Khamis, 14 Mei 2009

13 mei datang lagi...




13 mei datang lagi...


cuma hari nya yang datang berulang


peristiwa pahit nampaknya macam dah hilang


tapi sejarahnya tetap kuat dikenang

13 mei datang lagi...

cabaran dan dugaan semakin terperi


dek kerana daif nya muda mudi


ilmu sejarah dah lama dia orang tak kaji

13 mei datang lagi...

yang muda dah banyak buta sejarah

yang tua pulak suka suka ubah fakta

konon nya dia lebih pakar


13 mei datang lagi...

bangsa ku masih terkebil-kebil hairan

melihat jiran semakin berlagak tuan

bangsa ku pulak macam ice cair dalam cawan


13 mei datang lagi...

orang dah rasa sedap bila ada kuasa

bebas merintah ikut sedap rasa

sampai dipijak-pijak bangsa ku punya kepala


13 mei datang lagi...

melayu gila pulak dah mula berserak

contah yang baru ada di Perak

sanggup derhaka dan menyalak-nyalak


13 mei datang lagi...

bila melayu boleh dibeli

tak payah duit berlori-lori

cukup dengan toyota camry


13 mei datang lagi...

bila cina dah naik tocang

india pulak dah tunjuk belang

takut-takut peristiwa berulang


13 mei datang lagi...

ingat lah wahai bangsa melayu

watan ini memerlukan kamu

bukan untuk kita...tapi untuk anak cucu


13 mei datang lagi...

teguh kan hati bulatkan tekad

untuk pertahan maruah umat

agar generasi tidak melarat dan merempat


13 mei datang lagi...

sumpah panglima tersemat di hati

tidak sesekali kita mungkiri

biar terkujur badan darah membasahi bumi


13 mei datang lagi...

semoga Allah terus memelihara kita

selamat agama, bangsa dan negara

dunia akhirat kekal berjaya


13 mei datang lagi???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan