Rabu, 4 Julai 2012

Anwar Akan Buka Kelas LGBT..!

Anwar dah merasa bahawa perjuangan sesat lagi sia sia yang dia selama ini akan lenyap dan berkubur. Anwar tahu bahawa modal fitnah politik yang selama ini menjadi hidangan lazat kuda belangnya sudah semakin basi. Anwar tahu bahawa tali Israel yang merenggut lehernya selama ini akan terlerai dalam PRU yang akan datang. Pendek kata Anwar bukannya sesiapa! Anwar hanya manusia gila yang rela diperalat dan memperalat untuk mencapai cita cita peribadi dan tuhan politiknya Israel. 

Sampai masa Anwar akan expired...Anwar tidak lagi relevan dalam arus politik semasa! PRU ini merupakan titik tolak bagi kematian politiknya..itu sebab Anwar dah ready! Anwar dah sedia! Anwar rela untuk kembali mengajar..mengajar dimana? mengajar di Sg Buloh ke?


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Anwar yang sering dirujuk sebagai "perdana menteri dalam penantian" itu berkata, beliau mungkin "kembali mengajar" jika Pakatan tidak berjaya ke arah itu, lapor Financial Times semalam.

NONE"Kita persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali untuk mengajar," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan akhbar itu.

Akhbar yang beroperasi daripada London itu juga memetik Anwar sebagai mengakui, pilihan raya umum ke-13 "mungkin" menjadi peluang terakhirnya untuk menjadi perdana menteri.

Dalam masa yang sama, harian yang diedarkan di seluruh dunia itu menulis, Anwar, 65, kelihatan "letih" untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan