Sabtu, 31 Oktober 2020

PANAS ~ Ustaz Ebit Liew Bertanding Parlimen..?

 


Nama beliau sudah tidak asing lagi di dalam masyarakat, malah boleh dikatakan beliau dan pasukannya merupakan pasukan kebajikan yang cekap dan berjaya dalam memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan pertolongan.

Kalau namanya mekar dan harum setelah Mac kerana pandemik covid-19 sebenarnya kerja kebajikan yang beliau lakukan jauh lebih awal lagi dari apa yang telah dan sedang di tonton oleh masyarakat hari ini.

Itu lah jiwa beliau, itu lah sikap dan watak cina muallaf yang bertekad untuk membantu sesiapa sahaja yang beliau ketahui bermasaalah insyaAllah pasti akan beliau kunjungi untuk di berikan bantuan sewajarnya.

Terbaru..

Di laporkan..

Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.

Terbaharu, Ebit turut turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menerusi hantarannya di Facebook (Fb) hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.

"Doakan ya... risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. 

"Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal (perubatan) ke Sabah," katanya.

Katanya, sumbangan disalurkan berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.

"Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. 

"Doakan ya... insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat," katanya.

Hantaran Ebit itu mendapat pujian warganet dengan kebanyakannya menzahirkan penghargaan terima kasih kerana bertindak pantas membantu mereka yang memerlukan ketika berdepan kesukaran pandemik ini.

sumber

Beliau seorang pendakwah yang pemurah..! Beliau bukan ahli politik dan tak berminat pun untuk mempolitikkan kerja mulia yang beliau usahakan. Jauh sekali mahu mencari nama dan kesenangan. 

Apa yang jelas beliau mahu berkongsi suka duka dengan kelebihan yang beliau ada. Beliau tahu akan penderitaan dan kesengsaraan hidup. Beliau pernah menempuh hidup sukar dan kerananya beliau berusaha agar orang lain tidak menempuhi kesusahan hidup yang sangat beliau mengertikan. 

Manusia seperti Ustaz Ebit Liew ini lah watak, tokoh dan pemimpin yang negara perlukan..! 


Sesungguhnya rakyat jelak dan muak dengan kebanjiran politikus yang sebahagian besarnya berjuang untuk kepentingan peribadi mereka semata mata.

Sebenarnya juga rakyat dan negara sedang mencari alternatif dan penyelesaian kepada kemelut ahli politik masa kini.

Mungkin sebagai rakyat kita perlu menyediakan pilihan..! 

Mungkin gelombang ke3, third wave generation sedang terbentuk dengan sendirinya apabila lahirnya pemimpin pemimpin tulen seperti UEL sewaktu kita di duga dengan musibah pandemik dan juga musibah kerakusan pemimpin.

Kita percaya jika UEL tergerak bertanding di kerusi Parlimen, siapa agaknya yang berupaya mahu berdepan dengan beliau?

Percaya lah, kita sedang dihidangkan dengan pilihan. Setiap kesusahan pasti akan diiringi dengan kemanisan selepasnya..! InsyaAllah.

Sekarang pun hidup dengan New Norm. Tepuk dada...

Lu Fikir La Sendiri..!



4 ulasan:

  1. saje jer kopi pes dari blog kluang diamond tajuk jangan pilih PM kaki golf atau kaki sepit..

    alahaii..!!


    SEKO NAK KJAAN PERPADUAN/SEKOR NAK KJAAN CAMPURAN... KAT CELAH MANA YANG JERNIH NYA..!??

    Next PM jangan dari atas semenanjung

    Di fahamkan oleh sumber dekat dengan orang no 1 sekarang....
    Jika selepas sidang dewan dia rasa dia tidak mampu lagi bertahan.....dia akan letak jawatan dan akan buat sokongan kepada Tun Dr M sebagai Perdana Menteri semula.....

    Warisan sokong...
    GPS sokong
    Bersatu sokong
    Pas sokong paling kuat
    Geng Hisham dalam umno sokong....

    Janji dapat menyekat Dato Seri Anwar menjadi PM.....reka lah apa nama gabungan pun janji Tun Dr M berjaya di angkat semula....dan Muhyuddin akan berikan Tun dan berehat dari politik tanah air dengan orang yang ada rekod sebagai Perdana Menteri Malaysia.....
    Nampaknya nama kerajaan pun mereka dah ada Kerajaan Perpaduan

    SEKOR NAK KERAJAAN CAMPURAN PH/PN

    Demi kestabilan: PN perlu buat kerajaan campuran bersama PH dari blog laman reformasi

    Pandemik Covid 19 yang memburuk dan kerapuhan Kerajaan Perikatan Nasinonal (PN) memerlukan pendekatan baharu dalam politik Malaysia.

    Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin yang dilihat semakin lemah sebaik-baiknya membuka kerjasama kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.

    Muhyiddin boleh melibatkan PH seperti pada era Tun Razak yang mewujudkan kerajaan pelbagai parti selepas darurat 1969.

    Dua species ini berasal dari ...... haah lu fikir la sendiri.!!

    "Next PM jangan dari atas sana..!"

    Kat celah mana nak cari yang jernihnya tu...!? Bergadoh la kau sampai mati.

    haahhh walaun dan otai, kau tepukk lah sendiri kuat kuat.. bodoss..!!

    BalasPadam
  2. Blog kluang diamond adalah blog low class dimalaysia, badan aje besar tapi akal kecik.

    BalasPadam
  3. UEL, berbaloi salam cium tgn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manis wajahnya,
      baik lidahnya,
      bersih hatinya,
      ringan tgnnya.

      Tenang,
      tawaddu' (rendah diri),
      penyantun.

      Padam