Selasa, 13 Jun 2023

Anwar Aljuburi AlmAdani AlBakuti..!

 

Bukan main lagi kata Aljub di Parlimen biar flip flop asal berkepentingan rakyat. 

“Buat apa tak nak flip-flop tetapi membebankan rakyat? Kalau tak mahu flip-flopkeputusan Kabinet dahulu masa Perikatan Nasional naik eletrik semua. Saya tukar flip-flop tak nak bebankan rakyat. Tak nak naikkan elektrik,” kata Anwar.

Menurut beliau, keputusan menarik biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melibatkan beberapa kursus adalah keputusan pentabiran lama.

Manakala keputusan untuk meneruskan subsidi terhadap ayam dan telur dibuat atas dasar kepentingan rakyat. sumber

Dulu, bukan main lagi menyanyi lagu flip flop, sekarang akhirnya jilat balik kahak yang dia sendiri hambur kan. Itu sebab la, sebagai pembangkang boleh sebut apa sahaja yang puak dia mahu, hakikatnya sebagai kerajaan ianya tidak begitu. Seperkara lagi yang boleh kita semua rakyat ambil maklum ialah ALjub membuktikan diri beliau sebenarnya langsung kurang pengalaman sebagai pemimpin kerajaan walaupun pernah menjawat jawatan sebagai TPM, keduanya jelas bahawa Aljub langsung tidak bertanggungjawab semasa menghambur segala kata kata@janji manis@harapan palsu kepada rakyat asal ianya mendapat tepukan dan sokongan rakyat ketika itu. Hadap la..!

Seperkara lagi di Parlimen hari ini..

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing meminta pegawai kementerian untuk meneliti kemungkinan mengiktiraf secara rasmi Bak Kut Teh sebagai makanan warisan tradisional Malaysia.

Dia berkata selain versi tradisional dari ramuan tidak halal yang menggunakan daging babi, kementeriannya akan meneliti versi halal dengan menggunakan ramuan ayam.

"Bak Kut Teh pada mulanya bermula dengan daging babi, tetapi sudah tentu selepas itu trend menjadi popular dan terdapat pelbagai jenis Bak Kut Teh keluar. Bak kut teh makanan laut, ayam, kambing. Sudah tentu ada herba sebagai ramuan asas, lepas tu kita masukkan makanan laut, jadi kita dapat Bak Kut Teh makanan laut," katanya pada sidang media hari ini.

Tiong berkata, rakyat Malaysia mesti dapat meraikan kepelbagaian makanan tradisi semua kaum termasuk Bak Kut Teh sebagai makanan warisan negara. sumber

Senang cakap, makan babi ialah makanan warisan, negara ini tidak lagi warisan bangsa Melayu dan negara ini juga tidak mutlak sebagai negara warisan orang Islam yang tak makan babi. Jadi warisan siapa sebenarnya negara ni? warisan babi???


Kalau melihat gelagat kerajaan dan bapak menterinya, jangan kata gajah dan babi ajer terbang, lembu korban pun dah boleh terbang agaknya...

Itu sebab isu Kalimah masih tetap kita semua pertikaikan. Tentunya sebagai umat Islam kita wajib mempertahankannya. Orang Melayu jangan jadi bacul dan membenarkan sesuatu yang di larang oleh Agama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan supaya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen bagi memberi penjelasan berhubung isu kalimah Allah, kata Datuk Zulkafperi Hanapi.

Ahli Parlimen (MP) Tanjong Karang itu berkata Anwar yang juga MP Tambun itu didakwa mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kenyataannya mengenai isu “Allah” dalam mewajarkan keputusan kerajaan untuk menarik balik rayuan dalam kes Jill Ireland.

“Pada 23 Mei, Tambun (Anwar) menafikan tidak merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dalam menarik balik rayuan kes Allah.

“Datuk Idris Ahmad (MP Bagan Serai) tanya kepada perdana menteri sama ada kerajaan ada merujuk kepada Raja-raja Melayu dan majlis-majlis agama Islam negeri sebelum mereka ‘senyap-senyap’ menarik balik rayuan berhubung kes itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.Untuk rekod, Anwar pada 23 Mei lalu memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa dia telah merujuk dengan Raja-raja Melayu dan majlis agama Islam negeri sebelum memutuskan untuk menarik balik rayuan itu.

Zulkafperi mendakwa Sultan Selangor dalam satu kenyataan berkata perkara itu tidak dirujuk atau dibincangkan dengan baginda.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya supaya isu itu dirujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja untuk membuat keputusan muktamad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pada 15 Mei, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan yang difailkan pada 18 April lepas itu menyatakan bahawa kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos. sumber

Bangkit lah wahai bangsa ku..! bangkit la demi mempertahan kesucian agama mu.

Lawan puak ni..! Tolak dan buang mereka di PRN 6 negeri akan datang.

Berani? Lu Fikir La Sendiri..!



2 ulasan:

  1. BROTHER ANWAR BIN IBRAHIM IALAH 'BAPA GORENG NEGARA'


    KAH KAH KAH

    BalasPadam
  2. Kah kah kah

    Padan muka kamu semua yang benci sangat DSAI dan DSZH. Seronoknya

    Kah kah kah

    BalasPadam