Jumaat, 1 Mei 2009

Selamat hari pekerja!!!

kepada yang bekerja selamat hari pekerja,
kepada yang belum kerja sebok mencari kerja,
kepada yang kena berhenti kerja lagi pening kepala,
kepada yang tak de kerja cukup cukup lah membuta

kita kerja sebab nak cari makan
nak tanggung anak, bini dan masa depan
Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan
rezeki yang sikit kita rasa cukup dan boleh simpan

Dalam ekonomi dunia yang tak keruan
jangan buat peel yang bukan bukan
nanti merana sakit satu badan
masa tu baru nak buat muka kesian

kepada kerajaan buat lah kerja
lebihkan usaha kurangkan cerita
harapkan slogan tak de sudahnya
kerja yang baik tau la rakyat menilainya

yang dah jadi menteri mantapkan pasukan
yang tak terpilih cukup cukup la berangan
mulakan mengampu dan cakap yes tuan
lama lama tiba la giliran

sementara didunia memang kena bekerja
terpulang kita nak kerja baik atau sebaliknya
kerja yang baik akan dipandang mulia
kerja yang buruk 7 keturunan tak abis orang kata

Selamat hari pekerja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan