Tiga Setiausaha Politik baru mengangkat sumpah menyimpan rahsia, di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di sini Selasa.
Mereka ialah Wong Nai Chee, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Mohd Nardin Awang, Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran dan Seah Toong Choon, Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan.
Nai Chee, 42, yang memiliki ijazah undang-undang dari Universiti Hull, United Kingdom merupakan Anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA.
Tugas barunya itu berkuat kuasa 1 Disember lepas.
Mohd Nardin, 48, pula yang berkelulusan dari Universiti Teknologi Mara memulakan tugas itu sejak 3 Oktober lepas.
Beliau sebelum ini merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Seah, 55, memulakan tugas barunya pada 1 Julai lalu.
Beliau sebelum ini turut berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Kong Choo Ha ketika Kong menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - BERNAMA
Pertamanya nak ucap tahniah la kepada mereka diatas tu.. semoga lebih giat membantu bos bos mereka dalam menjalankan amanah baik diperingkat Kementerian mahupun kawasan pilihanraya yang bos mereka wakili.
Teringat dulu ada seorang kawan ni kerja dia asyik kumpul resit...bila ditanya kenapa sebok kumpul resit? dia kata sebab nak bagi kat bos dia si setpol seorang menteri ni...! rupanya setpol ni suruh budak dia ni kumpul seberapa banyak resit bagi tujuan claim...! claim keraian setpol kan takde limit..! itu sebab kutu ni pulun jer...!
Ada kes seorang setpol ni dulu sebelum dilantik bukan main warak...kalau masuk coffe house hotel boleh jadi makcik cleaner tu pun nak disalamnya! habis semua orang dia bersalam...tapi bila dah dilantik jadi bertugas, appointment jumpa dia pagi, silap silap petang pun ditunda ke besok! jenuh kawan yang datang dari Jitra ke Putrajaya...terpaksa bermalam di KL.
Itu contoh dan kedua dua ekor ni pun dah tak jadi setiausaha politik lagi..! tapi bos dia orang tadi masih kekal jadi Menteri! Maknanya bos dia orang ni celik dan cekap la atas kelaku pegawai mereka yang tak jalan tugas malah asyik 'menyamun' bersekongkol dengan TKSU Kementerian hingga semua projek dia 'sapu' bersih...!
Ada seorang lagi setpol ni begitu akrab dan mesra dengan kami..! terutama para bloggers...baik dan mesra tu bagus cuma peliknya ialah asyik jadi wakil Menteri, Bos dia asyik busy...memanjang...!
Apapun jalankan la tugas sebaik mungkin, tinggi jawatan ni dan harapan dalam menggalas amanah pun tinggi! itu sebab kena angkat sumpah depan YAB PM!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan