Ahad, 18 Jun 2023

Cakap Serupa Bikin vs Bikin Serupa Cakap..?

 

Iya ke? Betul ke kerajaan pimpinan Aljub telus? Isu perolehan ketenteraan ni banyak mulut rakyat yang bercakap. Apa tindakan yang kerajaan ambil? Siasat la sejauh mana penglibatan syarikat syarikat yang melobi orang politik, para Menteri, para KSU, KP2 dan pegawai pegawai yang terlibat dalam menentutkan keputusan sesuatu tender.

Siasat la syarikat besar seperti Thales yang mengurus keperluan ketenteraan dalam negara. Sejauh mana mereka mampu mempengaruhi para penjawat awam untuk menyebelahi mereka? Sejauh mana mereka 'menjaga' kepentingan orang mereka di Kementerian? Siasat la..!

Baca juga bagaimana keputusan sesuatu tender boleh dibuat secara luar sidang? Baca dan faham kan di sini. Siapa yang terlibat? Siapa yang salah guna kuasa? Kartel mana yang selama ini mengaut hasil dengan menjarah wang negara untuk kepentingan puak mereka sendiri? Sampai bila mahu di biarkan rompakan wang rakyat oleh segelintir pemuka berkuasa yang lahap kan laba???

Jangan reti cakap sahaja bro. Buktikan. Buktikan di mahkamah. Seret perompak perompak ini supaya menjadi contoh kepada rakyat untuk menjauhi rasuah yang menggejala. Masa bertindak. Masa untuk membuktikan bukannya masa membina bermacam macam alasan.


Buat keputusan Aljub..! bukan buat buat perutusan..! Kesana sini bercakap. Kesana sini tiris dan rasuah. Apa yang Aljub buat? Asyik nyanyi jer.

Hari pun petang....Lu Fikir La Sendiri..!


1 ulasan:

  1. si PM belakang nih....

    - mana jam OMEGA?

    - tak kenal Eskay?

    - di bilik hotel tuh bukan dia tapi macam dia...

    - paling win.....are you GAY? pusing punya pusing punya pusing benda alah senang YES or NO?

    Melayu-muslim masih nak kena berak pulak ke selepas kena kencing berpuluh tahun.....

    BalasPadam