnya nanti (kalau berlaku la) pasti macai akan mengatakan bahawa tindakan Midin adalah usaha berterusan untuk menghancurkan UMNO.

Lagi satu perkara macai sebok menepuk nepuk meja sejak Sabtu bahawa isu yang berlegar adalah usaha untuk menyalahkan tokey mereka dan mengalih pandangan berkaitan isu sebenar penolakan Agong atas usul Kabinet berkaitan pembubaran.

Realitinya rakyat ok jer..! Rakyat rimas dengan laungan dan rengekan macai dan tokey mereka yang dari awal asyik memikirkan kedudukan diri mereka..! Sebok memikirkan keuntungan puak mereka. Soal rakyat dan negara peduli apa..!

Hakikatnya mainan politik khianat yang dimainkan oleh mereka telah terdedah dan bersepah..! Dah tak dapat nak di sembunyikan lagi..! Bau hancing sudah merebak keseluruh pelusuk bumi dan masuk ke benak ahli parti. Itu yang nak makan super ring pun tak berapa selera..!


Soalnya berani ke pemimpin tertinggi UMNO mengambil tindakan kepada mereka berdua?

Ada yang nak ulas persoalan yang di bangkitkan ini...?

Lembaga Disiplin UMNO seharusnya mengadakan mesyuarat tergempar untuk berbincang hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat parti itu pada Isnin.
Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, cadangan itu sekali gus membayangkan Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN) itu sebelum ini mungkin menghantar surat menyokong Presiden PKR kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Kalau begini sikap pemimpin UMNO, saya ramalkan parti ini tidak akan lagi menjadi dominan pada masa hadapan. Kita lihat netizen juga sudah mula menghentam Najib di laman Facebooknya selepas cadangannya dalam isu Anwar semalam.
"Jika berterusan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggantikan UMNO dan parti Melayu itu akan menjadi serpihan sahaja dalam landskap politik negara.
"Kalau Datuk Lokman Noor Adam satu masa dahulu dibuang dari jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini kenapa Najib boleh dilepaskan?" soalnya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.
sumber

Dunia maklum pendekatan cash is king akhirnya telah memakan diri. Lebih buruk apabila parti yang sebegini mulia turut sama hina dina di sebabkan oleh watak watak jahanam mereka.
Astro Awani pula mendedahkan isu panas berkaitan pertemuan bos para macai. Macam tahu ajer supaya tak lah tergolek sorang sorang. Tak gitu?
Suhu politik negara nampaknya belum menunjukkan keredaan selepas terbaharu satu pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.
Memetik portal MalaysiaNow, surat yang dipersembahkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendedahan tersebut sekali gus dilihat bercanggah dengan penafian yang dibuat oleh UMNO sebelum ini berhubung surat yang tular di laman sosial, menafikan sokongan telah diberikan kepada Ketua Pembangkang itu."Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas Presiden UMNO, Najib Razak dihantar menjelang panggilan menghadap Anwar ke Istana Negara pada 13 Oktober, di mana Presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
"Akan tetapi dua hari sebelum itu, Ahmad Zahid bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara.
"Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid memberikan komitmen sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin," demikian memetik laporan portal tersebut, hari ini.
Sumber dalaman memberitahu portal tersebut lagi, surat tersebut didakwa dihantar oleh Ahmad Zahid dan Najib selepas 48 jam pertemuan dibuat di kediaman Muhyiddin, menyatakan sokongan mereka untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Tambah sumber, surat berkenaan disediakan tanpa pengetahuan mana-mana ahli Majlis Tertinggi UMNO.
“Tiada seorang pun tahu mengenai surat itu, kecuali mereka berdua, Zahid dan Najib.”
Bagaimanapun, dua hari selepas surat berkenaan dihantar iaitu pada 15 Oktober, wakil dari Istana Negara menghubungi Muhyiddin untuk memberikan salinan surat Ahmad Zahid.
Susulan tersebut, Perdana Menteri kemudian memanggil semua menteri UMNO ke kediamannya sebelum mendedahkan kepada mereka mengenai surat sokongan kepada Anwar daripada Ahmad Zahid dan Najib, lapor MalaysiaNow lagi.
"Ketika itu menteri-menteri UMNO yang hadir terkejut dan mengatakan mereka tidak pernah menyokong Anwar.
"Mereka berjanji akan membawa perkara ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi," kata sumber.
Selain itu, dalam pertemuan tersebut, menteri-menteri UMNO dilaporkan membangkitkan empat tuntutan kepada Muhyiddin, mengatakan mereka diberikan tekanan daripada akar umbi parti, termasuk mengatakan UMNO tidak diberikan kedudukan setimpal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Zahid tuntut jadi Timbalan Perdana Menteri
Lebih mengejutkan, portal tersebut mendakwa Ahmad Zahid turut menuntut agar sebahagian daripada pemimpin parti UMNO disingkirkan daripada Kabinet.
Malah, Ahmad Zahid didakwa turut menuntut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum menyenaraikan nama pemimpin UMNO yang perlu digugurkan daripada Kabinet.
Antara senarai menteri yang didakwa mahu digugurkan adalah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Tuntutan tersebut didakwa dibuat dalam pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Oktober.
Pertemuan tersebut pada awalnya dijadualkan bagi membincangkan tentang Muafakat Nasional (MN).
"Pada akhir perbincangan, Muhyiddin bertanyakan Ahmad Zahid mengenai surat sokongannya kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara.
"Seorang pegawai Muhyiddin kemudiannya menyerahkan surat itu kepada (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin yang kemudiannya memberikannya kepada Presiden Pas. Abdul Hadi menunjukkan reaksi amat terperanjat," lapor portal tersebut.
Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Hamzah selaku Setiausaha Agong Bersatu.
Tuntutan yang dibuat Ahmad Zahid itu digambarkan telah "memanaskan" lagi pertemuan tersebut, sebelum Perdana Menteri dilaporkan bertanya apa sebetulnya yang dimahukan oleh Presiden UMNO itu.
“Ahmad Zahid jawab Perdana Menteri mungkir janji,” kata sumber dalaman itu.
“Muhyiddin kemudian berkata tidak pernah menjanjikan apa-apa. Ahmad Zahid kemudian berkata, apabila UMNO menyokong Bersatu untuk menubuhkan kerajaan, ia adalah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan bukannya Muhyiddin.
“Muhyiddin tanya lagi apa lagi yang Ahmad Zahid tidak puas hati. Ahmad Zahid kata dia sebagai Presiden UMNO tidak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri," lapor MalaysiaNow yang memetik sumber.
Perdana Menteri kemudian memberitahu Ahmad Zahid bahawa beliau tidak mencampuri urusan mahkamah.
"Namun sebagai rakan, Muhyiddin berkata dia mendoakan Zahid akan dibebaskan."
Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi yang diasaskan beliau.
sumber
Lu Fikir La Sendiri..!

2 ulasan:

  1. Samogaaa zahid kekal presiden umno sampai pru15. Jangan kacau dia. Kalau boleh angkat najib balik sbg presiden 2. Kami sangat sanjunggg kepimpinan mereka. Kekalkan akar umbi umno dgn menyokong mereka berdua. Bagikan ahli umno beras sekampit gula milo. Mrk akan sokong pemimpin ini sampi akhir hayat.

    BalasPadam
  2. Politik adu domba... Sape yg gila kuasa sebenarnya sampai sanggup khianat parti sendiri dan mandat rakyat?

    BalasPadam