Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di negeri ini mulai tahun depan, bagi memastikan penduduk Sarawak juga berpeluang menikmati produk berkualiti pada harga berpatutan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim berkata sekurang-kurangnya tiga KR1M akan diwujudkan iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.
"Ketika ini kementerian sedang dalam perbincangan dengan pihak Mydin untuk mengenal pasti lokasi yang strategik untuk kedai 1Malaysia dan pada masa yang sama berharap syarikat itu dapat menjadi pembekal produk 1Malaysia untuk kedai-kedai lain di negeri ini," katanya.
Rakyat di Sarawak pasti tak sabar sabar menunggu KR1M ni, kita semua tahu bahawa kedudukan geografi Sarawak telah menyebabkan rakyat disana dibebani dengan harga yang lebih tinggi dari semenanjung, makanya kehadiran KR1M pasti akan amat dirasai dan cukup membantu...!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Mohon kerajaan membuka juga di Bintangor kerana kami penduduk bumiputera amat tertekan dengan harga barangan harian yang mahal....
BalasPadam