Khamis, 29 Oktober 2020

Selawat & Salam Ke Atas Junjungan Rasullullah SAW

 


Semoga kita semua tergolong sebagai umat yang mendapat syafaat dari Baginda InsyaAllah.

Berselawat la..

Lu Fikir La Sendiri..!

1 ulasan:

  1. Salam maulud. Semoga tuan-tuan semua di limpahi oleh ALLAH akan rahmatnya, ceria selalu, murah rezekinya, sihat dll insyaallah amin.

    Memandangkan 'cuaca' tidak menentu di sememanjung emas negara ini dengan suasana suram Covit19,panas tidak menentu, hujan tidak menentu, musim tidak menentu semua itu adalah ketentuannya yg satu.

    Lihatlah petanda di sekeliling kita sekarang ini, apa yg ALLAH janji kan akan terjadi hanya yg mampu kita lakukan memohon kekuatan kesabaran dan keredoannya.

    Kesimpulannya apa akan terjadi nanti pada nama semenanjung emas ini.?

    Sebelum kita membicarakan tentang sejarah huru hara di Malaysia.. Mari kita lihat sepintas lalu akan kejadian yang menimpa…

    Perang saraf (ideologi), perang mulut (caci mencaci), debat (hujah menghujah), fitnah (sebaran bathil) sehingga lah Demonstrsi Jalanan (kemuncak Penderhakaan) pada 9 Julai 2011 jelas memaparkan bahawa Hakikat huru hara telah bermula dan wujud dibumi Malaysia.

    Pergaduhan Puak dan Kumpulan samada kumpulan politik (UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain) dan juga badan bebas NGO seperti (PERKASA, BERSIH, PATRIOT Pejuang samada berdaftar atau pun tidak dan apa saja yang di panggil) jelas telah mengZahir kan Rangkaian Sejarah dan samaran Peristiwa Peperangan Akhir Zaman.

    Mungkin ada yang pernah terbaca mengenai hadis di bawah dan ada juga yang mungkin tidak pernah tahu. Bagi yang tak pernah tahu, kini anda semua akan tahu. Kemungkinan Hadis ini akan buatkan anda mengeletar dan rasa seram sejuk.

    Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

    Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:

    1. Takut mati dan terlalu banyak bersukaria
    2. Terlalu mewah dr sumber haram/syubahah
    3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
    4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
    5. Saling memarahi adu domba dan gila kuasa
    6. Dengki-mendengki, membatu api sehingga menzalimi antara satu sama lain

    Apa ubatnya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini?

    Beberapa ubat dan vaksin kepada penyakit kronik akhir zaman ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang mencipta kita dan baginda Nabi SAW adalah seperti berikut:

    Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam) [Ali Imran:103].

    Rasulullah SAW berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

    Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”
    [Riwayat Bukhari].

    Maka marilah kita kembali ke pangkal agama Islam kita dan berpegang kuat kepada ajaran-ajarannya, insya-Allah kita akan diselamatkan oleh Allah di dunia dan akhirat.

    Q serra serra

    BalasPadam