Sabtu, 10 Disember 2011

Azan Indera Mahkota Tersampok Mak Lampir..!


Parti Pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang tidak boleh terlalu mendabik dada, sombong dan bongkak kononnya mereka begitu yakin dapat mempertahankan dua kerusi parlimen milik mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Laporan ini merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) yang mencabar Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob bertanding di parlimen itu pada PRU-13 ini. Bunyinya nampak menarik, namun Azan harus ingat bahawa rakyat di kawasan parlimen beliau kini sudah berkira-kira untuk mendapat "YB" baru tidak lama lagi.

Banyak laporan mengatakan beliau hanya "perform" di Dewan Rakyat ketika sidang Parlimen untuk menjaga namanya di sisi Anwar. Dalam masa yang sama, beliau jarang "turun padang" untuk membela rakyat setempat. Malah, isu Lynas yang terletak di kawasan parlimen beliau sendiri pun "batang hidung" Azan jarang kelihatan. Ramai yang tertanya-tanya kelibat beliau dalam banyak program Lynas selama ini. Azan, seolah-olah tidak cakna dengan isu itu dan hanya membiarkan Fuziah Salleh memperjuangkannya. Sedangkan Fuziah itu adalah ahli Parlimen Kuantan, cuma dia bertanggungjawab di parlimen untuk membawa isu berkenaan.

Azan harus sedar bahawa parlimen Indera Mahkota tidak sehebat parlimen Kuantan yang diwakili oleh Fuziah. Di Kuantan, Fuziah mungkin berpeluang mempertahankan kerusi parlimen itu kerana dia mendapat sokongan padu daripada kaum Cina di parlimen terbabit. Ia berbeza dengan Azan di Indera Mahkota. Berdasarkan maklumat, Azan sebenarnya kemungkinan besar tidak lagi bertanding di situ kerana beliau kini merupakan Pengerusi PKR Trengganu. Mana mungkin pengerusi negeri lain tiba-tiba bertanding di kawasan lain.

Cuma masalah yang timbul ialah PKR kini masih berteka-teki siapakan calon sesuai untuk menggantikan Azan di Indera Mahkota. Difahamkan, kini Zakaria Abd Hamid iaitu bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato' Fauzi (Abd Rahman),telah dihantar oleh Azmin Ali awal-awal lagi untuk menjaga kerusi parlimen itu. Beliau dipercayai "orang kanan" Azmin ketika pemilihan 2010 yang lalu. Tindakan menghantar Zakaria menajdi "care taker parlimen Indera Mahkota" amat tidak disenangi oleh kepimpinan PKR Pahang sendiri sebenarnya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan