Sabtu, 16 Mei 2009

Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO Tak Faham Tugas..?



Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan menyatakan bahawa 60,000 ketua penerangan UMNO pelbagai peringkat di seluruh negara GAGAL berfungsi, tak faham tugas bermakna lemah, ngabihkan beras dan yang sewaktu dengannya.

Ini bermakna apa yang di buat oleh Mike Tyson selama ini jelas tidak membantu untuk memperkuat jentera dan parti, Apa jua program yang diatur urus oleh Biro Penerangan selama ini kosong dan sia-sia? atau apakah malangnya UMNO kerana ada 60,000 orang dungu yang GAGAL menyempurnakan tugas untuk menyelaras jentera penerangan, jentera yang amat penting dalam menentukan segala matlamat, dasar dan cita-cita parti sampai ke sasaran serta mampu menangkis dakyah dan serangan pihak lawan.

Mungkin ada kebenaran kenyataan itu jika dilihat dari kesan yang menimpa UMNO dan BN didalam PRU yang lepas malah kesemua Ketua Penerangan parti-parti komponen di dalam MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain juga nampaknya mempunyai standart yang sama dengan UMNO. kalau gitu patut pun...

Tapi harus juga kita ingat bahawa mereka ini merupakan penjawat yang menerima lantikan oleh ketua di peringkat masing-masing, kalau logik ini nak diambil kira bermakna ketua-ketua yang melantik mereka ini tentunya jauh lebih dungu dan bodoh kerana GAGAL untuk mempastikan jentera penerangan di setiap peringkat berfungsi dengan sempurna, tersusun dan berkesan.

Kalau sifir ini dipakai guna bermakna bukan sahaja 60,000 malah jauh lebih besar nilai pemimpin yang bermasaalah di dalam UMNO hari ini? Dan kalau begini besar jumlah pemimpin yang bermasaalah bermakna UMNO dan ahli berada didalam keadaan bahaya kerana sebahagian besar dari pemimpin ini baru mendapat 'road tax' sambung hayat lagi sepenggal, dan nampaknya ahmad maslan perlukan 'formula ajaib' yang ampuh bagi membolehkan beliau berjaya menjadi 'doktor' untuk merawat.

Kesian...si ahmad maslan ni sebab tugas dan kerja beliau begitu sukar kerana berdepan dengan 60,000 orang yang tak paham tugas dan kerja, cikgu pun lari lintang pukang lari dek kerana kerenah anak murid lagilah pemimpin yang nak dibentuk? Kalau lembu boleh juga dipukul atau dikasari tapi orang yang dah jadi ketua penerangan cawangan 20 tahun macam mana nak bentuk?

Namun apakah motif sebenar ketua penerangan yang amat bersemangat ini tiba-tiba menyanyikan lagu keroncong ni? apakah ahmad nak bagi tahu bahawa UMNO lemah dan GAGAL kerana jentera penerangan nya yang lemah? Apakah jentera penerangan UMNO di semua peringkat termasuk di peringkat MT GAGAL kerana tidak berupaya untuk membina barisan penerangan yang ampuh dan berjaya? Apakah dengan mendendangkannya di khalayak akan menyebabkan semua ketua penerangan ini langsung tersentak dan tersedak lalu bangkit menyempurnakan tugas mereka? Apakah dengan menyatakan ini akan memudahkan lagi kerja ahmad justru mendapat sanjungan dan restu dari mereka lalu berikrar untuk bekerja sedaya mungkin? Atau apakah ahmad sedang cuba memberikan gambaran bahawa kegagalan yang bakal beliau cipta adalah berpunca dari kelemahan jentera di bawah dan bukannya datang dari bahu beliau seorang diri? apapun hanya ahmad maslan jer la yang tahu kenapa dan mengapa beliau menjelaskan perkara ini...

Ini kerana sebagai anak melayu yang mendapat biasiswa pendidikan atas pencapaian akedemik yang baik seperti ahmad maslan dan sebagai anak melayu yang begitu mementingkan kecemerlangan ilmu bagi membolehkan CV yang ditayangkan berjela-jela pastinya beliau tidak mahu dilihat lemah apatah lagi dikategori sebagai GAGAL.

Sebaiknya buat lah kerja dengan penuh amanah dan ikhlas, lebih baik kita mendampingi dan memperbaiki dari dalam dengan cara yang berhikmah tanpa menimbulkan rasa tak sedap hati di kalangan ahli dan pemimpin dibawah. Kerana hubungan baik yang terbina akan lebih memudahkan urusan yang ingin kita selesaikan.
Tun Razak pun ada menyebut bahawa nak menolong orang melayu seperti mengeluarkan anak kambing dari dalam perigi, bukannya di beri tali atau bakul malah kita sendiri yang masuk dan turun ke dalam perigi dan mengangkat keluar anak kambing tadi. Apa nak buat dah itu lah nilai bangsa dari zaman Tun Razak dan nampaknya kekal hingga ke hari ini...

Tetapi selagi ada pemimpin yang ikhlas, jujur dan sabar untuk membantu dan menyelamatkan bangsa maka InsyaAllah bangsa kita akan terus terpelihara dan dapat terus bersaing dengan penuh bermaruah.

Apapun kepada ahmad maslan, tugas anda amat mencabar dan lakukan lah dengan sebaik mungkin walau pun diperingkat awal ini nampaknya ahmad maslan lebih dikenali sebagai ketua penerangan UMNO yang tak paham tugas...

fikir fikir lah

2 ulasan:

  1. terima kasih atas komen saudara yg begitu berhemah mengenai chedet di blog saya...
    saya sgt menghormati org yg ingin bersaudara walaupun kita berbeda pendapat...

    secara jujur amat sukar utk berbual atau berbicara dgn penyokong UMNO dgn berhemah..

    kerana rata2nya maki-maki..tapi isi tak da...
    tapi xsemua org UMNO bergitu...kerana saya dulu pun org UMNO...

    terima kasih...

    BalasPadam
  2. Salam,

    Tuan,

    solusi terbaik kena bagi balik kerusi UMNO kepada Mahathir...sebab dia pandai segala, orang UMNO masih suka dengar dongeng dahulukala...sikit2 melayu hilang kuasa sebab cina nak rampas...sikit2 ketuanan melayu...bagi saja kat mamak kutty tu...hahahahaha! kalau tak pun MAHAJIRO!

    BalasPadam