Rabu, 20 Mei 2009

Apabila Harimau Hanya Boleh Melihat Dari Luar Tingkap...


Kesian..UMNO..kesian.. Muktamad!!! apabila PM Najib selaku Pengerusi BN dalam mesyuarat Tertinggi BN 2 hari lalu membuat keputusan bahawa UMNO/BN tidak akan menyertai PRK Penanti. Maka akan tercipta lah sejarah seperti mana yang penulis sebutkan dalam coretan 'sejak bila UMNO/BN takut menghadapi PRK?' bulan lalu.

Sejarah dimana pengundi-pengundi tegar BN yang selama ini turun ke pusat mengundi tidak pernah terlepas untuk memangkah lambang dacing atau BN akan terpaksa dan dipaksa untuk tidak mengundi? mengundi calon pembangkang? mengundi calon bebas? atau merosakkan undi?

Matlamat dalam perjuangan sesebuah parti politik adalah untuk memenangi pilihanraya, kerana dengan memenangi pilihanraya lah sesebuah parti politik akan mendapat dan mengekalkan kuasa. UMNO tidak terlepas dari prinsip, amalan dan matlamat yang sama. Persoalannya apakah UMNO telah tersasar dari matlamatnya?

Diberitakan bahawa dalam mesyuarat MT yang lalu pelbagai reaksi pro dan kontra berhubung keputusan bertanding atau tidak di Penanti dibangkitkan, Oleh kerana satu keputusan tidak dapat dicapai maka MT mengambil ketetapan menyerahkannya kepada JK Pengurusan Tertinggi Parti, JK Pengurusan yang bermesyuarat di bangunan Parlimen bulan lalu juga tidak membincangkannya kerana jelas orang yang sama telah menyatakan pendirian mereka di dalam mesyuarat MT yang lalu dan dibawa kepada Mesyuarat Tertinggi BN untuk di endorse kan sebagai keputusan bersama.

Walhal Presiden Najib telah pun mengumumkan akan pendirian beliau bulan lalu bahawa BN tidak akan menamakan calon bagi bertanding di dalam PRK penanti hujung bulan ini. Memang dalam menentukan keputusan kerajaan, seorang PM berkuasa dan berhak sebagai pemutus, tetapi didalam UMNO seharusnya seorang Presiden parti mendengar akan pendapat MT dan akar umbi sebelum membuat sesuatu keputusan. Malangnya ini tidak berlaku..

Dalam perbualan penulis dengan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian-bahagian kebanyakkannya merasa perlu untuk UMNO/BN bertanding termasuk lah keluhan seorang sahabat pengundi di dalam DUN Penanti yang kebingungan untuk menjalankan kewajipan sebagai rakyat yang berhak memilih kerana pilihannya tidak tersenarai di dalam kertas undi hanya kerana keputusan seorang Presiden yang berselindung dibalik jawapan bahawa PRK ini hanya lah permainan PKR dan membuang masa, membazir semata-mata.

Semua rakyat malah iblis sharon yang sedang nazak tu pun tau bahawa UMNO memulau PRK ini semata-mata bacaan kekalahan lebih besar dari kemenangan. Soalnya apakah benar bahawa sekiranya UMNO/BN bertanding maka jawapan kekalahan itu menjadi hak mutlak BN? dan Apakah mesti kemenangan berpihak kepada PKR?

Ada pendapat yang menyokong mengatakan bahawa UMNO boleh berpakat untuk memenangkan calon bebas.. Apa ini? Tidakkah ini menghina perjuangan parti namanya? Apa perjuangan parti boleh di permainkan sebegitu rupa? Sedangkan perjuangan parti adalah untuk mengangkat martabat, darjat dan harakat parti dan kemuncaknya ialah kemenangan di dalam pilihanraya.

Ada pula yang menyarankan agar pengundi-pengundi UMNO jangan keluar mengundi, kalau begini gaya dan cara berfikir macam mana kita nak memberikan suri teladan kepada anak muda jika kita sendiri menolak sistem demokrasi, demokrasi hanya terpakai apabila kita yakin kemenangan berpihak kepada kita sedangkan ianya kita tolak apabila ianya nampak merugikan kita. Kalau gitu...apa beza kita dengan nizar dan sivakumar?

Rasanya UMNO bahagian Permatang Pauh terutama cawangan-cawangan UMNO dalam DUN Penanti bolehlah dibubarkan. Kerana fungsi dan peranan mereka jelas tidak boleh membantu UMNO/BN dan pendapat mereka langsung diketepikan oleh pemimpin tertinggi parti. Macam mana lah agaknya pemimpin dan ahli UMNO PP dan DUN Penanti nak mengadap muka pengundi-pengundi yang selama ini menyokong parti siang-malam, susah-senang, gelap-terang?

Boleh diperkirakan bahawa akan ada pertandingan, maka tentunya pembangkang akan menggunakan pentas PRK ini untuk membelasah UMNO, BN dan Kerajaan. Sedihnya sebagai ahli dan rakyat yang menyokong UMNO dan BN hanya boleh menyaksikan sahaja segala fitnah dan dakyah yang disogok. Malah nak menaikkan bendera pun tidak akan dibenarkan kerana terikat dengan akta SPR. UMNO terutama UMNO PP hanya mendiamkan diri sepi.

Sedangkan ini lah masa UMNO dan BN menjelaskan akan arah tuju perjuangan parti yang diterajui oleh kepimpinan baru, Dasar karajaan yang baru, Isu Kerajaan Negeri Perak, Isu hak penjagaan anak, Liberalisasi, penghapusan MECD dll lagi yang memang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci. Ini juga boleh menguji sejauh mana sokongan tetap dan bertambah, permasalahan rakyat di Penanti jangan diperlekeh kerana UMNO/BN masih memerlukan mereka kalau tidak sekarang tapi PRU 13 nanti tetap akan mengadap mereka. Kalau masa tu mereka masih melihatkan parut luka diperlakukan sebegini rupa macam mana?

Pemimpin UMNO perlu keluar dari takut kepada bayang-bayang. Terima hakikat bahawa UMNO/BN perlukan sokongan dan usaha menarik sokongan itu mesti terus berjalan sama ada di dalam Pilihanraya atau tidak. Masaalah dalam PKR itu hal dia dan jangan pulak dijadikan alasan. Kalau selepas ini ada lagi PRK maka apakah UMNO/BN akan terus memulau hanya kerana takut kesan kekalan.
Sedangkan kekalahan yang di igaukan belum tentu lagi benar dan tidak mustahil kemenangan akan diraih sekiranya UMNO/BN benar-benar mengatasi masaalah dan bukannya lari dari masaalah yang sebenarnya sedang menambah masaalah yang semakin parah... Apakah masih tidak diatasi masaalah dalam 5 PRK yang lalu?

Anwar dan konco-konconya akan tetap membuat onar untuk terus merosak dan membunuh imej UMNO. Sama ada bertanding atau tidak, sekarang atau di masa akan datang sehingga PRU 13, mereka akan berusaha dan sehabis daya untuk melakukannya. Apakah dengan menafikan demokrasi didalam PRK ini maka imej UMNO akan diangkat dan di julang? Atau kerana takut untuk menerima kekalahan yang akan memberi imej buruk kepada diri pemimpin itu sendiri?

Sesungguhnya pemimpin bertanggungjawab untuk mempastikan imej UMNO dan maruah ahli serta kepercayaan rakyat terus dipelihara walaupun dalam keadaan sukar dengan tentangan yang begitu memuncak kerana ini lah masanya pemimpin memperlihatkan sifat perwira sejati, pahlawan sebenar dan panglima yang pantang dicabar bukan sebaliknya...

Ini masa memerah otak, menyinsing lengan, berganding bahu dan bekerjasama. Walau pun sukar, walau pun pahit, walau pun kita sedikit, perjuangan tetap kita terus kan... Kerana yakin lah bahawa UMNO dan BN masih lagi mempunyai sokongan padu dan jitu dari ahli dan rakyat terbanyak.
Salam Perjuangan...

2 ulasan:

  1. suatu pandangan yang memberangsangkan..harap dapat perhatian-jebatberkokok

    BalasPadam