Altantuya...Altantuya...Altantuya... Keluarga Altantuya, Dr Sharibu dan rakyat Monggolia sudah pun menerima bahawa bekas model yang mempunyai seorang anak ini telah lama meninggalkan mereka. Namun nampaknya di dalam negara kisah mendiang ini masih segar dan hidup dimainkan oleh pihak pembangkang. Itulah cara pembangkang yang diterajui oleh pengkhianat bangsa dan negara nombor 1 Anwar Ibrahim Al-Juburi bagi meneruskan misi politik mereka.
Cerita yang di nasi tambah kan dengan begitu teliti dan rapi mengikut skrip dan scene telah berjaya memukau hati dan nurani rakyat untuk mempecayai perkara yang sebenar. Cerita yang disensasikan dengan pelbagai helah dan cara telah menyebabkan UMNO dan BN serta pemimpin dilihat begitu keji dan hina. Kenapa dan bagaimana ianya begitu berjaya menarik minat khalayak hingga mereka lupa untuk menerima hakikat kisah sebenar?
Tidak boleh dinafikan bahawa pembangkang sebenarnya telah berjaya mengupas dan memutar belit sesuatu fakta mengikut warna dan rentak yang mereka inginkan, selepas sesuatu isu di utarakan maka seluruh jentera perang saraf mereka dari penceramah, tukang karut, bahan cetak siaran, media elektronik termasuk cyber war yang begitu jitu dan padu mendendangkan lagu yang sama seperti mana yang didakyahkan oleh pemimpin mereka.
Kesannya rakyat terbanyak terus menerus dihidangkan dengan isu yang sama dari pelbagai sudut saban masa dan ketika yang begitu pro aktif sehinggakan pihak UMNO dan BN bukan sahaja gagal untuk menangkis dakyah malah tidak dapat menjawab tohmah. setiap isu yang di 'spin' oleh pembangkang terus menjuarai masjid-masjid, pasar-pasar, warung-warung menjadi mauduk yang dipercayai benar dalam pertemuan rakyat setiap hari.
UMNO dan BN yang belum pun berjaya menangkis satu isu terus didatangkan dengan isu yang baru, akhirnya sekali lagi media massa diharap dapat me'neutral'kan masaalah yang berbangkit sedangkan isu yang dimainkan oleh pembangkang terus hidup dari mulut ke mulut dan perlu juga dijawab dengan mulut di tengah-tengah masyarakat.
Soalnya sekarang bagaimana UMNO dan BN boleh menggerakkan satu gerombolan pendokong dan penyokong setia bagi memainkan peranan dalam menangkis dakyah dan tipu helah seterusnya melondehkan segala pembohongan dan tipu muslihat pembangkang.
Biarpun segala kelengkapan dalam mendepani perang saraf ini ada di pihak UMNO dan BN namun kecekapan dan kepantasan untuk menggunakan segala yang ada bukan sahaja untuk menangkis cerita malah membina dan memandu cerita-cerita yang boleh menjadi perbualan rakyat perlu diatasi dengan segera dan berstrategi.
Sebenarnya banyak isu yang boleh di 'spin' dan menjadi bahan perbualan yang hangat dalam pasaran untuk menghidupkan suasana dalam setiap perbualan. Kerana kita jelas bahawa politik perlu hidup dengan isu, dan isu itu mestilah dapat meyakinkan khalayak walaupun terkadang kesahihannya belum lagi dipastikan benar.
UMNO dan BN perlu untuk menjuarai pelbagai isu sehingga menghidupkan kembali suasana dimana rakyat terbanyak sendiri mampu untuk menjawabnya bagi pihak pemimpin keranan mereka yakin akan kebenaran cerita dan isu yang mereka perkatakan. Malah UMNO dan BN yang masih segar 'hidup' ini amat bertanggungjawab kepada setiap yang bernyawa bagi mempastikan kesetabilan hidup terus dapat dilangsungkan seperti sewajarnya.
Bukan seperti pembangkang yang jelas hanya hidup dengan retorik politik sempit, putar belit fakta, fitnah dan tipu daya sehinggakan orang yang dah mati pun cuba nak di hidup kan...
Sementara hidup ni buat lah sesuatu yang baik untuk dikenang, agar kalau mati nanti nama kekal hidup dengan baik dan menjadi contoh baik kepada generasi yang baru nak hidup...
Lu fikir la sendiri
kenangkanlah,
BalasPadamPI Bala yang buat SD yang mengakui hubungan najib dgn altantuya tiba2 mengubah statement sehari selepas itu dan terus ghaib sampai kini.
mahkamah apa yg tak perlu tanya motif pembunuhan?
knp pulis cikai perlu bunuh org yg x dikenali?
apa yg spesial sgt pulis2 cikai tu sampai tak bleh tunjuk muka?
tak pernah terjadi dalam sejarah.
mahkamah tak siasat langsung kenapa rekod kemasukan altantuya ke negara ni tak wujud.
kenapa imigresen tak dikena tindakan?
untuk apa school drop out macam saiful bukhari pergi apply biasiswa?
hebat..sampai ke pejabat TPM dia apply.
fakta ini dinyatakan sendiri oleh najib dan dipublished oleh utusan malaysia.
benda sebegini pun anda tak ingin
tau..atau sengaja taknak ambil tau.
berubahlah..banyakkan membaca dan mendapat info.
setahun yg lalu paklah dan najib adalah pemimpin agung padaku..tapi masa merubah.
moga anda mendapat petunjuk.
terima kasih atas pandangan panjang lebar, cuma apa yang nak penulis hujah kan ialah semua yang yang disebutkan tidak dapat dijadikan bukti untuk di ambil tindakan. Didunia ini apa jua perkara yang nak dibawa mesti lah bersandar kepada bukti dan hujah yang nyata...walau kebenaran belum lagi boleh dipastikan kerana kebenaran mutlak hanya akan terlihat apabila di Yaumil mashyar kelak...fikir-fikir lah
BalasPadam