Siapa yang merompak? yang ini ker.?
Atau ini ker..?
Baca sini..
Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini.
Utusan Malaysia difahamkan antara kawasan yang menjadi tumpuan
aktiviti tersebut ialah Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Tindakan `merompak’ hasil negeri yang telah berlarutan sejak beberapa
tahun lalu itu menyebabkan Kelantan kerugian ratusan jutaan ringgit.
Ini berdasarkan laporan mengatakan ada di antara lombong haram itu
mampu memperoleh sehingga satu kilogram emas yang dianggarkan mencecah
nilai RM190,000 dalam masa tiga hari melombong.
Selain itu, kegiatan tersebut juga menyebabkan berlaku kerosakan pada alam sekitar.
Sementara itu, sumber turut memberitahu kebanyakan lombong haram berkenaan beroperasi tidak jauh daripada lombong berlesen.
Keadaan itu, jelas sumber terbabit, sekali gus menimbulkan persoalan
tentang penglibatan serta peranan mereka membanteras kegiatan tidak
bertanggungjawab itu.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan